Hans Isaac bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Istana Budaya, Nik Kamaruzaman Nik Husin.
Sungguhpun pada mulanya berat hati beliau untuk menerima berita teater komedi terbitan produksinya, Lawak Ke Der 3 terpaksa ditangguhkan namun penerbit, pengarah dan pelakon, Hans Issac akhirnya akur apabila pementasan tersebut terpaksa ditunda ke tarikh baru.
Penundaan tersebut bagi memberi ruang kepada acara rasmi Negara yang bakal diadakan di Istana Budaya bersempena sambutan kedatangan Presiden China ke Malaysia pada 4 Oktober 2013. Ini kerana pada tarikh tersebut pihak Istana Budaya akan mengadakan acara keseniaan yang terbaik di ruang Panggung Sari sekaligus bagi mengangkat imej Negara ke persada dunia.
"Saya akui, mulanya terduduk juga saya sekejap bila dapat berita (ditunda) ini. Tapi selepas berbincang semula dengan kru produksi saya, saya tak ada pilihan. Tak mengapalah. "Tambahan acara yang akan diadakan melibatkan imej negara, jadi negara harus diutamakan dulu. Kita sebagai rakyat, haruslah memberi sokongan kepada negara kita. Saya juga anggap ini satu cabaran.
Saya harap ada hikmahnya pementasan ini ditangguhkan kerana memberi ruang dan banyak masa pada kami membuat persiapan. "Lagipun tarikh baru itu jatuh pada cuti sekolah, sedikit sebanyak ianya membantu meningkatkan lagi dari segi jualan tiket. Saya juga ingin meminta maaf kepada penonton-penonton dari jauh seperti dari Sarawak, Brunei dan Singapura kerana mereka mungkin telah menempah tiket pernerbangan mereka dan terpaksa menukar ke tarikh lain", kata Hans Isaac ketika ditemui pada sidang media khas pengumuman penundaan tersebut, di Istana Budaya, semalam.
Lawak Ker Der 3 yang sepatutnya dipentaskan pada 3 hingga 6 Oktober depan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, akan dipentaskan bermula 4 hingga 8 Disember 2013. Menariknya, selain mengekalkan pelawak Harith Iskander dan Nabil Ahmad pementasan kali ini menampilkan muka baru iaitu kumpulan Jambu dan Douglas Lim.
Dalam pada itu Hans juga mengakui gara-gara penagguhan tersebut momentum pementasan Lawwak Ker Der 3 akan sedikit menurun. Namun beliau percaya pementasan kali ini akan memberikan sesuatu yang lebih baik dan berkualiti.
Malah Hans yakin Lawak Ker Der 3 akan mencatat sejarah sepertimana dua pementasan terdahulu memandangkan teater komedi ini sedia mempunyai pengikut tersendiri yang sentiasa menantikan pementasan berkenaan. "Memang momentumnya sedikit menurun tapi Lawak Ker Der memang dah ada pengikut-pengikutnya. Penonton pun dah tahu kualiti teater ni.
Saya hanya jual kualiti dan kelakar. Saya jual lawak yang tak dapat di mana-mana majlis koporat atau di kaca TV", katanya. Tiket-tiket pementasan ini telah dijual melalui ejen Ticket2u. Harga-harga tiket adalah RM46, RM96, RM126, RM176, RM196 dan RM356 yang boleh dibeli secara online di www.ticket2u.biz atau terus ke kaunter Box Office Istana Budaya. Bagi penonton yang sudah membeli tiket (tiket lama) pemindaan tarikh baru adalah mengikut hari, masa dan kerusi yang sama.
Sementara itu Hans turut memaklumkan ekoran penangguhan Lawak Ker Der 3, syarikatnya kini boleh menumpukan perhatian kepada pementasan teater muzikal SuperMokh iaitu berkisar Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, yang akan menemui peminat di lokasi sama, November depan. Setakat ini, Hans mengesahkan Awie bakal menghidupkan watak lagenda bola sepak negara itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan