20 Jun 2013

LUMPUR, 20 JUN 2013: Sewaktu, dirisik oleh sebuah produksi dari Singapura, Flipside Production, kira-kira setahun yang lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad pada mulanya menggangap ianya tidak serius, jauh sekali berfikir yang dia akan berpeluang bekerja dengan produksi di sana Namun ternyata tawaran tersebut bukan main-main. Malah, dia baru saja selesai menjalani penggambaran sebuah drama khassempena Aidilfitri berjudul Cinta Ramadan terbitan produksi berkenaan, baru-baru ini. "Pihak produksi tersebut menghantar mesej kepada saya menerusi Facebook, kira-kira setahun yang lalu. Masa itu, mereka kata nak booking saya daripada 10hb Jun hingga 17hb Jun 2013. Saya pun pelik juga pada mulanya sebab jadual yang mereka bagi tu, lama lagi. Saya fikir, mungkin akan ada pertukaran dan sebagainya. "Tapi masa awal Januari 2013, mereka ingatkan saya tentang penggambaran tu dan tarikknya masih sama dengan apa yang mereka bagi sebelum ini. Dan mereka juga sudah tempahkan tiket kapal terbang untuk saya. Itu yang buat saya kagum dengan mereka," katanya kepada murai.com.my. Sharnaaz ditemui kru portal Murai di lokasi penggambaran Sindiket yang bertempat di Unit Udara Polis Sabah, Kota Kinabalu Sabah. Penggambaran kini masih rancank dilakukan di sana. Pertama kali menimba pengalaman bekerja dengan produksi luar negara, kata Sharnaaz dari segi cara produksi tidak jauh berbeza tetapi apa yang membuatkan dia cukup kagum adalah layanan yang diberikan kepada dirinya sepanjang tujuh hari menjalani penggambaran di sana. "Sepanjang penggambaran di sana saya dapat satu pengalaman yang berbeza. Saya sangat terharu apabila di sana, saya dilayan dengan cukup baik oleh seluruh kru produksi. Daripada hari pertama saya dijemput sebaik tiba di lapangan terbang. Kemudian mereka tempatkan saya di hotel mewah. "Di lokasi, mereka sangat menjaga kebajikan saya sampailah selesai penggambaran. Pendek kata saya dilayan macam superstarlah. Rasa macam anak raja pun, ya. Walaupun hari-hari saya cakap terima kasih tetap rasa tak mencukupi untuk tunjukkan rasa perhargaan saya pada mereka," luahnya yang pertama kali bekerja dengan produksi luar. Bahkan Sharnaaz turut mengagumi dua pelakon Singapura, Nurul Nabila dan Fir Rahman yang turut menjayakan drama yang bakal bersiaran pada malam raya nanti, di saluran Suria TV. "Pelakon-pelakon di sana juga hebat. Lakonan Nabila dan Fir sangat bagus. Terus terang saya katakan, lakonan mereka sangat baik daripada kebanyakan pelakon-pelakon kita. Tak hairanlah kenapa ada pelakon Singapura yang datang dan berlakon Malaysia, mereka sangat diterima ramai walaupun ada sesetengah pihak tak senang dengan kehadiran mereka", katanya. Mengenai perkembangan lain, Sharnaaz ini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem Sindiket arahan Bade Hj, Azmi. Filem yang menelan kos sebanyak RM3 juta itu kini sedang menjalani penggambaran di Sabah.
20.6.13 Unknown

KUALA LUMPUR, 20 JUN 2013: Bukan sahaja sudah mengetahui mengenai hubungan cinta anak terunanya, Mohd Shamiel Equan dengan pelakon Sharifah Sakinah, malah pengarah terkenal, Bade Hj Azmi juga akui senang serta merestui hubungan mereka. "Ya, saya tahu mengenai hubungan cinta Shamiel dengan Sakinah. Mereka pun baru sahaja bercinta. Sakinah ada berlakon dalam drama saya, Planet Kiara dan saya rasa sejak itulah agaknya mereka bercinta. "Erma pernah cakap, Shamiel yang lebih mesra digelar Albab ni kalau bercinta, memang lupa daratan. Saya rasa, apa yang Erma cakap tu betul. Saya tengok Sakinah lebih matang daripada Albab," kata Bade Hj. Azmi kepada murai.com.my Bade yang ditemui di set lokasi filem Sindiket, bertempat di Unit Udara Polis Sabah, Kota Kinabalu Sabah, diminta mengulas mengenai hubungan cinta anak lelakinya dengan aktres yang popular menerusi drama Bunga Merah Punya itu. Meskipun Shamiel atau lebih mesra dengan panggilan Albab merupakan anak angkat, namun Bade tetap prihatin terhadap anaknya itu dan berharap kedua-duanya tidak terlalu alpa dengan nikmat cinta yang mereka rasai sekarang ini hingga boleh menjejaskan disiplin diri sekaligus memberi kesan terhadap kerjaya masing-masing. "Biarlah mereka lalui pengalaman bercinta mereka sendiri. Saya waktu muda-muda dulu pun bercinta. Harapnya percintaan mereka memberikan sesuatu yang positif dan memberi inspirasi untukkedua-dua mereka untuk lebih maju dalam hidup. "Harap mereka jugadapat bekerja dengan lebih baik. Jangan pula kerana asyik bercinta, sampai menjejaskan disiplin masing-masing pula nanti," jelasnya lagi. Biarpun, mengetahui mengenai kontroversi yang terpalit kepada Sakinah baru-baru ini, namun Bade tidak melihat sikap Sakinah tu sebagai satu hal yang negatif. "Tiada sebab untuk saya tidak menerima Sakinah. Saya kenal dia dah lama, saya kenal kakak dia iaitu Sharifah Shahira. Kalau tentang hal video dia di Keek, itu adalah biasa. "Lebih-lebih lagi orang yang berusia muda sepertinya. Saya dulu pun masa muda macam tu. Masing-masing ada cara tersendiri untuk mengekspresikan diri mereka. Sakinah ni kelakar orangnya. "Malah saya pun tak tahulah kelebihan apa yang dia nampak pada Albab, sedangkan Albab tak ada apa-apa. Hanya seorang anak muda yang baru-baru nak belajar jadi jurukamera," luahnya lagi.

KUALA LUMPUR, 20 JUN 2013: Hubungan cinta yang terjalin di antara produser filem penuh kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dengan pemain bass CRK, Eddie Ghazali atau Eddie, 45, telah pun Murai Batu uar-uarkan secara eklusif beserta dengan gambar mereka di dalam ruangan pojok itu di portal Murai semalam. Dan, pasti ada yang ingin tahu bagaimana percintaan di antara kedua-dua mereka ini berputik. Dalam wawancara bersama murai.com.my, Eddie secara jujur memberitahu bahawa pada awalnya, dia sendiri bagaikan tidak percaya apabila Raja Azmi sanggup mengenali serta berkawan dengannya secara serius. "Saya diperkenalkan dengan Raja Azmi oleh anak saudara saya. Pada mulanya saya teragak-agak juga kerana siapa yang tidak kenal dengan Raja Azmi. Dia seorang produser filem yang berpengaruh serta dikenali ramai. ""Kalau hendak dibandingkan dengan saya, memang jauhlah. Bagaikan langit dengan bumi. Malah, cerita-cerita yang berkaitan dengannya juga seringkali mengundang kontroversi. "Tapi, kata orang tak kenal, maka tak cintaka? . Waktu mula-mula jumpa di showcase NRG pada 15 Februari awal tahun ini, hatis aya berdebar-debar juga. Sebab bimbang kalau-kalau, kami tak dapat nak sesuaikan diri. "Tapi, waktu pertama kali jumpa dengan dia, hati saya sudah suka dan tertarik dengannya. Macam jatuh cinta pandang pertama. Dan setelah makin lama mengenali dia, makin saya rasa suka dan senang dengan dia. "Sebab, dia seorang wanita yang simple dan boleh masuk dalam dunia saya dan sangat merendah diri. Malah, dia juga mempunyai sifat keibuan yang saya inginkan. Selain daripada itu, dia juga cukup mmahami kerjaya saya sebagai seorang pemuzik. Mungkin, ianya juga disebabkan kami datang dari latar belakang yang sama iaitu dunia hiburan. Dia juga banyak memberikan sokongan dan idea untuk saya mengembangkan kerjaya saya sebagai pemuzik. "Keluarga saya dan anak-anak juga sudah kenal dengan dia. Mereka juga sangat menyenangi dia (Raja Azmi). Senang kata, keluarga merestui hubungan kami," katanya kepada murai.com.my. Menurut Eddie lagi, pada awalnya dia memang menghadapi cabaran untuk mendekati anak-anak Raja Azmi. "Sebabnya anak-anak Raja Azmi masih mempunyai bapa mereka lagi. Jadi, tidak mungkinlah mereka dapat menerima seseorang yang baru di dalam hidup ibu mereka. Lainlah macam anak-anak saya. Mereka kematian ibu. Jadi, kehadiran Raja Azmi di dalam hidup mereka ibarat mengisi kekosongan ibu mereka yang telah lama pergi. "Jadi, berbalik kepada anak-anak Raja Azmi tadi, saya cuba untuk mendekati mereka dengan cara saya sendiri iaitu dengan menilai karektor dan keperibadian mereka serta apa yang mereka suka dan apa yang tidak. "Alhamdulillah, saya rasa sekarang ini, mereka juga sudah boleh terima kehadiran saya dalam hidup ibu mereka," katanya. Jelas Eddie lagi, waktu dia mula-mula mengenali Raja Azmi, dia pernah memberitahu rakan-rakan pemuzik dan rakan-rakan lama sekolah bahawa dia sedang bercinta dengan produser filem terbabit. "Serius, waktu saya mula-mula cakap dengan diaorang, mereka langsung tidak percaya dan menganggap saya sengaja berlawak. Tapi, lama-kelamaan bila mereka tahu yang betul saya ini sedang menjalinkan hubungan dengan Raja Azmi, masing-masing tumpang gembira dan mengucapkan tahniah buat saya," katanya lagi. Tambah Eddie lagi, dia dengan Raja Azmi juga sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumahtangga iaitu dengan memilih tarikh untuk bertunang pada 15 Julai dan melangsungkan perkahwinan pada 15 September. "Kedua-dua tarikh ini dipilih selepas kami berbincang dengan keluarga masing-masing," katanya. Dalam perkembangan lain, Eddie juga bakal mengadakan reunion bersama anggota kumpulan CRK.

KUALA LUMPUR 20 Jun - Akibat kes khalwat pelakon Shahrizal Jaszle, 25, dengan seorang wanita, pertunangannya dengan Redzwani Puteri akhirnya diputuskan pada 10 Jun lalu. Pertunangan tersebut diputuskan oleh keluarga pelajar jurusan perubatan tersebut demi menjaga maruah dan nama baik keluarga. Seorang saudara perempuan keluarga Redzwani berkata, pihak mereka tidak mahu lagi nama wanita berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan Shahrizal. "Mewakili keluarga Redzwani, saya tampil membuat kenyataan kerana tidak mahu dia dikenali sebagi tunang Shah. Lagipun hubungan mereka sudah berakhir sejak 10 Jun lalu. "Satu perbincangan antara ibu bapa kedua-dua belah pihak telah diadakan tanpa melibatkan Shahrizal dan Redzwani," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Difahamkan pihak Redzwani turut memulangkan dua bentuk cincin pertunangan sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember lalu. Malah saudara Redzwani itu juga menolak dakwaan pasangan khalwat Shahrizal yang mendakwa pelakon tersebut bertunang atas kehendak keluarga. Terdahulu, pada 16 Mei lalu Shahrizal telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi.

SIBU 20 Jun - Operasi mencari mangsa tragedi bot ekspres, Kawan Mas yang karam di Sungai Rajang dekat Belaga dan masuk hari ke-24 ditamatkan manakala usaha menaikkan bangkai bot berkenaan dihentikan sepenuhnya berkuat kuasa hari ini. Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, perkara tersebut diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri (JPBBN) Sarawak yang mengadakan mesyuarat khas di Bilik Gerakan Negeri di Kuching, semalam. Katanya, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengambil kira pandangan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beroperasi sejak hari pertama kejadian iaitu pada 28 Mei lalu. “Menurut pasukan SAR, keadaan arus deras sungai amat berbahaya dan berisiko tinggi kepada sesiapa sahaja yang cuba menyelam dan mencari bot tersebut. Malah pasukan SAR yang dibawa khas dari Kuala Lumpur juga mengesahkan perkara itu. “Sementara itu dari sudut perubatan pula, selepas 24 hari, sekiranya mayat mangsa ditemukan, keadaannya dijangka sudah reput serta sudah tidak boleh dikenal pasti," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kebakaran di Kampung Datu Lama hari ini. Dalam tragedi menjelang Gawai 28 Mei lalu, Kawan Mas yang membawa 222 penumpang karam di kawasan Jeram Bungan, antara jeram paling berbahaya di hulu Sungai Rajang selepas melanggar sebatang balak dan mengalami masalah enjin. Sebanyak 219 penumpang terselamat, seorang disahkan maut manakala dua lagi Roslin Jati, 34, dan Maurice Ajan, 22, masih hilang. Namun pada 16 Jun lalu, satu mayat reput ditemukan dan masih menunggu ujian DNA untuk pengesahan identiti.

Kota Kinabalu: Seorang pelancong Hong Kong maut, dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka dirempuh kereta api di persimpangan Jalan Lintas, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, semalam. Dalam kemalangan jam 5.30 petang itu, Hyundai Accent dinaiki keluarga berkenaan berpusing selepas dirempuh sebelum melanggar PERODUA Myvi dinaiki tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia setahun. Mangsa yang cedera ialah pemandu Hyundai Accent, Lok Wing Tak Eddie, 50, dan isterinya berusia 30-an serta ibu mentuanya. Bagaimanapun, kedua-dua wanita itu belum dikenal pasti. Seorang lagi penumpang kereta berkenaan, iaitu bapa mentua Eddie, tidak cedera. Semua warga Hong Kong itu dalam perjalanan ke KKIA dengan menaiki kereta sewa untuk pulang ke negara mereka dengan penerbangan jam 8 malam tadi. Penumpang Myvi serta kira-kira 200 penumpang kereta api yang dalam perjalanan dari stesen Tanjung Aru ke Beaufort juga dilaporkan tidak cedera. Besi penghadang tak berfungsi Difahamkan, ketika kejadian besi penghadang untuk menutup laluan kereta api tidak berfungsi, tetapi Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menempatkan pengawal landasan untuk memastikan semua kenderaan berhenti setiap kali kereta api melalui kawasan itu. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, berkata semua mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut. “Kami masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Kanun Keseksaan, Akta Kereta Api Sabah dan Akta Pengangkutan Jalan,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang meninjau lokasi kejadian, berkata kakitangan JKNS sudah mengambil tindakan sepatutnya dengan menahan kenderaan mangsa supaya berhenti. “Tetapi mereka teruskan juga perjalanan. Kita akan mengambil tindakan segera dengan menggantikan besi penghalang yang tidak berfungsi secepat mungkin,” katanya.

Kuantan: Laporan pemeriksaan mental dikeluarkan Hospital Permai, Johor, mendapati pembantu rumah warga Indonesia, Yuliana dalam keadaan waras ketika mendera bayi majikannya, Februari lalu. Keputusan laporan yang disediakan Pakar Perunding Psikiatri (Forensik) Hospital Permai, Dr Badi'ah Yahya itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya, di sini, semalam. Berdasarkan laporan hospital itu, beliau berkata, pemerhatian rapi 24 jam dan pemeriksaan mental berkala sepanjang Yuliana, 23, berada di hospital mendapati pembantu rumah itu tidak menunjukkan tanda atau gejala penyakit jiwa yang teruk. Katanya, berdasarkan pandangan Dr Badi’ah, pembantu rumah itu ketika kejadian dalam keadaan siuman dan tahu perbuatannya menyalahi undang-undang. “Yuliana juga layak dibicarakan dan memberi pengakuan di mahkamah bagi tujuan pembelaan diri,” katanya. Persoal kesahihan laporan Peguam T Vijayandran yang dilantik Kedutaan Indonesia mewakili Yuliana bagaimanapun mempersoalkan kesahihan laporan pemeriksaan terbabit berikutan ia disediakan seorang pakar perunding dan bukan Pengarah hospital terbabit, Dr Abdul Kadir Abu Bakar. “Seksyen 343 Kanun Tatacara Jenayah, menyatakan sebarang laporan perubatan perlu dibuat pengarah sesebuah hospital,” katanya. Beliau kemudian memohon satu tarikh baru untuk sebutan semula kes bagi membolehkannya membincangkan keputusan laporan berkenaan dengan pihak Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Mariana kemudian menetapkan 17 Julai depan bagi sebutan semula kes. Yuliana dipenjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada 19 Februari lalu selepas mengaku salah menghempas, melambung dan menganiaya seorang bayi lelaki berusia empat bulan.

Rantau Panjang: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mencangkung dengan mukanya tersembam di dalam baldi di tandas di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang, di sini, semalam. Mangsa, Mohd Hafizi Aziz, 26, ditemui lengkap berpakaian dan dipercayai meninggal dunia lebih empat jam sebelum mayat itu ditemui. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim, berkata kejadian itu disedari seorang pengawal keselamatan stesen minyak berkenaan yang curiga melihat pintu tandas berkenaan berkunci selama tujuh jam sejak jam 10 malam kelmarin. “Pihak kami dimaklumkan berhubung kejadian jam 6.55 pagi oleh seorang anggota RELA yang bertugas di premis berkenaan. “Ketika sampai di tempat kejadian, anggota polis terpaksa memecahkan pintu tandas itu sebelum menjumpai mayat dalam keadaan mukanya tersembam di dalam baldi,” katanya di sini, semalam. Hidung berdarah Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa selain hanya terdapat kesan darah keluar dari hidungnya dan dipercayai meninggal dunia lebih empat jam sebelum dijumpai. Katanya, berdasarkan keterangan keluarganya, mangsa dipercayai keluar dari rumah jam 7.30 malam kelmarin dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab.

1. Kaum Gypsy
 
Kaum Gypsy adalah pengembara, ras misterius, tersebar di seluruh Eropah dan bahagian Asia, Afrika, dan Amerika. Sebenarnya suku Gypsy adalah orang yang tidak mempunyai rumah tetap. Tetapi jika kita mempermalukan mereka, maka mereka pun tidak segan-segan mengeluarkan kata-kata berbau kematian kepada kita. Sihir: Mungkin Lamia merupakan sihir paling buruk yang digunakan orang Gypsy. Biasanya sihir ini digunakan untuk hukuman. Cara kerjanya adalah dengan mengambil sesuatu milik kita, entah kancing, pena, dll, dan mengucapkan mentera kepada benda tersebut. Lamia va lua sufletele lor,? I le pun în locul s? U în cazul în care sufletele nu va fi din nou reîncarnare (Lamia mengambil jiwanya selepas beberapa hari, dan membawanya ke azab tak berkesudahan). Satu perkara yang perlu diingat, jangan tertipu oleh dandanan mereka.

 2. INDIAN

Suku Indian adalah suku, bangsa, atau kumpulan atau komuniti masyarakat asli di Amerika. Sihir: Sihir terjahat masyarakat pedalaman Amerika ini adalah Na Munda. Ini berbeza dengan voodoo yang ada di Haiti. Biasanya suku Indian melakukan sihir ini dengan memanggil arwah menggunakan badan mereka dengan nyanyian atau mentera dan tarian-tarian khusus. Sihir ini akan menyebabkan kematian tanpa bekas. Belakangan ini sihir ini juga digunakan untuk menyembuhkan dan peramalan.

 3. BULGARIAN MYSTERY

Bulgarian Mystery merupakan kumpulan orang dari Bulgaria yang mempunyai sihir tahap tinggi jarak jauh. Sihir ini digunakan untuk perebutan wilayah pada zaman pembahagian daerah di Eropah Timur. Sihir: Sihir paling mengerikan masyarakat Bulgaria adalah nyanyian. Malka Moma yang dinyanyikan dengan nada tinggi merupakan sihir yang unik dan berbeza dari suku lain. Tetapi, sekarang sihir ini sudah tidak ada lagi. Sekarang sudah dijadikan budaya masyarakat Bulgaria dalam menyanyi.

 4. KIYUKU

Kiyuku adalah nama dari sebuah suku di Afrika, merupakan pecahan dari Murci dan Dassanech. Kiyuku mencari tempat dengan cara berpindah-pindah dari kawasan Africa sampai ke Ethiopia. Sihir: Sihir yang dimiliki adalah Kiyuku Dancer atau tarian Kiyuku. Masyarakat setempat sendiri belum mengetahiu dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan tarian tersebut. Ada yang berkata menurunkan hujan, Sihir, bahkan ada beberapa yang mengatakan orang-orang ini dapat mengubah padang pasir menjadi salji

 5. MAYA

Maya merupakan kumpulan orang-orang luar biasa yang berada di pedalaman hutan Mexico dan Guatemala. Merupakan suku yang paling moden pada zaman tersebut kerana sudah dapat mengira kalendar bintang, dan merupakan ahli matematik. Sihir: Jangan berfikir bahawa Maya hanya suku yang mempunyai kemampuan berhitung saja, Toltec adalah nama, atau gelaran kepada tertua Maya, atau boleh disebut orang bijak. Mereka mempunyai kemampuan boleh memanggil hujan, kekuatan dalam perang, dan memunculkan matahari dengan melakukan sembahan berupa jantung manusia yang berasal dari suku mereka atau musuh. Suku inilah yang memerangi bangsa Indian.

 6. Maasai

Maasai merupakan suku yang berasal dari Kenya. Arrogant, Fearless, dan Free, merupakan gelaran yang sesuai bagi mereka. Selama 100 tahun, Maasai tidak mengambil atau terpaku kepada aturan, damai dalam berperang, Wang untuk hidup, dsb. Sihir: Sihir mereka cenderung berdoa, mereka mempunyai dewa yang bernama Enkai. Tidak hairan kenapa suku Maasai dinamakan "Warriors". Konon dengan bantuan dari Enkai, mereka boleh berlari secepat singa dan juga menjadi kebal.

Pasti seluruh dunia marah di atas perbuatan lelaki ini , tambahan lagi aktivitis pencipta haiwan ,pasti ramai blogger2 telah memaparkan kisah anjing di seret lelaki cina ini mengikat anjing tersebut menggunakan rantai lalu diseret menggunakan motosikal . ini merupakan perbutan kumpulan anti haiwan di china ,khabarnya di kota guangzhou.Kumpulan ini dinamakan "tidak berperikemanusian". sungguh kejam anjing ini diseret dengan kelajuan 50kn/jam dan ajing tersebut menahan kesakitan dan beberapa orang mengatakan ketika diseret anjing itu melolong kesakitan . tapi itu tidak membuat pemandu biadap itu melambatkan , malah mempercepatkan kelajuan motosikal tersebut. Foto2 dibawah menunjukan berapa seriusnya kecederaan anjing tesebut , saksikan

Isu khalwat yang melibatkan aktor ShahzJaszle atau Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin dengan Farah Nurrizati Salleh, 21, nampaknya masih belum ada penyelesaiannya. Dan, ia membuatkan penulis sebelum ini tertanya-tanya apa yang bakal berlaku dengan tunang Shah Jaszle, Redzwani Puteri Ismail, 25, yang juag seorang pelajar jurusan perubatan. Namun, dalam laporan Berita Harian hari ini, pihak keluarga Redzwani nampaknya telah menghubungi akhbar harian arus perdana itu untuk mengesahkan bahawa Redzwani dengan Shahz Jaszle sudah pun putus tunang. Pertunangan di antara mereka putus sejak 10 hari yang lalu di mana ianya telah telah diputuskan sendiri oleh keluarga Redzwani. Difahamkan, ibu bapa Redzwani turut memulangkan dua bentuk cincin, iaitu sebentuk cincin belah rotan serta sebentuk cincin berlian sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember tahun lalu. Keluarga Redzwani dikatakan bertindak sedemikain setelah meliaht sendiri kenyataan yang diberikan Shah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pun begitu, pihak lelaki sebolehnya mahu merahsiakan tentang berita putus tunang tersebut.sumber

LA PAZ, Bolivia - Seorang budak perempuan berusia empat tahun, Rosalia, yang koma selama hampir tiga minggu selepas digigit seekor anjing Rottweiler di bahagian muka dan tubuh mula sedar dan akan diterbangkan ke Amerika Syarikat (AS) bagi menjalani pembedahan, kata beberapa doktor di Bolivia. Kes berkenaan mendapat perhatian di negara Amerika Selatan itu. Beberapa doktor berkata, Hospital Kanak-kanak Boston, AS turut mendapat tumpuan kerana menawarkan sebuah pesawat untuk membawa Rosalia ke negara tersebut. Rosalia yang koma diserang anjing pada 24 Mei lalu dilapor memanggil ibunya selepas dia tersedar semalam. Seorang doktor di sebuah hospital kanak-kanak di Bolivia, Dr. Alfredo Rodriguez berkata, Rosalia kini berada dalam keadaan terkawal dan bersedia untuk memulakan perjalanan. Pihak berkuasa Bolivia menjangkakan pesawat yang membawa Rosalia akan tiba di Boston hari ini. - AP APRosalia terlantar di katil Hospital Kanak-Kanak di La Paz, Bolivia pada Isnin lalu.

DEHRADUN - Angka kematian akibat banjir kilat yang berpunca daripada hujan monsun di utara India meningkat kepada 120 orang, kata beberapa pegawai semalam. Musim hujan di India tiba lebih awal pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. "Sekurang-kurangnya 110 orang telah terkorban. Kerajaan negeri dan pihak tentera cuba untuk menyelamat ribuan pelancong yang terperangkap dekat beberapa buah perkampungan dan kuil Hindu yang digenangi air," kata Menteri Pengurusan Bencana Negeri Uttarakhand, Jaspal Arya. Di negeri Himachal Pradesh yang berjiran dengan Uttarakhand sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kejadian tanah runtuh yang turut memusnahkan 500 buah rumah dan bangunan kerajaan. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan tentera kelmarin menyatakan, lima buah lapangan terbang di utara India telah diaktifkan untuk mempercepat operasi menyelamat. Pada kebiasaannya, sektor pertanian di India amat bergantung kepada hujan monsun yang turun selepas musim kemarau. Hujan monsun turun di India pada akhir bulan Jun dan berterusan hingga September depan tetapi pada masa yang sama, fenomena cuaca ini akan menyebabkan banjir. Pada tahun ini, hujan monsun turun lebih awal sekali gus mendedahkan kelemahan kerajaan dalam melakukan persiapan apabila negara ditimpa bencana.

Memang betullah kata orang. Adakalanya watak yang dipegang seseorang pelakon itu boleh memberikan impak yang dahsyat di kalangan penonton. Misalnya, watak sebagai Dr Aaron yang dilakonkan oleh aktor Arje Lee dalam drama Misiku Kuza yang kini masih rancak bersiaran di Astro Ria. Dek kerana watak ini, Murai Batu dengar ada fans yang nampaknya sanggup bergaduh semata-mata berebutkan Arja Lee di dalam laman sosial seperti Twitter. Kalau setakat bergurau-gurau tidak apa juga. Ini tidak...! Murai Batu, diaorang ni memang bergaduh betul-betul. Sampaikan Murai Batu tengok Arje Lee sendiri yang terpaksa masuk campur di dalam pergaduhan itu demi untuk menenangkan mereka semua. Hai..macam tu sekali hebatnya penangan si Dr Aaron ni ya. Bukan itu saja, Murai Batu dengar Arja Lee sekarang ini pun sudah jadi kegilaan ramai remaja di luar sana. Semuanya menggilai wajah dan sifatnya yang sangat charming itu. Khabarnya, ada reporter perempuan pun gugup bila Arja Lee berdepan dengan mereka.

KL, 19 JUN 2013: Tidak ada angin, tidak ada ribut, tup tup Murai Batu dapat tahu bahawa aktres Fasha Sandha telah dimadukan suaminya. Murai Batu pasti, sesiapun yang berada di tempat Fasha Sandha pastinya terkejut apabila berdepan dengan situasi ini. Lebih-lebih lagi apabila dia telah dimadukan dengan seorang gadis yang jadi pilihan keluarga suaminya. Senang cakap, keluarga mentuanya yang aturkan perkahwinan tersebut. Ishhh... Macam mana tu? Tuhan sajalah yang tahu bagaimana perasaan Fasha Sandha kala itu ya. Satu saja, permintaan Murai Batu iaitu semoga Fasha Sandha akan tabah untuk berhadapan dengan dugaan yang seperti ini. Lebih-lebih lagi apabila suaminya yang kacak iaitu Aaron Aziz terpaksa mengahwini gadis muda bernama Anzalna dalam dalam drama Tentang Hati yang bakal ditayangkan di RTM bermula selepas raya ini. Haaaa... korang semua. Isu Fasha Sandha dimadukan ini sebenarnya bakal anda saksikan dalam Tentang dia terbitan Global Network Sdn Bhd milik Datin Zaiton Mohd Jiwa yang juga kakak ipar kepada penyanyi tersohor negara, Dato` Siti Nurhaliza. Tentang Hati yang diterajui Fasha Sanda dengan Aaron Aziz ini turut dibantu Anzalna dengan Rusdi Ramli dan ia mengisahkan tentang situasi yang terpaksa dilalui Fasha Sandha apabila suaminya Aaroz Aziz dipaksa berkahwin dengan Anzalna oleh keluarganya. Namun, keadaan itu berlaku kerana keluarga Aaron Aziz tidak mengetahui bahawa anak lelaki mereka itu telah pun mempunyai isteri kerana tanpa pengetahuan keluarga, dia dengan Fasha telah berkahwin senyap-senyap di luar negara.

KATHMANDU 20 Jun - Sekurang-kurangnya 22 orang maut akibat tanah runtuh dan banjir kilat yang disebabkan hujan monsun di beberapa bahagian di Nepal, semalam. Jurucakap Kementerian Hal Ehwal, Shankar Koirala berkata, seramai 18 orang turut dilaporkan hilang akibat bencana alam tersebut. "Lebih 100 kediaman dilaporkan musnah, terutamanya di bahagian barat Nepal dan kerajaan akan menghulurkan bantuan kecemasan kepada semua penduduk yang terjejas. "Setiap keluarga yang terjejas akan diberi wang tunai sebanyak AS$425 (RM1,317), selain bekalan asas seperti ubat-ubatan dan makanan," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog