20 Jun 2013

Posted by jinson on 20.6.13 No comments


DEHRADUN - Angka kematian akibat banjir kilat yang berpunca daripada hujan monsun di utara India meningkat kepada 120 orang, kata beberapa pegawai semalam. Musim hujan di India tiba lebih awal pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. "Sekurang-kurangnya 110 orang telah terkorban. Kerajaan negeri dan pihak tentera cuba untuk menyelamat ribuan pelancong yang terperangkap dekat beberapa buah perkampungan dan kuil Hindu yang digenangi air," kata Menteri Pengurusan Bencana Negeri Uttarakhand, Jaspal Arya. Di negeri Himachal Pradesh yang berjiran dengan Uttarakhand sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kejadian tanah runtuh yang turut memusnahkan 500 buah rumah dan bangunan kerajaan. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan tentera kelmarin menyatakan, lima buah lapangan terbang di utara India telah diaktifkan untuk mempercepat operasi menyelamat. Pada kebiasaannya, sektor pertanian di India amat bergantung kepada hujan monsun yang turun selepas musim kemarau. Hujan monsun turun di India pada akhir bulan Jun dan berterusan hingga September depan tetapi pada masa yang sama, fenomena cuaca ini akan menyebabkan banjir. Pada tahun ini, hujan monsun turun lebih awal sekali gus mendedahkan kelemahan kerajaan dalam melakukan persiapan apabila negara ditimpa bencana.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog