20 Jun 2013

Posted by jinson on 20.6.13 No comments


SIBU 20 Jun - Operasi mencari mangsa tragedi bot ekspres, Kawan Mas yang karam di Sungai Rajang dekat Belaga dan masuk hari ke-24 ditamatkan manakala usaha menaikkan bangkai bot berkenaan dihentikan sepenuhnya berkuat kuasa hari ini. Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, perkara tersebut diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri (JPBBN) Sarawak yang mengadakan mesyuarat khas di Bilik Gerakan Negeri di Kuching, semalam. Katanya, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengambil kira pandangan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beroperasi sejak hari pertama kejadian iaitu pada 28 Mei lalu. “Menurut pasukan SAR, keadaan arus deras sungai amat berbahaya dan berisiko tinggi kepada sesiapa sahaja yang cuba menyelam dan mencari bot tersebut. Malah pasukan SAR yang dibawa khas dari Kuala Lumpur juga mengesahkan perkara itu. “Sementara itu dari sudut perubatan pula, selepas 24 hari, sekiranya mayat mangsa ditemukan, keadaannya dijangka sudah reput serta sudah tidak boleh dikenal pasti," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kebakaran di Kampung Datu Lama hari ini. Dalam tragedi menjelang Gawai 28 Mei lalu, Kawan Mas yang membawa 222 penumpang karam di kawasan Jeram Bungan, antara jeram paling berbahaya di hulu Sungai Rajang selepas melanggar sebatang balak dan mengalami masalah enjin. Sebanyak 219 penumpang terselamat, seorang disahkan maut manakala dua lagi Roslin Jati, 34, dan Maurice Ajan, 22, masih hilang. Namun pada 16 Jun lalu, satu mayat reput ditemukan dan masih menunggu ujian DNA untuk pengesahan identiti.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog