5 Ogos 2013

Posted by jinson on 5.8.13 No comments
.
Penyanyi Nubhan mengakui rapat dengan penyanyi Siti Nordiana atau Nana dan selalu keluar bersama. Malah kata pemuda berusia 27 tahun ini, dia serasi dengan ibu tunggal anak satu itu kerana mereka 'satu kepala'. Pada pertengahan Jun lalu, peserta program realiti televisyen Akademi Fantasia 6 ini ada pergi bercuti bersama Nana di Pulau Perhentian, Terengganu. Biarpun kedua-dua penyanyi itu bercuti bersama beberapa orang rakan lain, masih ada peminat yang sangsi akan status hubungan mereka. Lantas timbul spekulasi mengatakan hubungan Nubhan dan Nana dan lebih daripada sekadar kawan. "Saya memang rapat dengan Nana dan selalu keluar bersama kerana kami sekepala. Sebelum ini pun kami pernah bercuti di lokasi lain contohnya Pulau Tioman, tapi tidak pula timbul sebarang gosip. "Orang sebenarnya tersalah anggap kami bercinta kerana kami berdua artis dalam kalangan kumpulan itu. Pada hakikatnya, kami berkawan rapat dan saya menafikan sama-sekali kami bercinta", kata Nubhan seperti yang dilaporkan Kosmo! hari ini. Tambah Nubhan, mereka mula rapat lebih kurang setahun lalu selepas dia berpisah dengan kekasihnya. "Saya rapat dengan Nana dan anaknya Rayyan, tetapi tiada sebarang panggilan istimewa pun antara kami. Malah, Rayyan memanggil saya Uncle Nubhan. Saya rapat dengan keluarganya begitu juga dia yang akrab dengan keluarga saya. "Kami pernah berkunjung ke rumah keluarga masing-masing kerana kampung kami berdekatan. Nana tinggal di Sendayan manakala saya pula di Seremban. Biasanya, kalau musim buah-buahan saya menjemput Nana dan kawan-kawan datang memetik buah di kampung", ujarnya. Nubhan juga berkata dia tiada masalah menjalinkan hubungan dengan wanita yang lebih berusia atau yang telah mempunyai anak malahan tidak menolak seandainya dijodohkan dengan wanita berstatus sebegitu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog