9 Jun 2013

Posted by jinson on 9.6.13 No comments



SELAMAT PENGANTIN BARU AMAR DAN ARNA SERTA ZAHID DAN SARAH Selamat Pengantin Baru Amar dan Arna Serta Zahid dan Sarah PELAKON, Amar Asyraf selamat selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Arna Salleh dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan ini berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak. Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 dan wang hantaran berjumlah RM13,000. Dipetik menerusi laman Twitternya hari ini, Amar yang popular dalam drama Setia Hujung Nyawa meluahkan rasa gembira setelah sah menjadi seorang suami. “Walaupun berdebar-debar tadi, tapi dengan sekali nafas , saya kini seorang suami,” jelas beliau. Berdasarkan interaksinya dengan rakan-rakan di Twitter, Amar memberitahu majlis dari pihak lelaki bakal dijalankan pada bulan Ogos nanti. Sebelum ini, Amar dan Arna mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya sejak Aidilfitri lalu.



PENYANYI dan penyampai radio, Zahid Baharudin atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 33 selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Sarah Julifa Yusof, 25 hanya dengan sekali lafaz, hari ini. Zahid dan Sarah selamat dinikahkan oleh jurunikah Jaafar Puteh di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan sekitar jam 3.30 petang, hari ini dengan mas kahwin berjumlah RM 101. Lebih menarik, pasangan mempelai sempat ditunangkan beberapa minit sebelum dinikahkan. Pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi pertama mereka esok manakala 15 Jun 2013 akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid AF yang juga akan diadakan di Teluk Intan, Perak. Zahid dalam kenyataan yang dipetik daripada mStar Online berkata, walaupun baru setahun mengenali Sarah, keputusan ini diambil kerana pasangan ini tidak mahu bercinta terlalu lama. “Bercinta terlalu lama dan tidak mempunyai arah tujuan pun susah juga jadi lebih baik kahwin apabila telah berjumpa dengan pasangan yang sesuai,” katanya. Zahid juga mengakui tertarik hati dengan isterinya kerana ketegasan wanita itu dalam mendisiplinkan dirinya. “Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara. Namun, kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang,” jelasnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog