20 Jun 2013

Posted by jinson on 20.6.13 No comments


Rantau Panjang: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mencangkung dengan mukanya tersembam di dalam baldi di tandas di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang, di sini, semalam. Mangsa, Mohd Hafizi Aziz, 26, ditemui lengkap berpakaian dan dipercayai meninggal dunia lebih empat jam sebelum mayat itu ditemui. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim, berkata kejadian itu disedari seorang pengawal keselamatan stesen minyak berkenaan yang curiga melihat pintu tandas berkenaan berkunci selama tujuh jam sejak jam 10 malam kelmarin. “Pihak kami dimaklumkan berhubung kejadian jam 6.55 pagi oleh seorang anggota RELA yang bertugas di premis berkenaan. “Ketika sampai di tempat kejadian, anggota polis terpaksa memecahkan pintu tandas itu sebelum menjumpai mayat dalam keadaan mukanya tersembam di dalam baldi,” katanya di sini, semalam. Hidung berdarah Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa selain hanya terdapat kesan darah keluar dari hidungnya dan dipercayai meninggal dunia lebih empat jam sebelum dijumpai. Katanya, berdasarkan keterangan keluarganya, mangsa dipercayai keluar dari rumah jam 7.30 malam kelmarin dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog