Selepas setahun ditangguh dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui, akhirnya filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Ogos ini dan semalam telah berlangsungnya malam gala tayangan filem itu di GSC Premiere, The Gardens Mall, Kuala Lumpur.
Filem ini pada mulanya diselubungi dengan pelbagai kritikan dan dikatakan menyentuh pelbagai sensitiviti terutamanya kaum kerana latarbelakang perjalanan kisah benar ini berlaku sekitar era pemerintahan Tun Abdul Razak dan kejadian 13 Mei 1969.
Bercakap kepada media di sidang akhbar usai tamatnya tayangan perdana Tanda Putera, pengarahnya menegaskan serta menyeru supaya orang ramai yang merasakan filem ini telah menyentuh sensiviti kaum dan sebagainya supaya datang untuk menonton sendiri kerana ia kini sudah boleh ditayangkan kepada umum.
"Kepada sesiapa yang mengatakan filem saya ini filem rasis, para pelakon yang berlakon juga rasis, anda boleh datang dan nilai sendiri sejauh mana kebenaran dakwaan anda tersebut. Walhal semua yang terlibat bukannya terdiri daripada satu kaum sahaja, tetapi kami tahu tujuan sebenar tanda Putera dihasilkan.
"Saya memang marah dan kesal apabila Tanda Putera dipolitikkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi. Cuba mereka ini tunjukkan kepada saya atau jelaskan di mana rasisnya kerana ia sebenarnya mengisahkan tentang negarawan kita yang menjadi jaguh menyelamatkan negara kita.
"Ia mengambil latar belakang kejadian berdarah 13 Mei 1969 kerana negara sedang berada dalam keadaan yang paling rapuh. Gambaran kami hanya untuk menceritakan bagaimana kisah hitam ini berjaya ditangani oleh Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail, 2 negarawan kita yang berjasa walaupun masing-masing berjuang menentang masalah kesihatan yang kronik,"tegas Datin Paduka Shuhaimi Baba mengenai pemahaman yang sebenar filem kontroversi ini.
Filem Tanda Putera ini mengisahkan tentang dua pemimipin negara yang berjuang berhabisan untuk mencapai kemakmuran negara Malaysia sampai ke hari ini. Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail jelas mempunyai semangat dan berdedikasi dimana negara kita mulai bangkit daripada penjajahan serta cekaman komunis yang menjadi duri dalam daging ketika itu.
Dibarisi pelakon hebat seperti Zizan Nin, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Linda Abd Rahman, Razif Salleh, Kuza, Riezman Khuzaimi, Alan Yun, Kavita Sidhu dan beberapa lagi pelakon, Tanda Putera akan mula ditayangkan pada 29 Ogos ini sempena bulan kemerdekaan.
21 Ogos 2013

Lain padang, lain belalang. Lain lubuk, lain ikannya. Ha..Sesuai sangatlah peribahasa Murai Batu untuk menggambarkan tentang perkembangan terbaru mengenai bekas ratu cantik Malaysia, Soo Wincci yang bukan saja pernah mencabar dirinya untuk menyertai program realiti masakan, Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 tetapi juga sudah menceburkan diri menjadi seorang pereka fesyen kasut serta penyanyi. Terbaru, Murai Batu dengar Soo Wincci dah minat pulak nak mian bola sepak. Dah sudah...Takkan Soo Winci dah berjangkit dengan demam Piala Liga Inggeris yang sudah pun mula berlangsung dalam tempoh seminggu ni kot? Tapi, apa yang pasti, Murai Batu bukan propah macam si Miss Propa tu ya. Sebab, apa yang Murai Batu kasitau korang ni memang cerita betul. Malah, So Wincci khabarnya dah tak sabar nak pakai but dan tendang bola. Hai! Macamalah agaknya rupa bekas ratu cantik kita tu bila main bola kat atas padang ya. Kalau futsal tu, Murai Batu masih dapatlah bayangkanlah. Tapi, kalau game bola sepak atas padang yang betul tu memang susah. Apapun, kalau korang nak tengok macam mana Soo Wincci beraksi sebagai pemain bola sepak, korang kenalah datang ke Stadiun Hang Jebat, Melaka pada 31 Ogos 2013 ni. Sebab, Soo Wincci bakal mewakil pasukan ERA FC dalam perlawanan bola sepak menentang Arena All Stars FC. Selain Soo Wincci, pasukan ERA FC akan turut diwakili beberapa artis terkemuka lain termasuklah penyampai radio ERA fm sendiri, krew ERA fm serta pemain skuad Harimau Muda. datang tau!
21.8.13
Unknown

Satu kejadian melibatkan kes baling batu ke arah cermin kereta dari jejantas Lebuhraya Cheras-Kajang di Taman Connaugh dilaporkan berlaku. Sebelum ini pernah dilaporkan kejadian dimana seorang pemandu cedera akibat balingan batu batu oleh individu yang tidak dikenali. Bukan sahaja cedera malah ia juga menyebabkan kerosakan teruk pada cermin kereta. Insiden ini dilaporkan berlaku berulang kali dan tidak pasti apa punca si pelaku berbuat demikian. Anda boleh lihat gambar di bawah ini.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah tiba di lokasi nahas bas yang terhumban ke dalam gaung di Jalan Genting-Karak di Bentong, petang tadi, bagi meninjau kerja-kerja menyelamat mangsa. Setakat jam 6.30 petang, 33 penumpang disahkan mati manakala 16 lagi cedera.
Mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Nahas berlaku kira-kira jam 2.45 petang tadi ketika bas ulang-alik itu sedang menghala ke Kuala Lumpur dari pusat peranginan itu.
Sementara itu, mengikut laporan Bernama, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Seri Dr Abu Hassan Ashaari berkata setakat pukul 6.28 petang, lima mayat mangsa nahas dihantar ke hospital berkenaan.
Mangsa lain turut dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Bentong, di Pahang untuk rawatan. “Setakat ini Hospital Selayang menerima tujuh pesakit, HKL (5), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa,” katanya.
Mangsa yang terlibat dalam lingkungan umur 19 hingga 50 tahun, katanya yang ditemui di hospital berkenaan.

Sejak kisah percintaannya bersama pelakon Uqasha Senrose tersebar beberapa bulan lalu dan menjadi bualan hangat ramai, pelakon Pekin Ibrahim sering diasak dengan pertanyaan bila dia mahu menyunting buah hatinya itu sebagai isteri yang sah.
Tetap sama seperti jawapanya diberikan sebelum ini, kata Pekin kalau boleh dia mahu segera berkahwin dengan Uqasha. Namun impiannya itu akan direalisasikan perlahan-lahan kerana banyak perkara lain yang harus difikirkan sebelum mereka bergelar suami isteri.
"Kalau boleh, esok saya nak kahwin dengan dia. Tapi pendek kata beginilah, saya berharap semua pihak dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami. "Saya rancang tak mahu buat majlis tunang kerana cukuplah dengan majlis merisik pada Julai lalu.
Ikutkan, saya nak tunang pagi dan melangsungkan perkahwinan pada sebelah petang. Senang", katanya ringkas. Pekin ditemui pada sesi malam preview filem Paku Pontianak, di Sunway Pyramid, malam tadi. Filem tersebut menyaksikan gandingan pertama kali Pekin bersama Uqasha.
Dalam pada itu Pekin berkata dia sebenarnya tidak pernah memikirkan soal kahwin. Namun sejak pertama kali mengenali Uqasha hatinya terus terdetik untuk terus menajlinkan hubungan yang lebih serius dengan bekas pramugari Air Asia itu.
"Sebelum ni saya tak pernah fikir soal bercinta apatahlagi kahwin. Tapi bila pertama kali saya jumpa dia, terus saya tanya pada dia sama ada dia mahu berkahwin dengan saya atau tidak.
Tercengang juga dia pada ketika itu. Tapi akhirnya dia berikan jawapan, ya dan sejak tu kami semakin rapat", ujar Pekin lagi.

Selepas berdepan bermacam dugaan sejak bertunang kira-kira tujuh bulan lalu, penyanyi Hanifah Md Hanafiah atau Black akhirnya mengumumkan beliau bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan gadis pilihannya, Naquira Yasira Mohd Khairi atau dikenali dengan panggilan Cira Khairi, pada 13 September depan. "Saya memilih tarikh 13 September bukan kerana ada makna apa-apa tapi disebabkan ia jatuh pada hari Jumaat dan adalah afdal kalau majlis dilangsung sebelum solat Jumaat", kata juara Mentor musim ketiga (Mentor3) ini pada sidang media khas mengumumkan tarikh hari bahagianya itu bertempat di Zebra Square, Kuala Lumpur, sebentar tadi. Turut hadir pada majlis tersebut ialah kedua ibu bapa Black, Md Hanafiah dan Muslamah Othman. Majlis akad nikah akan diadakan pada 13 September 2013 di Zebra Square. Sementara majlis resepsi bertemakan 'English Garden' akan berlangsung sehari selepas itu iaitu pada 14 September di tempat yang sama. Manakala satu majlis khas di Flat PPR Kerinchi, Pantai Dalam akan diadakan pada 15 September. Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti ni merahsiakan majlis pertunangannya yang diadakan pada 26 Januari lalu.
Berkongsi sikit tentang bakal isterinya Black mendedahkan gadis kelahiran Pulau Pinang itu juga merupakan anak saudara kepada Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan atau dikenali sebagai Abang K iaitu suami kepada aktres popular, Datin Paduka Umie Aida. "Dia berusia 28 tahun. Dia juga adalah anak saudara kepada suami Umie Aida. Saya kenal dia hanya dua bulan. Kami bertemu pertama kali di Dataran Merdeka. "Pada mulanya dia tak kenal pun yang saya ni seorang artis kerana dia baru pulang dari melanjutkan pelajarannya di Melbourne, Australia. "Dia seorang yang simple dan dia boleh terima saya seadanya. Sekarang ini dia bekerja dengan abangnya menguruskan perniagaan", ujar Black.

Aktres yang sedang meningkat naik namanya, Uqasha Senrose mengakui dia pernah diraba pengurus peribadinya (PA) sendiri ketika sedang tidur.
Kesal dengan perbuatan terkutuk individu tersebut, teraju utama filem Paku Pontianak ini lantas membuat keputusan memecat pengurus peribadinya itu serta merta.
Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 21, dia sama sekali tidak menyangka bekas pengurusnya yang juga seorang pengkid itu tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada individu berkenaan.
"Tak perlulah saya sebut namanya. Perkara tu berlaku ketika saya di set penggambaran drama Ratu Suhada, baru-baru ini. Ketika tu saya sedang tidur di dalam kereta.
Ketika tu lah dia meraba saya. Tapi nasib baik lah saya cepat tersedar. "Selepas kejadian tu saya terus pecat dia sebab saya memang tak selesa dengan dia.
Sebenarnya saya baru saja kenal dia. Masa mula-mula kenal, dia okay saja. Jadi saya percaya dan terus ambil dia bekerja dengan saya.
Lagipun sebelum ini dia punya pengalaman menguruskan beberapa artis lain", kata Uqasha ketika ditemui pada sesi preview filem Paku Pontianak, di Sunway Pyramid, malam tadi.
Enggan memperbesar-besarkan perkara tersebut, Uqasha tidak membuat lapoan polis berhubung hal itu. Uqasha turut memberitahu sehingga kini dia masih belum mencari pengurus peribadinya yang baru kerana buat masa ini dia selesa menyerahkan segala urusan yang melibatkan aktiviti seninya kepada pihak pengurusan yang dinaungi iaitu MIG.
Beri Pekin Tempoh Setahun Dalam pada itu diminta mengulas mengenai laporan media dia kononnya telah menerima rombongan merisik oleh pihak keluarga kekasihnya pelakon Pekin Ibrahim, gadis kacukan Kelantan-Siam ini tanpa berselindung mengesahkan hal tersebut.
"Ya, dia (Pekin) datang hantar rombongan merisik pada bulan Julai lalu. Hanya merisik dan kami tak bertunang. Tapi untuk ke arah perkahwinan tu rasanya bukan tahun ni sebab buat masa sekarang masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"Dalam masa setahun ni kami beri tempoh pada diri masing-masing untuk cari duit dan mengenali lebih lagi hati budi antara satu sama lain", tuturnya.
Uqasha dan Pekin dikatakan mula menjalinkan hubungan intim ketika mereka berdua menjalani penggambaran filem Paku Pontianak sekitar Februari lalu.
Kisah cinta pasangan ini mula didedahkan apabila gambar percutian mereka berdua di Phuket tersebar di internet beberapa bulan lepas.
Biarpun baru lebih kurang tujuh bulan mengenali Pekin namun kata Uqasha keperibadian Pekin yang tegas tapi dalam masa sama seorang yang budiman membuatkan hatinya tertarik pada pelakon filem Bunohan itu. "Dia seorang yang genius, tegas tapi dalam masa sama dia ada kelembutan dalam dirinya dan dia juga seorang yang peramah.
Dia rapat dengan keluarga saya", katanya. Perkembangan lain, selain muncul menerusi filem Paku Pontianak yang akan ditayangkan pada 22 Ogos ini, Uqasha juga baru selesai mejalani penggambaran drama bersiri Ratu Suhada dan akan ditayangkan di saluran RTM, tidak lama lagi.

KUALA LUMPUR: Thirty-seven people were killed in the country's worst road tragedy, after a bus carrying 53 plunged into a 30m ravine near Genting Highlands around 3pm Wednesday.
The dead included 24 males and 13 females. Sixteen people were injured in the incident. According to Fire and Rescue Department deputy director-general Datuk Soiman Jahid, the dead included the driver of the bus.
It is believed that the bus driver had lost control of the bus, which then rammed a divider before plunging down the gorge. The accident occurred at KM36 of the Genting-Kuala Lumpur road, some two kilometres from the Chin Swee Caves Temple, as the bus carrying 53 people was coming down from Genting Highlands and heading towards Kuala Lumpur.
Meanwhile, Pahang Sultan Ahmad Shah and Bentong MP Datuk Seri Liow Tiong Lai are at the scene and were briefed by authorities. Conditions there have deteriorated with rain and mist.
Rescuers using the crane to remove the bodies of victims in Genting Highlands Wednesday.Earlier, rescuers worked frantically to reach people trapped in the bus.
Some 30 policemen and nine ambulances were at the scene. Traffic in the area was at a standstill as police ensured rescue vehicles could reach the scene of the accident. Bentong OCPD Supt Mansor Mohd Noor confirmed the incident to The Star but could not give further details.
"I can confirm that there were passengers on the bus but how many there were I don't know yet. "Authorities are en route to the site now," he said.
Rescuers using the crane to remove the bodies of victims in Genting Highlands Wednesday
Authorities release name of injured victims KUALA LUMPUR: The authorities have released the names of some of the injured victims warded at Selayang Hospital.
Their conditions are described to be semi-critical and critical.
The semi-criticals are
1. Raawnok Arefin, 14, (male) from Bangladesh.
2. Nur Syamimi Ja'afar, 25, (female), Malaysian.
3. Nur Fathiah Ja'afar, 21, (female) - Malaysian.
4. Rashidah Buyah, 50, (female) from Bangladesh.
5. Andri Purwaidi, 25, (female) from Indonesia. Critical
6. Nurul Quraitul Aini, 19, (female) Malaysian
7. Rezyan Arefin, 24, (male) from Bangladesh
8. Nur Fridil Gusman, 23, (male) from Indonesia. (Victims Numbers 1 and 7; 2 and 3 are siblings)
Genting bus crash: Road downhill closed for rescue operations
.PETALING JAYA: The road heading downhill from the Chin Swee Caves Temple in Genting Highlands has been closed due to rescue operations over the Wednesday bus crash. A Genting Malaysia Berhad spokesman said that the two-lane uphill road heading to the tourist resort had been divided into two to enable two-way traffic. "The downhill road from the Chin Swee Temple is closed. The uphill road has been divided into two sections - one for going up and one for going down," the spokesman said. The spokesman said departing motorists could still use the downhill road to leave the area, but had to go through the Chin Swee Temple. From there, they could rejoin the uphill road and make their way out of the area. Speaking on the crash, the spokesman said Genting Malaysia Berhad offered its deepest sympathies to the victims. A bus with 49 people on board went out of control and plunged into a 30m ravine around 3pm. So far, 33 are feared dead in the incident.

Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
Ogos
(279)
-
▼
Ogo 21
(8)
- Shuhaimi Baba Marah Tanda Putera Dituduh Filem Rasis
- Pulak Dah! Soo Wincci Dah `Gila` Main Bola Sepak
- Gempar! Kes Baling Batu Ke Arah Cermin Kereta Dari...
- Nahas Bas Di Genting: Sultan Pahang Tinjau Lokasi ...
- Bertunang Pagi, Kahwin Petang-Pekin Ibrahim.
- Black Bakal Nikahi Anak Saudara Umi Aida 13 Septem...
- Ape Ke Hal! Uqasha Senrose Mengaku Diraba PA Sendiri!
- (UPDATED, WITH PICS) Genting Bus Crash, 37 Killed.
-
▼
Ogo 21
(8)
-
▼
Ogos
(279)