5 Ogos 2013

Posted by jinson on 5.8.13 No comments
Pelakon Era 80-an, Rosnah Mohd Noor Meninggal DuniaPelakon popular era 1980-an, Rosnah Mohd Noor telah disahkan meninggal dunia pada sebentar tadi sekitar jam 2.55 petang Ahad di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Khabar kematiannya itu dimaklumkan oleh rakan Allahyarhamah, Zaridah Ishak kepada mStar Online yang menghubunginya jam 3.30 petang tadi. "Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya. "Kami sedang berbincang," katanya kepada mStar Online Tambah Zaridah, jenazah dimandikan di HKL dan akan dikebumikan di tanah perkuburan di sekitar USJ Subang Jaya sejurus selapas anak sulung Allahyarham iaitu Wan Ramada Agus Putra tiba dari Australia. Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah, 54, dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini. Allahyarhamah sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu. Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982). Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20. Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog