20 Jun 2013

Posted by jinson on 20.6.13 No comments


Memang betullah kata orang. Adakalanya watak yang dipegang seseorang pelakon itu boleh memberikan impak yang dahsyat di kalangan penonton. Misalnya, watak sebagai Dr Aaron yang dilakonkan oleh aktor Arje Lee dalam drama Misiku Kuza yang kini masih rancak bersiaran di Astro Ria. Dek kerana watak ini, Murai Batu dengar ada fans yang nampaknya sanggup bergaduh semata-mata berebutkan Arja Lee di dalam laman sosial seperti Twitter. Kalau setakat bergurau-gurau tidak apa juga. Ini tidak...! Murai Batu, diaorang ni memang bergaduh betul-betul. Sampaikan Murai Batu tengok Arje Lee sendiri yang terpaksa masuk campur di dalam pergaduhan itu demi untuk menenangkan mereka semua. Hai..macam tu sekali hebatnya penangan si Dr Aaron ni ya. Bukan itu saja, Murai Batu dengar Arja Lee sekarang ini pun sudah jadi kegilaan ramai remaja di luar sana. Semuanya menggilai wajah dan sifatnya yang sangat charming itu. Khabarnya, ada reporter perempuan pun gugup bila Arja Lee berdepan dengan mereka.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog