19 September 2013

Ken Norton. Pic: www.newsone.com
LOS ANGELES: Former boxing champion Ken Norton, who was considered one of the greatest heavyweights of his era, has died of heart failure, aged 70, the Los Angeles Times reported.
 Norton is best known for beating Muhammad Ali in 1973, breaking the Hall of Famer's jaw in the process. Norton ended his brilliant career with a record of 42 wins, seven losses, one draw and 33 knockouts.
19.9.13 Unknown

Nicol David getting into gear in a Pilatus PC7 MK II. Pic: Sharul Hafiz Zam/ NST
ALOR SETAR: Having proved her nerves of steel in crushing opponents in squash, world number one Datuk Nicol Ann David yesterday demonstrated her ability in conquering her fear of heights when she boarded a Royal Malaysian Air Force's (RMAF) training aircraft.
 Acknowledging that she was nervous before boarding the Pilatus PC7 MK II, the 30-year-old national squash queen was elated to complete the 30 minute ride piloted by Major Khairol Muzambi Salehin. Nicol said the experience helped take her confidence level to new heights. "This is one experience which is very different.
 I was very nervous but being nervous in the squash court is totally different from what I experienced before the flight. "This is a different type of challenge and it indirectly helped increase confidence in myself," she said. Sporting a full pilot's suit, Nicol said she fancied getting her own "wings" and given a chance, she looked forward to enroll in a flying academy in the future.
 The Penang born athlete, who was appointed an Honorary Major in the RMAF Volunteer Reserve last September, said she felt honoured to be given a chance to fly in the aircraft and described it as "once in a lifetime" experience.
 "Today's trip allowed me to better understand the RMAF's duties," said Nicol on her official visit to the Air Force College (KTU) in Kepala Batas here yesterday.

Kredit foto Faisol Mustafa.
Bekas vokalis kumpulan Terra Rossa dan XPDC iaitu Ali mengalami mengalami kecederaan pada tulang belakang selain tangan kanannya terseliuh akibat kemalangan yang dialaminya pada pada 11 September lalu. Kecederaan tersebut juga menyebabkan dia sukar bergerak.
 Walaupun cedera dan telah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama tiga minggu di rumah tetapi dia tetap bersemangat untuk meneruskan persembahan di Laman Santai, Istana Budaya (IB) pada malam Sabtu lalu. Persembahan tersebut turut dimeriahkan lagi beberapa rakan artis seperti Aris Ariwatan, Zamani (Slam) dan Rahmat (Mega)
 "Alhamdulillah kemalangan itu bukannya serius dan tidak perlu rasanya untuk membatalkan persembahan tersebut kerana saya tidak mahu mengecewakan peminat. Tambahan pula acara itu telah dirancang sejak awal bersama rakan-rakan artis lain,” katanya. Menceritakan mengenai kejadian itu, Ali berkata, dia terlanggar sebuah bonggol yang baru dibina di kawasan perumahannya ketika menunggang motosikal sehingga menyebabkannya terjatuh.
 "Atas sebab itu juga saya terpaksa menggunakan kerusi semasa mengadakan persembahan kerana tidak boleh berdiri lama akibat rasa sakit pada bahagian belakang badan. Bagaimanapun kecederaan itu tidak serius," ujarnya.

Hans Isaac bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Istana Budaya, Nik Kamaruzaman Nik Husin. Kredit foto Faisol Mustafa.
Hans Isaac bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Istana Budaya, Nik Kamaruzaman Nik Husin.

 Sungguhpun pada mulanya berat hati beliau untuk menerima berita teater komedi terbitan produksinya, Lawak Ke Der 3 terpaksa ditangguhkan namun penerbit, pengarah dan pelakon, Hans Issac akhirnya akur apabila pementasan tersebut terpaksa ditunda ke tarikh baru.
 Penundaan tersebut bagi memberi ruang kepada acara rasmi Negara yang bakal diadakan di Istana Budaya bersempena sambutan kedatangan Presiden China ke Malaysia pada 4 Oktober 2013. Ini kerana pada tarikh tersebut pihak Istana Budaya akan mengadakan acara keseniaan yang terbaik di ruang Panggung Sari sekaligus bagi mengangkat imej Negara ke persada dunia.
 "Saya akui, mulanya terduduk juga saya sekejap bila dapat berita (ditunda) ini. Tapi selepas berbincang semula dengan kru produksi saya, saya tak ada pilihan. Tak mengapalah. "Tambahan acara yang akan diadakan melibatkan imej negara, jadi negara harus diutamakan dulu. Kita sebagai rakyat, haruslah memberi sokongan kepada negara kita. Saya juga anggap ini satu cabaran.
 Saya harap ada hikmahnya pementasan ini ditangguhkan kerana memberi ruang dan banyak masa pada kami membuat persiapan. "Lagipun tarikh baru itu jatuh pada cuti sekolah, sedikit sebanyak ianya membantu meningkatkan lagi dari segi jualan tiket. Saya juga ingin meminta maaf kepada penonton-penonton dari jauh seperti dari Sarawak, Brunei dan Singapura kerana mereka mungkin telah menempah tiket pernerbangan mereka dan terpaksa menukar ke tarikh lain", kata Hans Isaac ketika ditemui pada sidang media khas pengumuman penundaan tersebut, di Istana Budaya, semalam.
 Lawak Ker Der 3 yang sepatutnya dipentaskan pada 3 hingga 6 Oktober depan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, akan dipentaskan bermula 4 hingga 8 Disember 2013. Menariknya, selain mengekalkan pelawak Harith Iskander dan Nabil Ahmad pementasan kali ini menampilkan muka baru iaitu kumpulan Jambu dan Douglas Lim.

Hans Isaac akur teater 'Lawak Ker Der 3' ditangguh demi memberi laluan pada acara negara. Kredit foto Faisol Mustafa.
Dalam pada itu Hans juga mengakui gara-gara penagguhan tersebut momentum pementasan Lawwak Ker Der 3 akan sedikit menurun. Namun beliau percaya pementasan kali ini akan memberikan sesuatu yang lebih baik dan berkualiti.
 Malah Hans yakin Lawak Ker Der 3 akan mencatat sejarah sepertimana dua pementasan terdahulu memandangkan teater komedi ini sedia mempunyai pengikut tersendiri yang sentiasa menantikan pementasan berkenaan. "Memang momentumnya sedikit menurun tapi Lawak Ker Der memang dah ada pengikut-pengikutnya. Penonton pun dah tahu kualiti teater ni.
 Saya hanya jual kualiti dan kelakar. Saya jual lawak yang tak dapat di mana-mana majlis koporat atau di kaca TV", katanya. Tiket-tiket pementasan ini telah dijual melalui ejen Ticket2u. Harga-harga tiket adalah RM46, RM96, RM126, RM176, RM196 dan RM356 yang boleh dibeli secara online di www.ticket2u.biz atau terus ke kaunter Box Office Istana Budaya. Bagi penonton yang sudah membeli tiket (tiket lama) pemindaan tarikh baru adalah mengikut hari, masa dan kerusi yang sama.
 Sementara itu Hans turut memaklumkan ekoran penangguhan Lawak Ker Der 3, syarikatnya kini boleh menumpukan perhatian kepada pementasan teater muzikal SuperMokh iaitu berkisar Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, yang akan menemui peminat di lokasi sama, November depan. Setakat ini, Hans mengesahkan Awie bakal menghidupkan watak lagenda bola sepak negara itu.

.
Aktor terkenal Hollywood, Brad Pitt membuat kejutan apabila muncul dalam sebuah majlis resepsi perkahwinan yang diadakan di Hotel Store Park, London pada hujung minggu lalu.
 Daily Mail melaporkan, pasangan pengantin tersebut Abi dan Daniel Lingwood menjemput Brad Pitt ke majlis berkenaan selepas terserempak dengan pelakon itu yang sedang minum di sebuah bar berdekatan dewan acara itu berlangsung.
 "Suami saya ternampak Brad sedang minum seorang diri di bar dan kami menghampirinya untuk mengambil peluang bergambar kenang-kenangan dengannya pada hari bahagia kami. "Namun tidak menyangka dia bersetuju untuk menghadiri perkahwinan kami selepas dipelawa untuk turut serta," katanya. Pitt, 49, berada di London untuk menjalani penggambaran filem terbaharunya, Fury.
 Tambah Abi, Pitt juga berbesar hati untuk mengambil gambar bersama mereka selain mengucapkan tahniah atas perkahwinan itu. "Dia memuji saya kelihatan cantik dan dia mengajak kami bergambar sebagai kenang-kenangan," tuturnya.
 Dalam pada itu, Abi berkata, Pitt bagaimanapun terpaksa beredar daripada majlis tersebut kerana perlu menghadiri perjumpaan bersama penerbit filem Fury di hotel sama. "Apabila tetamu mula menyedari kehadirannya semua menjadi seperti tidak keruan dan cuba mendekati Brad namun dia terpaksa beredar dan sempat mengucapkan tahniah kepada saya dan suami.
 "Walaupun kehadiran Brad telah menenggelamkan hari bahagia saya tetapi tidak mengapa kerana kehadirannya adalah hadiah paling hebat untuk perkahwinan kami," tuturnya.

Agak lama menyepi daripada publisiti, nama Juliana Abdul Aziz, 30, atau Jue Aziz kembali menjadi sebutan sejak tersebarnya gambar aktres itu bersama seorang bayi lelaki yang diberi nama Darwish Naufal.
 Lantaran laman sosial miliknya dipenuhi gambar si kecil itu, timbul spekulasi berhubung kehadiran bayi comel dalam hidup Jue.
 Timbul pula cerita kononnya Jue ‘menghilangkan’ diri kerana mahu menyorokkan perutnya yang memboyot. “Saya bukanlah manusia kejam. Saya ada didikan agama. Takkanlah saya tergamak mengatakan zuriat sendiri sebagai anak angkat. Apa perasaan anak saya apabila besar kelak jika dia tahu perkara sebenar? “Bayi itu adalah anak angkat yang saya bela sejak setahun lalu.
 Saya teringin memiliki zuriat sendiri, tetapi tuhan belum menemukan jodoh saya. Soal jodoh adalah ketentuanNya, saya tidak tahu bila impian untuk berumah tangga akan tercapai. Jadi saya buat keputusan untuk mengambil anak angkat,” katanya.
 Jue berkata, dia kecewa keikhlasannya membesarkan anak angkat disalah erti masyarakat. “Jahat sangatkah artis seperti saya hingga tidak layak untuk ambil anak angkat? Bila artis ambil anak angkat, macam-macam cerita orang buat. Lebih teruk ada yang tergamak menuduh itu zuriat saya sendiri di atas keterlanjuran yang dilakukan.
 “Saya hendak bertanya, adakah selama ini mereka nampak saya bersembunyi? Kalau betul saya mengandung, tentu cerita itu sudah tersebar luas. Secara logik, macam mana saya hendak sorokkan perut yang kian membesar sedangkan hari-hari saya berada di set penggambaran,” katanya.

mona
AKU mulakan tulisan ini dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Hatiku kian sebak hanya kerana Allah Maha Esa Maha Mengetahui. Kenapa? Mengapa? Kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Sebelum ini aku tidak pernah mengerti apakah yang dikatakan bahagia. Aku bertanya kepada teman. Ada yang mendefinisinya sebagai suatu keadaan perasaan. Ya, gembira satu perasaan.

Relatives bury Mona Fandey
Ada pula orang kata, gembira tidak mengisi atau menepati makna bahagia. Namun, aku pasti ia suatu keluarbiasaan. Tetapi, dapatkah merasainya?
 Akhirnya aku menemuinya, aku berasa sungguh bahagia, tiada kata-kata untuk diungkapkan. Bahagia ini datang menerpa jiwaku dengan tiba-tiba. Saat itu aku di dalam Masjid Nabawi di Madinah. Pertama kali aku melangkah masuk ke masjid nan suci itu. Masjid menempatkan makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, junjungan kita.
 (Ketika itu aku mengerjakan umrah pada 2008. Tahun berikutnya, dengan izin Allah SWT aku dapat menunaikan haji, Alhamdulillah). Aku masih ingat lagi saat-saat itu. Pada masa itu, aku sebak, sedih bercampur. Ya, rasa ‘bahagia’ atau rasa yang menerjah kalbu.
 Dengan air mata, aku menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Ya Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, aku datang dari jauh dan mendirikan solat di Masjid Nabawi. Di Madinah yang menyaksikan pengorbanan dan perjuangan junjungan besar kita untuk menyelamatkan kita daripada kejahilan.
 Aku berasa hampir dengan-Mu, Ya Allah. Di benakku, aku menghitung hari seterusnya berpeluang mendirikan solat di Masjidil Haram di Makkah pula, dengan izin-Nya. Pasti perasaan bahagia ini berulang-ulang selama aku di tanah suci. Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, pengalaman duniawi menjamah jiwaku.
 Menjalankan tugas sebagai wartawan mahkamah menemukanku dengan hamba-hamba-Nya yang tersisih daripada masyarakat. Setiap hari aku melihat pemandangan yang akan mengecutkan jiwa kecil. Saban hari aku melihat tertuduh diberkas dan diganding untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka akan mendapat hukuman kerana melanggar undang-undang jenayah dan sivil.
 Di tanah suci, ingatanku kembali kepada mereka, terutama sepasang suami isteri. Dan, hati terdetik, jikalau pasangan suami isteri itu tahu kebesaran Allah. Sedarkah mereka akibat perbuatan yang akan menerima azab Allah kelak. Azab-azab yang diulang-ulang dalam firman Allah dan hadis Rasul. Hatiku mengeluh, sekiranya mereka mengingati Allah SWT semua ini tidak akan berlaku.
 Tetapi, ustaz pernah mengajar, tidak perlu kata ‘kalaulah’ kerana semua yang berlaku itu satu ketentuan Allah SWT. Aku menghadiahkan al-Fatihah kepada kedua-duanya. Ya Allah ampunkan mereka berdua, doaku untuk mereka di masjid suci itu. Umum tahu siapakah pasangan yang meninggalkan nama. Nama sebagaimana?
 Nama yang dirujuk sebagai kes-kes jenayah dalam pengajian bidang guaman? Rentetan hidup pasangan ini menjadi bualan waktu itu. Mereka pergi sebagai manusia yang dikenali kerana jenayah dilakukan. Tetapi adakah orang yang terfikir untuk ambil kisah mengapa jenayah sedemikian terjadi?
 Mengimbas pengalaman lama, lebih lima bulan aku dan rakan-rakan wartawan membuat liputan kes perbicaraan pasangan ini di Mahkamah Tinggi Temerloh, sekitar tahun 1994/95. Isterinya mesra dengan nama Mona Fandey. Suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman. Kedua-duanya menyara hidup dengan mendakwa sebagai bomoh.
 Mereka diberkas dan dibicarakan atas tuduhan membunuh Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang pada masa itu wakil rakyat negeri Pahang. Satu pembunuhan yang teramat kejam. Aku tidak ingin mengungkit kembali fakta yang dibentangkan dalam kes mereka. Hanya untuk membawa pembaca mengenangkan arwah Mona Fandey.
 Dia seorang wanita ayu. Mona Fandey seperti wanita lain juga. Dia ada impian untuk berjaya dalam hidup. Salah satu impiannya ingin jadi penyanyi. Mona Fandey seorang isteri yang sangat mencintai suaminya. Dia meluahkan perasaan hatinya dalam nota autograf yang aku ambil daripadanya dan kini tersimpan sebagai khazanah peribadi
. Bunyinya ringkas: “Saya ingin hidup dan mati bersama suamiku.” Ya, dia mencapai keinginannya itu. Dia mati bersama-sama suaminya. Mereka berdua dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh di bawah jenayah berat undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sepanjang pasangan itu dibicarakan, mahkamah penuh sesak.
 Pada satu ketika timbul kejadian mistik yang sehingga sekarang jadi persoalan tanpa jawapan. Pada suatu pagi kes mereka, tiba giliran doktor forensik yang bedah siasat anggota mayat mangsa yang mati dalam keadaan ngeri dikerat-kerat 18. Hadirin di mahkamah senyap sunyi. Cerita doktor terasa ngeri, seram remang bulu roma.
Tidak semena-mena kedengaran bunyi ‘keruk-keruk’. Para hadirin memandang sesama sendiri. Dada akhbar esoknya memaparkan bermacam versi yang kebanyakannya mengatakan satu bunyi menakutkan. Tetapi Utusan Malaysia melaporkan berita eksklusif. Pada petang itu, aku memperoleh maklumat daripada sumber bahawa ia adalah bunyi itik-itik jawa Mona Fandey yang mati beragan (kelaparan) di Kampung Hulu Dong, Raub.
 Seorang wartawan wanita pula yang menemui Mona Fandey di lokap untuk bertanya resolusi tahun baharu, pada malamnya dikatakan mengigau menghempas muka ke lantai simen tandas hinggakan pipi dan bibir berdarah.
 Aku masih ingat, Mona Fandey memberi amaran kepada wartawan supaya tidak menokok tambah apa yang dikatakannya pada masa dia bersama-sama suami dan pembantunya, Juraimi Husin dibawa menaiki trak untuk balik ke Penjara Kajang.
 Hukuman mati sudah dijatuhkan. “Saya nak senyum.” Itu kata-kata akhir Mona Fandey kepadaku apabila ditanya apa yang akan dibuatnya menghabiskan sisa-sisa waktu di penjara. Manakala Mohd. Affandi pula kata, dia hendak beramal ibadat dan Juraimi mengatakan dia hendak mengaji al-Quran.
 Semasa itu, fikiranku terasa berat. Mona Fandey kata dia nak senyum? Kata-katanya mengandungi amaran pula supaya tidak tokok tambah. Sepanjang perjalanan balik ke ibu pejabat Utusan, aku tidak berhenti berfikir. Apabila sampai di pejabat, aku cerita kepada Ketua Pengarang ketika itu dan beberapa editor yang memberi pandangan berbeza mengenai kata-kata Mona Fandey.
 Seorang editor berpandangan, ada sesuatu yang ‘tak kena’ pada wanita ini. Namun aku jawab, tidak. Kata-kata Mona Fandey dalam maknanya. Aku beri hujah bahawa simboliknya dia pasrah nasib yang telah menimpa dirinya. Keesokannya, keluar tajuk besar Utusan Malaysia,
 “Saya nak senyum.” Waktu itu akhbar Utusan Malaysia laris macam goreng pisang panas. Apabila dikenangkan, aku pun rasa nak senyum. Kenapa? Akhbar berbahasa Cina turut mengambil kesempatan memaparkan gambar-gambar yang dikatakan seolah-olah mendewakan wanita ini. Hal ini berlaku di peringkat dia hadir perbicaraan di mahkamah.
 Aku masih ingat bagaimana dia menonjolkan diri dengan keterampilan berpakaian kemas bermacam fesyen pada setiap hari. Jelas dia seorang wanita yang mempunyai cita rasa tinggi kepada kemewahan. Cita-cita yang tidak kesampaian Mona Fandey untuk menjadi penyanyi.
 Dalam ceritanya kepada hakim, Mona Fandey mendakwa ketika pegawai polis menyoal siasat, dia minta untuk menyanyi. Dalam filem Hindustan, katanya, orang tidak jemu menonton sebab hero bercinta menyanyi, putus cinta menyanyi, masak di dapur menyanyi dan mengiring orang mati pun menyanyi.
 Apa yang menariknya, Mona Fandey meminta izin hakim agar dibenarkan dia menyanyi sebuah lagu dalam mahkamah. Hakim bijaksana tidak membenarkan. Jika dibenarkan pasti gempar mahkamah jadi pentas hiburan. Aku berdoa kepada Allah SWT untuk mengampunkan dosa semua hamba-Nya dan diberi taufik serta hidayah kepada yang masih terpesong.
 Bahagia menjelma apabila kita dapat merasai keesaan-Nya. Kebahagiaan yang abadi. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ketiga-ketiga hamba-Nya ini.

Kawasan KLCC, tempat di mana berdiri megah Menara Berkembar Petronas dahulunya merupakan kawasan padang rumput hijau yang dijadikan track untuk perlumbaan kuda. Kawasan ini dikenali sebagai Selangor Turf Club.

Siapa sangka, kawasan yang dahulunya hanya padang rumput, kini berubah menjadi kawasan paling elit dan pesat di KL.

Dalam gambar di atas, anda boleh lihat pada latar belakang di sebelah kiri gambar adalah Hotel Hilton KL (sekarang Crowne Plaza Mutiara Hotel), di sebelah kanan letaknya Holiday Inn On-The-Park Hotel (diubahsuai sebagai Impiana KLCC Hotel) dan Hotel Equatorial sebahagiannya tersembunyi (kini sudah dirobohkan). Untuk lebih jelas sila lihat perbandingan di bawah…

before klcc was built
Lagi gambar-gambar:

masjid
Masjid Niu Jie di China mempunyai bangunan yang unik. Arsitekturnya sama sekali tidak seperti masjid, malah cenderung mirip kuil Buddha. Bila tiba di depan Masjid Niu Jie, mungkin orang tidak mengira jika bangunan ini adalah sebuah masjid.
 Ini kerana Masjid Niu Jie dibina dengan tidak meninggalkan gaya China sedikitpun. Bahkan lebih kelihatan seperti kuil Buddha. Masjid ini dibina pada tahun 995 M. Masjid Niu Jie Beijing merupakan masjid terbesar dan tertua di pusat bandar penduduk Muslim. Luas Masjid Niu Jie lebih dari 6000 meter persegi dan merangkumi beberapa bangunan, antara lain ruang solat, Lou Bangge (menara), menara pemerhatian, dan dua pavilion dengan batu Steles.
 Tengok ke luaran, Masjid Niu Jie sengaja direka dalam gaya China klasik, sehingga kelihatan seperti kuil Buddha. Berbeza dengan luaran yang bergaya China klasik, interior lebih bergaya tradisional Arab. Dan tentu saja, tidak ada berhala untuk dilihat. Kedua prasasti China dan Arab banyak menghiasi bangunan masjid ini.

Ini nasib malang yang dialami oleh seorang pencuri. Setelah menyedari yang dirinya diperhatikan, dia segera melarikan diri dengan melompat pagar rucing pada pagar rumah yang yang menjadi sasarannya.
 Malangnya dia gagal melompat. Punggungnya tertusuk besi pagar yang runcing tersebut., ouwhchhhh!!! Satu hal pula bomba terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan dirinya yang menjerit-jerit kesakitan.

Seorang pencuri telah menulis surat permohonan maaf kepada mangsanya serta turut menyertakan wang untuk membayar balik wang yang dicurinya. pencuri
Pemilik Interasian Market, di Nashville menerima surat tersebut yang dihantar ke kedainya minggu lalu. Antara kandungan surat itu ialah, “saya tidak mengambil dadah lagi dan saya merasa bertanggungjawab terhadap mereka yang telah saya sakiti sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
 Saya berharap anada akan menerima wang ini dan memaafkan saya. Salam damai untuk anda, Tidak Dikenali” Selain itu, pencuri yang juga bekas penagih dadah itu turut mengatakan bahawa dia telah mencuri enam tin minuman keras dan sejumlah $300 wang tunai dari kedai mangsa. Dalam surat tersebut, pencuri itu menyertakan $400 wang tuanai sebagai ganti rugi.
 Selepas menerima surat itu, pemilik kedai, Wu, menjelaskan bahawa pihaknya sedia memaafkan individu terbabit. Katanya, “kami nak dia tahu, jika dia sedang menonton, apapun keadaan anda sekarang, kami memaafkan anda atas apa yang telah berlaku”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog