5 Ogos 2013

Posted by jinson on 5.8.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Laporan Berita Harian hari ini menyebut yang Rita Rudaini mengesahkan menerima kiriman SMS daripada Aidil Zafuan petang semalam selepas berlaku perang SMS antara mereka sebelum itu. Kejadian berlaku pada petang Ahad (semalam) sebelum waktu berbuka. Rita Rudaini turut mendedahkan yang antara butiran SMS yang diterima dari Aidil Zafuan bertulis “Aku ceraikan kau talak satu”. “Selepas hampir dua tahun kes penceraian kami berdua berlangsung di mahkamah, akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS,” ujar Rita Rudaini. “Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya” “Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah,” tambahnya lagi yang kini berada di Perlis untuk menyambut Aidilfitri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog