20 Jun 2013

Posted by jinson on 20.6.13 No comments


Isu khalwat yang melibatkan aktor ShahzJaszle atau Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin dengan Farah Nurrizati Salleh, 21, nampaknya masih belum ada penyelesaiannya. Dan, ia membuatkan penulis sebelum ini tertanya-tanya apa yang bakal berlaku dengan tunang Shah Jaszle, Redzwani Puteri Ismail, 25, yang juag seorang pelajar jurusan perubatan. Namun, dalam laporan Berita Harian hari ini, pihak keluarga Redzwani nampaknya telah menghubungi akhbar harian arus perdana itu untuk mengesahkan bahawa Redzwani dengan Shahz Jaszle sudah pun putus tunang. Pertunangan di antara mereka putus sejak 10 hari yang lalu di mana ianya telah telah diputuskan sendiri oleh keluarga Redzwani. Difahamkan, ibu bapa Redzwani turut memulangkan dua bentuk cincin, iaitu sebentuk cincin belah rotan serta sebentuk cincin berlian sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember tahun lalu. Keluarga Redzwani dikatakan bertindak sedemikain setelah meliaht sendiri kenyataan yang diberikan Shah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pun begitu, pihak lelaki sebolehnya mahu merahsiakan tentang berita putus tunang tersebut.sumber
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog