9 Jun 2013

Hal ini memang sudah lama didebatkan. Tetapi pasti tiada jawapan khusus yang akan dijumpai. Ini adalah kerana setiap lelaki di mukabumi ini membawa perwatakan yang berbeza-beza. Sebenarnya tidak patut ada istilah lelaki semua sama. Sekiranya semua lelaki sama, pasti persoalan mengenai mengapa lelaki menipu akan terjawab. Ini merupakan hanya panduan kepada anda sahaja untuk mengetahui sebab utama mengapa lelaki menipu. Awas!! ia tidak merujuk kepada semua lelaki tetapi hanya data daripada beberapa individu sahaja mewakili lelaki yang pernah menipu. Penilaian terbaik adalah daripada anda sendiri untuk menentukannya menggunakan pemikiran akal yang waras.
 Pilihan- Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa peratus lelaki yang mempunyai banyak pilihan lebih tinggi untuk menipu daripada yang tidak mempunyai pilihan. Ini adalah mungkin atas faktor apabila seseorang lelaki itu mempunyai banyak pilihan, mereka sukar untuk menolaknya. Sebagai contoh, apabila mereka berjaya memikat teman wanita yang lebih cantik daripada sebelumnya, pasti mereka mudah untuk meninggalkan yang sebelumnya kerana mempunyai pilihan yang lebih baik. Berkemungkinan disebabkan faktor inilah mereka akan cuba untuk menipu teman wanita yang sebelumnya. Sekali lagi diingatkan, tidak semua lelaki bersifat seperti ini.
 Ego- Kadang-kadang ada sesetengah lelaki yang sukar untuk mendapat perhatian daripada seseorang wanita. Jadi, sekiranya ada wanita lain yang menunjukkan minat sedikit terhadap mereka, peluang ini akan diambil dengan segera. Ini adalah kerana perkara ini akan meningkatkan keegoan mereka. Keegoan ini adalah untuk membuktikan bahawa mereka tidak terlalu bergantung kepada seorang wanita sahaja dan sekiranya perhubungan terputus, ia tidak akan meninggalkan kesan mendalam terhadap mereka. Permasalahan hubungan- Pasti didalam sesuatu hubungan akan wujudnya masalah, dan masalah ini akan dijadikan alasan oleh lelaki untuk menipu. Lelaki yang mempunyai masalah dalam hubungan akan cuba untuk mencari wanita yang lebih menarik dan mampu untuk berkongsi minat yang sama. Cara ini adalah sebagai jalan pintas untuk mereka melupakan kesulitan yang sedang dihadapi. Dinasihatkan, segala masalah yang melibatkan hubungan diselesaikan dengan secepat mungkin untuk mengelakkan penipuan yang lebih banyak lagi. Faktor hubungan jarak jauh juga mungkin salah satu punca yang menyebabkan lelaki menipu.
 Teman wanita yang suka mengkritik- Seorang wanita seharusnya menjadi tulang belakang kepada seseorang lelaki untuk mengecapi kejayaan mereka. Sekiranya ia kritikan yang membina, ia adalah perkara yang perlu dilakukan oleh wanita. Tetapi sekiranya ia satu kritikan yang menjatuhkan maruah seseorang lelaki, pasti dengan penipuan adalah jalan terbaik untuk mengelakkan daripada menerima kritikan daripada anda.
 Bosan- Setiap pasangan harus berusaha untuk sentiasa memastikan perhubungan mereka sentiasa bahagia. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan bosan. Bosan adalah merupakan faktor utama mengapa lelaki menipu. Perasaan bosan seharusnya tidak patut wujud di dalam perhubungan. Bagaimana sesebuah pasangan yang sudah berkahwin berpuluh-puluh tahun dapat mengekalkan kebahagiaan mereka sehingga kehari ini. Sudah pasti kerana perkataan bosan tidak wujud didalam kamus perhubungan mereka.
 Pernah ditipu- Ada juga sesetengah lelaki berpendapat bahawa disebabkan mereka pernah ditipu sebelum ini, membuatkan mereka berasa untuk menipu pada masa akan datang. Ini mungkin disebabkan perasaan ego yang ada pada seorang lelaki. Mereka akan berfikir bahawa sekiranya seorang wanita mampu untuk menipu mereka, mengapa tidak mereka pula yang menipu selepas ini. Tetapi, hakikatnya perkara ini sebenarnya tidak membawa apa-apa sebarang kebaikan didalam perhubungan. Perubahan- Ada sesetengah lelaki yang sukakan perubahan di dalam kisah hidup mereka. Disebabkan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru inilah yang akan membuatkan mereka menipu. Sebagai contoh,mereka berjumpa seorang wanita yang lebih menarik dan mereka rasakan wanita tersebut lebih memahami mereka berbanding kekasih mereka yang sebelumnya, pasti mereka akan cuba menipu untuk memenuhi keinginan hati mereka untuk menikmati satu situasi yang baru.
9.6.13 Unknown

GAMBAR yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang budak lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya. CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam. Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama. Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan. Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama. Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari..

Gambar yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya. Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius. Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007. Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal. Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit. Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. Kesan Untuk Lelaki Walaupun makin banyak teknologi yang di cipta bagi mengganti laptop seperti iPad dan lambakkan berbagai jenis smartphone, penggunaan laptop tetap menjadi pilihan sebahagian besar penghuni dunia. Penggunaannya yang sangat ‘mobile’ merupakan faktor yang mendorong ramai memilikinya bagi menggantikan ‘desktop’. Malangnya laptop ini sebenarnya mendatangkan sedikit masalah kepada kaum lelaki. Menurut sumber yang diperolehi di jurnal Fertility and Sterility, Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin:
 1. Satu kajian telah dibuat ke atas 29 pengguna laptop yang menggunakannya dengan meletakkan laptop tersebut di atas riba (dalam keadaan duduk) mendapati skrotum mereka telah memanas dengan cepat. Dalam 10-15 minit yang pertama, suhu pada skrotum mereka telah meningkat naik, dan yang malangnya pengguna tersebut tidak dapat merasakannya. Perkara ini amat merunsingkan. Apakah itu skrotum? Skrotum adalah organ atau bahagian lelaki yang terletak di belakang zakar. Skrotum ini adalah sarung bekas yang mengandungi testiskel, salur darah dan saraf sperma.
 2. Walaupun tiada bukti kukuh yang mengesahkan laptop ini akan menggugat kesuburan lelaki, tetapi dalam kajian awal telah menunjukkan bahawa pemanasan skrotum walaupun melebihi 1 darjah Celsius sudah cukup untuk merosakkan kualiti sperma.
 3. Dalam ujian yang dijalankan, sekiranya kita meletakkan laptop ini di atas peha, pastinya lutut perlu dirapatkan dan selepas penggunaan selama sejam, suhu skrotum didapati telah meningkat naik kepada 2.5 darjah Celsius. Penggunaan ‘pad’ ataupun bantal di bawah laptop bagi tujuan penyejukan juga tidak membantu untuk menurunkan suhu panas ini.
 4. Oleh itu, bagi semua pengguna laptop lelaki adalah dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan laptop di atas riba dan gunakanlah meja. Sekurang-kurangnya kita bertindak mencegah risiko masalah kesuburanpada diri kita dan makanlah makanan yang sihat serta bersenamlah selalu.

Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”

 Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita. Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap. Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau. Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan. Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan. Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

Seorang warga emas mampu memanjat pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter tidak lebih dua minit sejak 43 tahun lalu untuk menyara kehidupan tujuh anak dengan pendapatan tambahan antara RM40 hingga RM50 sehari. Zabedah Mansor yang berumur 59 tahun merupakan ibu tunggal yang tinggal di Kampung Kubang Pekan mengambil upah memanjat pokok kelapa sejak berusia 11 tahun. Zabedah juga boleh memanjat pokok durian, petai, pinang, rambutan, duku dan sebagainya tanpa menggunakan galah. Kelapa dibawa terus kepada pemborong untuk dijual kepada pelanggan yang membuat tempahan mengikut harga pasaran tetap. Upah memanjat pokok bergantung pada saiz pokok iaitu pokok rendah cuma RM5 manakala pokok tinggi bayarannya RM10.

Terkejut juga baca entri lipstik Rihanna yang merbahaya ni. Gara² merebut lipstik percuma dari penyanyi pujaan, penyakit Herpes jadi galang gantinya. Menyesal kan gitu… Setelah menggoogle, saya menelah penyakit Herpes Labialis nama tepatnya untuk radang di bibir tu

.

Ya, memang Herpes biasanya kita dengar untuk penyakit kelamin (sorry terpaksa sebut walopun sedikit sensitif). Akan tetapi Herpes Labialis – Labialis bermaksud bibir dalam konteks perubatan. Boleh baca lebih lanjut di link Wikipedia di atas. Terkenang pengalaman sendiri mengguna lipstik jenama Kak Jemah (bukan nama sebenar). Setiap kali mengenakan lipstik kak jemah, bibir saya akan mengalami masalah. Timbul biji² di bibir dan rasa gatal sekali. Jadi, sampai sekarang memang anti dengan jenama kak jemah okay!

SELAMAT PENGANTIN BARU AMAR DAN ARNA SERTA ZAHID DAN SARAH Selamat Pengantin Baru Amar dan Arna Serta Zahid dan Sarah PELAKON, Amar Asyraf selamat selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Arna Salleh dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan ini berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak. Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 dan wang hantaran berjumlah RM13,000. Dipetik menerusi laman Twitternya hari ini, Amar yang popular dalam drama Setia Hujung Nyawa meluahkan rasa gembira setelah sah menjadi seorang suami. “Walaupun berdebar-debar tadi, tapi dengan sekali nafas , saya kini seorang suami,” jelas beliau. Berdasarkan interaksinya dengan rakan-rakan di Twitter, Amar memberitahu majlis dari pihak lelaki bakal dijalankan pada bulan Ogos nanti. Sebelum ini, Amar dan Arna mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya sejak Aidilfitri lalu.

PENYANYI dan penyampai radio, Zahid Baharudin atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 33 selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Sarah Julifa Yusof, 25 hanya dengan sekali lafaz, hari ini. Zahid dan Sarah selamat dinikahkan oleh jurunikah Jaafar Puteh di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan sekitar jam 3.30 petang, hari ini dengan mas kahwin berjumlah RM 101. Lebih menarik, pasangan mempelai sempat ditunangkan beberapa minit sebelum dinikahkan. Pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi pertama mereka esok manakala 15 Jun 2013 akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid AF yang juga akan diadakan di Teluk Intan, Perak. Zahid dalam kenyataan yang dipetik daripada mStar Online berkata, walaupun baru setahun mengenali Sarah, keputusan ini diambil kerana pasangan ini tidak mahu bercinta terlalu lama. “Bercinta terlalu lama dan tidak mempunyai arah tujuan pun susah juga jadi lebih baik kahwin apabila telah berjumpa dengan pasangan yang sesuai,” katanya. Zahid juga mengakui tertarik hati dengan isterinya kerana ketegasan wanita itu dalam mendisiplinkan dirinya. “Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara. Namun, kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang,” jelasnya.

Siapa tidak kenal Angelina Jolie dari segi tubuhnya yang tinggi dan seksi kini terpaksa berdepan dengan satu penyakit misteri dan beliau terpaksa membuang kedua dua payudara yang dimilikinya. Kini Angelina Jolie berkata dia menjalani dua pembedahan membuang payudara selepas mendapati dia membawa gen yang hampir pasti menyebabkan barah kepadanya. Aktres yang pernah memenangi anugerah Oscar itu dan pasangannya, Brad Pitt membuat pengumuman itu dalam bentuk rencana pengarang yang ditulis bagi akhbar The New York Times edisi hari ini. Angelina menulis rencana itu antara awal Februari dan akhir April lalu selepas dia melengkapkan prosedur pembedahan bagi membuang kedua-dua payudaranya.

Menurut Angelina, 37, dia membuat pilihan itu kerana memikirkan enam anaknya dan selepas melihat ibunya, Marcheline Bertrand, meninggal dunia “terlalu muda” akibat barah. “Ibu saya berjuang melawan barah hampir sedekad dan mati ketika berusia 56 tahun. “Dia sempat melihat cucu pertamanya dan memeluk mereka, tetapi anak-anak saya yang lain tidak berpeluang mengenali dan merasai sendiri kasih sayangnya,” katanya. Menurut Angelina, anak-anaknya pernah bertanya jika barah pada Marcheline itu boleh berlaku ke atas dirinya. Selepas menjalani ujian generik, kata Angelina, dia mendapat tahu gen BRCA1 ada pada dirinya. Keadaan itu, katanya, menyebabkan dia mempunyai 87 peratus peluang untuk menghidap barah. Angelina berkata, dia menulis mengenai pembedahan mastektomi itu dengan harapan dapat membantu wanita lain. “Saya mahu memberitahu wanita lain bahawa keputusan menjalani mastektomi tidak mudah, tetapi saya gembira kerana melakukannya. Read more: http://aiskosong.com/kini-angelina-jolie-tanpa-payudara/#ixzz2VixT9StJ

Penyanyi Ameng (Spring) mengesahkan dia kini sudah bebas daripada pengaruh dadah sejak menjalani pemulihan selepas dijatuhi hukuman penjara pada 12 April 2011. Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 45 berkata, dia bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang untuk bermuhasabah diri agar kembali ke jalan yang benar. “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana menyokong saya dan mengembalikan saya sebagai manusia normal. “Dengan erti kata lain, Jabatan Penjara Malaysia telah mengembalikan saya menjadi seorang penyanyi yang sebenar, seorang penyanyi pada hari ini yang bebas tanpa dadah. “Kini, Ameng Spring bukan lagi Ameng yang dahulu. Kini, Ameng Spring adalah Ameng yang baru… Ameng yang bebas daripada dadah,” katanya pada Majlis Jalinan Kasih Bersama Media anjuran Jabatan Penjara Malaysia di Hotel Palm Garden dekat sini, Jumaat lalu. Ameng memberitahu dia kini banyak menghabiskan masa dengan belajar bertarannum dalam membaca Al-Quran di penjara. Pada majlis itu, Ameng diberi peluang untuk membuat persembahan dengan menyanyikan tiga buah lagu popularnya iaitu Pesanan Buat Kekasih, Sampai Hati dan Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta. Ameng berkata, apabila dia dipenjarakan atas kesalahannya yang lalu barulah dia menyedari erti menjadi manusia yang sebenar

.

Katanya, apa yang dibanggakan selama ini tidak memberikan makna di sisi Allah S.W.T kecuali disertakan iman dan amalan agama. “Apa yang penting ialah kita perlu berubah. Usah dikenangkan apa yang telah berlaku tetapi kita beringat tentang apa yang akan berlaku,” katanya. Dalam pada itu, Ameng turut berkongsi pengalamannya di penjara yang dia kini teruja mencuba satu bidang baru iaitu belajar bertarannum dalam membaca Al-Quran. “Sekarang saya giat belajar bertarannum Al-Quran. InsyaAllah kalau saya panjang umur, kalau ada rezeki saya apabila dibebaskan nanti, saya berazam selain daripada melahirkan lagu-lagu dalam bentuk CD (cakera padat), saya juga berniat ingin merakamkan ayat-ayat suci Al-Quran. “Dan saya berharap semoga Allah S.W.T memakbulkan impian saya,” kata Ameng lagi. Ameng kini ditahan di Penjara Kluang, Johor bagi menjalani hukuman penjara lapan tahun dan 10 bulan, serta dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan dadah.

RAMAI ibu terutama yang baru saja melahirkan anak risau apabila bayi mereka mengalami jaundis. Terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani ujian darah sangat memenatkan. Lebih teruk apabila si ibu dan bayi terpaksa ditahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi. Apa yang membuatkan keadaan bertambah kusut apabila orang di sekeliling mencadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah tradisional seperti bayi diberi minum susu kambing, berjemur di bawah matahari, mandi dengan air kunyit atau herba sehingga si ibu sendiri keliru mana satu yang harus diikuti. Petua ini mungkin juga berguna, mungkin juga sebaliknya atau akan membuatkan keadaan bertambah teruk. Rata-rata ibu percaya kaedah tradisional sangat membantu bagi mengurangkan masalah demam kuning di kalangan bayi. Ini kerana wujud tekanan atau rasa panik bagi ibu apabila bacaan jaundis pada bayi semakin meningkat. Ini ditambah dengan kurangnya ilmu pengetahuan mengenai jaundis yang dianggap masalah serius pada bayi. Menurut Pakar Kardiologi Pediatrik, Hospital Perubatan Pantai, Dr Azam Mohd Nor, jaundis atau demam kuning di kalangan bayi adalah perkara normal. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus bayi baru lahir mengalami gejala ini. “Jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai tanda seperti bahagian putih mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Warna ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada bahagian muka, dada, perut dan kaki apabila kulit bayi ditekan lembut dan akan bertukar kekuningan,” katanya. Bagi ibu-ibu muda, Dr Mohd Azam menasihatkan supaya jangan risau sekiranya selepas dua hari dilahirkan bayi mengalami demam kuning kerana ini adalah fenomena biasa apabila darah pada bayi menjadi rosak, pecah dan dicernakan di dalam hati. Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin. “Biasanya bilirubin akan dibuang melalui najis dan air kencing. Tetapi apabila terdapat terlalu banyak darah yang rosak dan pecah kemudian dihuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat. Peningkatan bilirubin inilah yang dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi,” katanya. Apa yang ibu bapa perlu tahu setiap bayi mempunyai tahap kuning berbeza dan akan mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun ke kaki. Jaundis akan kelihatan pada bahagian muka, diikuti dada, perut dan kaki. “Pemeriksaan bayi untuk demam kuning biasanya boleh dibuat di dalam cahaya matahari atau di bawah lampu panjang putih (fluorescent) dan bukannya mentol kuning kerana ini akan menampakkan kulit bayi lebih kuning,” jelasnya. Biasanya bacaan bilirubin akan meningkat pada hari ketiga, kelima dan ketujuh. Tahap bilirubin yang melebihi 85umo1/1 (5mg/dL) akan menunjukkan tanda kekuningan dan sekiranya meningkat kepada 100umo1/1 ia masih di dalam kawalan. Namun sekiranya dalam masa seminggu tahap bilirubin meningkat sehingga melebihi 340umo1/1 atau 21mg/dL, rawatan fototerapi akan diberikan. “Bayi akan diletakkan di bawah lampu biru mengandungi 450 nano water dengan hanya memakai lampin dengan mata ditutup. Cahaya lampu ini berfungsi menukar bilirubin kepada biliverdin yang lebih ‘mesra tubuh’ dan akan dikumuhkan menerusi air kencing. Sekiranya rawatan fototerapi ini gagal menghalang daripada kenaikan tahap bilirubin sehingga mencecah 428umo1/1 atau 25mgd/L, rawatan pemindahan darah terpaksa dilakukan,” katanya. Menurut Dr Azam, apabila pemindahan darah tidak dilakukan dan jaundis berlarutan sehingga 30 hari dikhuatiri bayi akan menghidap penyakit lain seperti radang hati, saluran darah tersumbat atau hepatitis. Lebih teruk sehingga menyebabkan kerosakan otak, sawan serta gangguan pendengaran. Namun ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kini, kes pemindahan darah amat jarang berlaku. Ini kerana pemantauan daripada pihak hospital menyebabkan tahap bilirubin dapat dikurangkan selepas seminggu kelahiran. Secara saintifik, antara faktor paras bilirubin pada bayi normal meningkat disebabkan oleh: Bayi tidak diberikan susu ibu sepenuhnya. Jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi pramatang atau tidak cukup bulan berbanding bayi cukup bulan. Ini kerana hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan. Sel darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan cepat. Biasa berlaku bagi bayi yang mempunyai G6PD. Lebam pada badan bayi yang disebabkan proses kelahiran seperti kaedah vakum yang menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti. Darah ibu dan bayi tidak sesuai. Ibu menghidap kencing manis. Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran. Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi dan kerap berbanding bayi perempuan. Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Celsius atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Ini kerana jaundis dianggap serius dan memerlukan rawatan rapi. “Ia boleh disebabkan masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, jangkitan atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pramatang sebelum 28 minggu,” ujarnya. Ramai ibu bapa gembira apabila melihat bayi mereka tidur lena selepas dilahirkan. Namun menurut Dr Mohd Azam, tidur yang nyenyak dan berpanjangan sepanjang hari akan menyebabkan bilirubin meningkat. “Ini kerana bayi tidak dapat menyusu dengan kerap. Sebaiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin. Semakin banyak susu ibu diberikan ini akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Penyusuan yang bagus apabila bayi disusukan setiap tiga jam sekali atau lapan hingga 12 kali sehari,” katanya. Bayi jaundis perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Namun ibu dinasihatkan tidak memberikan air masak kerana air ini tidak memberi sebarang tenaga dan kesan positif kepada bayi. Selain itu, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam, pembedahan Caesarean, penggunaan ubat penahan sakit dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah akan mendorong kepada peningkatan bilirubin. Terdapat juga jaundis susu ibu yang mengakibatkan kelewatan atau memanjangkan tempoh pembuangan lebihan bilirubin melalui usus. Biasanya bermula daripada minggu kedua dan akan hilang selepas beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu mencukupi, bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin terus meningkat, doktor mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama dua atau tiga hari. Namun dalam masa ini, ibu dinasihatkan memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun. Bagi menghasilkan susu ibu yang banyak serta berkualiti, ibu harus mendapatkan makanan berkhasiat dan seimbang supaya dapat menghasilkan susu yang banyak serta berkualiti. Paling penting, jangan risau atau tertekan kerana ini akan menyebabkan pengeluaran susu ibu merosot. “Jangan sesekali memberikan susu formula pada bayi sebaik dilahirkan tetapi memberi lebih banyak rangsangan supaya bayi dapat menghisap dengan sempurna. Dapatkan bantuan daripada pihak hospital mengenai teknik menyusu dengan betul serta cara merangsang proses pengeluaran susu,” nasihatnya. Selain rawatan di hospital, terdapat pelbagai petua tradisional yang diamalkan ibu bapa. Sebaiknya ibu bapa jangan terus melakukannya tanpa mendapatkan pandangan daripada pakar terlebih dulu. Ini kerana ada antara amalan tradisional ini belum terbukti keberkesanannya. Antaranya: Jemur bayi di bawah matahari Ramai ibu percaya dengan menjemur bayi di bawah matahari dapat menghilangkan kekuningan. Namun ibu bapa harus memastikan melakukannya dalam waktu dibenarkan iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi selama 10 hingga 15 minit saja. Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama, dikhuatiri akan menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina dan strok. Namun kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkannya kerana hanya cahaya lampu di hospital saja memberi kesan positif pada bayi. Minum susu kambing Memberi bayi minum susu kambing boleh memberi kesan kepada bayi. Ini kerana belum terdapat sebarang kajian menyatakan susu kambing mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi. Malah pemberian yang keterlaluan akan menyebabkan masalah lain seperti cirit-birit atau radang usus. Makan jamu dan halia Banyak makan jamu yang tidak diketahui kandungan bahan kimia akan menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin apabila bayi disusukan. Begitu juga dengan halia yang boleh menyebabkan bilirubin meningkat. Sebaiknya diambil dalam kadar sederhana saja. Memberi air glukos pada bayi Ramai mencadangkan supaya diberi air glukos kepada bayi bagi mengurangkan masalah demam kuning. Sebenarnya petua ini amat merbahaya kerana air glukos boleh menyebabkan perut kembung dan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis. Read more: http://aiskosong.com/petua-merawat-bayi-demam-kuning/#ixzz2VitktlDv

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog