20 Jun 2013

Posted by jinson on 20.6.13 No comments


Kuantan: Laporan pemeriksaan mental dikeluarkan Hospital Permai, Johor, mendapati pembantu rumah warga Indonesia, Yuliana dalam keadaan waras ketika mendera bayi majikannya, Februari lalu. Keputusan laporan yang disediakan Pakar Perunding Psikiatri (Forensik) Hospital Permai, Dr Badi'ah Yahya itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya, di sini, semalam. Berdasarkan laporan hospital itu, beliau berkata, pemerhatian rapi 24 jam dan pemeriksaan mental berkala sepanjang Yuliana, 23, berada di hospital mendapati pembantu rumah itu tidak menunjukkan tanda atau gejala penyakit jiwa yang teruk. Katanya, berdasarkan pandangan Dr Badi’ah, pembantu rumah itu ketika kejadian dalam keadaan siuman dan tahu perbuatannya menyalahi undang-undang. “Yuliana juga layak dibicarakan dan memberi pengakuan di mahkamah bagi tujuan pembelaan diri,” katanya. Persoal kesahihan laporan Peguam T Vijayandran yang dilantik Kedutaan Indonesia mewakili Yuliana bagaimanapun mempersoalkan kesahihan laporan pemeriksaan terbabit berikutan ia disediakan seorang pakar perunding dan bukan Pengarah hospital terbabit, Dr Abdul Kadir Abu Bakar. “Seksyen 343 Kanun Tatacara Jenayah, menyatakan sebarang laporan perubatan perlu dibuat pengarah sesebuah hospital,” katanya. Beliau kemudian memohon satu tarikh baru untuk sebutan semula kes bagi membolehkannya membincangkan keputusan laporan berkenaan dengan pihak Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Mariana kemudian menetapkan 17 Julai depan bagi sebutan semula kes. Yuliana dipenjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada 19 Februari lalu selepas mengaku salah menghempas, melambung dan menganiaya seorang bayi lelaki berusia empat bulan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog