20 Jun 2013

Posted by jinson on 20.6.13 No comments


KUALA LUMPUR, 20 JUN 2013: Hubungan cinta yang terjalin di antara produser filem penuh kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dengan pemain bass CRK, Eddie Ghazali atau Eddie, 45, telah pun Murai Batu uar-uarkan secara eklusif beserta dengan gambar mereka di dalam ruangan pojok itu di portal Murai semalam. Dan, pasti ada yang ingin tahu bagaimana percintaan di antara kedua-dua mereka ini berputik. Dalam wawancara bersama murai.com.my, Eddie secara jujur memberitahu bahawa pada awalnya, dia sendiri bagaikan tidak percaya apabila Raja Azmi sanggup mengenali serta berkawan dengannya secara serius. "Saya diperkenalkan dengan Raja Azmi oleh anak saudara saya. Pada mulanya saya teragak-agak juga kerana siapa yang tidak kenal dengan Raja Azmi. Dia seorang produser filem yang berpengaruh serta dikenali ramai. ""Kalau hendak dibandingkan dengan saya, memang jauhlah. Bagaikan langit dengan bumi. Malah, cerita-cerita yang berkaitan dengannya juga seringkali mengundang kontroversi. "Tapi, kata orang tak kenal, maka tak cintaka? . Waktu mula-mula jumpa di showcase NRG pada 15 Februari awal tahun ini, hatis aya berdebar-debar juga. Sebab bimbang kalau-kalau, kami tak dapat nak sesuaikan diri. "Tapi, waktu pertama kali jumpa dengan dia, hati saya sudah suka dan tertarik dengannya. Macam jatuh cinta pandang pertama. Dan setelah makin lama mengenali dia, makin saya rasa suka dan senang dengan dia. "Sebab, dia seorang wanita yang simple dan boleh masuk dalam dunia saya dan sangat merendah diri. Malah, dia juga mempunyai sifat keibuan yang saya inginkan. Selain daripada itu, dia juga cukup mmahami kerjaya saya sebagai seorang pemuzik. Mungkin, ianya juga disebabkan kami datang dari latar belakang yang sama iaitu dunia hiburan. Dia juga banyak memberikan sokongan dan idea untuk saya mengembangkan kerjaya saya sebagai pemuzik. "Keluarga saya dan anak-anak juga sudah kenal dengan dia. Mereka juga sangat menyenangi dia (Raja Azmi). Senang kata, keluarga merestui hubungan kami," katanya kepada murai.com.my. Menurut Eddie lagi, pada awalnya dia memang menghadapi cabaran untuk mendekati anak-anak Raja Azmi. "Sebabnya anak-anak Raja Azmi masih mempunyai bapa mereka lagi. Jadi, tidak mungkinlah mereka dapat menerima seseorang yang baru di dalam hidup ibu mereka. Lainlah macam anak-anak saya. Mereka kematian ibu. Jadi, kehadiran Raja Azmi di dalam hidup mereka ibarat mengisi kekosongan ibu mereka yang telah lama pergi. "Jadi, berbalik kepada anak-anak Raja Azmi tadi, saya cuba untuk mendekati mereka dengan cara saya sendiri iaitu dengan menilai karektor dan keperibadian mereka serta apa yang mereka suka dan apa yang tidak. "Alhamdulillah, saya rasa sekarang ini, mereka juga sudah boleh terima kehadiran saya dalam hidup ibu mereka," katanya. Jelas Eddie lagi, waktu dia mula-mula mengenali Raja Azmi, dia pernah memberitahu rakan-rakan pemuzik dan rakan-rakan lama sekolah bahawa dia sedang bercinta dengan produser filem terbabit. "Serius, waktu saya mula-mula cakap dengan diaorang, mereka langsung tidak percaya dan menganggap saya sengaja berlawak. Tapi, lama-kelamaan bila mereka tahu yang betul saya ini sedang menjalinkan hubungan dengan Raja Azmi, masing-masing tumpang gembira dan mengucapkan tahniah buat saya," katanya lagi. Tambah Eddie lagi, dia dengan Raja Azmi juga sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumahtangga iaitu dengan memilih tarikh untuk bertunang pada 15 Julai dan melangsungkan perkahwinan pada 15 September. "Kedua-dua tarikh ini dipilih selepas kami berbincang dengan keluarga masing-masing," katanya. Dalam perkembangan lain, Eddie juga bakal mengadakan reunion bersama anggota kumpulan CRK.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog