20 Jun 2013

Posted by jinson on 20.6.13 No comments


KUALA LUMPUR 20 Jun - Akibat kes khalwat pelakon Shahrizal Jaszle, 25, dengan seorang wanita, pertunangannya dengan Redzwani Puteri akhirnya diputuskan pada 10 Jun lalu. Pertunangan tersebut diputuskan oleh keluarga pelajar jurusan perubatan tersebut demi menjaga maruah dan nama baik keluarga. Seorang saudara perempuan keluarga Redzwani berkata, pihak mereka tidak mahu lagi nama wanita berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan Shahrizal. "Mewakili keluarga Redzwani, saya tampil membuat kenyataan kerana tidak mahu dia dikenali sebagi tunang Shah. Lagipun hubungan mereka sudah berakhir sejak 10 Jun lalu. "Satu perbincangan antara ibu bapa kedua-dua belah pihak telah diadakan tanpa melibatkan Shahrizal dan Redzwani," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Difahamkan pihak Redzwani turut memulangkan dua bentuk cincin pertunangan sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember lalu. Malah saudara Redzwani itu juga menolak dakwaan pasangan khalwat Shahrizal yang mendakwa pelakon tersebut bertunang atas kehendak keluarga. Terdahulu, pada 16 Mei lalu Shahrizal telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog