8 Jun 2013

Inilah Karangan Yang Pernah Menggemparkan Dunia Internet Suatu Ketika Dahulu | Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
8.6.13 Unknown

Gambar Perkahwinan Zahid AF2 Dengan Sarah | Tahniah! Tahniah! Tahniah! itulah ungkapan yang mampu kami ucapkan kepada pasangan mempelai Zahid AF2 dan pasangannya Sarah.Selain Amar Asyraf yang dinikahkan pada pagi tadi, seorang lagi artis tempatan telah selamat menikah iaitu Zahid peserta Akademi Fantasia musim kedua. Zahid AF 2 dinikahkan dengan Sarah di Teluk Intan. Perkenalan antara Zahid,32 dan Sarah Julifa, 25, bermula ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selepas beberapa ketika berinteraksi melalui laman sosial Twitter. Berikut kami sajikan beberapa keping gambar ekslusif pernikahan Zahid dan Sarah yang kami ambil dari Facebook Fanpage Era FM

.

Video Wanita Dirasuk Di Konsert Terbuka | Seorang wanita yang pergi menyaksikan sebuah konsert telah dirasuk sehinggakan membuatkan orang awam di situ terpinga-pinga melihat keadaan dirinya yang berada dalam keadaan separa sedar seperti itu. Wanita itu dirasuk sehinggakan dia seperti hilang arah malah boleh memanjat tiang yang terdapat di tapak konsert terbabit. Akibat dirasuk, wanita itu menjadi agresif dan seolah-olah tidak kepenatan dengan aksinya itu. Kelihatan juga di dalam video itu seorang pawang bersama sebotol air jampi mungkin dalam usaha merawat wanita itu supaya kembali sedar daripada dirasuk.

 Video dibawah :-

Tahniah! Beego Dan Linda Hashim Sah Bergelar Suami Isteri | KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego, 33, sah bergelar suami kepada Norhazlinda Hashim,29, hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, di sini, Jumaat malam. Beego dan Norhazlinda atau Linda, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizam Wahab disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hashim Yusof pada kira-kira pukul 9.25 malam. Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan, sebentuk cincin dan wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan. Sementara itu pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada seutas jam tangan, sepasang baju polo, sepasang kasut, cermin mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan, set penjagaan diri dan sirih junjung. Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media. Beego menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah. “Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar saya rasakan ia seumpama ‘perkahwinan pertama’ kerana semasa perkahwinan pertama saya dulu saya tidak rasa seperti ini. “Insya-Allah saya akan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik,” kata Beego. Sementara Linda menzahirkan rasa bersyukur kerana perancangan yang diaturkan berjalan dengan lancar. “Saya sangat bersyukur dan berjanji akan mempertahankan perkahwinan ini sehingga ke akhir hayat,” ujarnya. Pasangan ini akan berbulan madu di Bali, Indonesia pada 19 Jun ini dan Taiwan pada 1 Julai depan. Mereka mula menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012. Beego sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007 dan bercerai pada 16 Mac 2009. Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dekat sini pada Sabtu malam.

Cerita Lawak 1
 Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
 Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
 Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

 Cerita Lawak 2
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
 Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
 Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

 Cerita Lawak 3
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
 Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
 Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
 Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
 Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

Cerita Lawak 4
 Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
 Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
 Lias : Awak takut ke?
 Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
 Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
 Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…

 Cerita Lawak 5
 Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

 Cerita Lawak 6
 Seorang posmen yang datang menghantar surat .
 ” Assalamualaikum “
 ” Walaikumsalam “
 ” Ni rumah encik Sameon ye?
 ” Ya saya”
 ” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
 ” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

 Cerita Lawak 7
 Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti. Dengan muka tidak bersalah penuggang tersebut berkata, ‘Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…

” B.I
 Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong je, Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

 Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
 Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
 Doktor: Kenapa?
 Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

 Anda Tahu Siapa Aku?
 Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu. “Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”
 “Hm, anda tau siapa aku?”
Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
 “Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
 “Aku pembohong besar di kota ini.”

 Ok, dah kena!
 Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia.
 Si ibu pun undur keretanya.
 “Lagi mak undur lagi” kata anak dia. “Lagi lagi” kata anak dia.
 Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar pokok kat belakang. Anak dia pun menjerit”
 OK! Mak, dah kena!”

Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh BAYAN LEPAS – Polis Diraja Malaysia semalam berjaya mengeluarkan mayat seorang lelaki yang tersepit di dalam sebuah kereta yang dihempap timbunan konkrit dalam kejadian penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dekat Batu Maung malam kelmarin. Mayat mangsa, Tajuddin Zainal Abidin, 45, ditemui pasukan penyelamat dalam kereta yang dihempap batang besi dan konkrit kira-kira pukul 4.30 petang. Bagaimanapun, mayat mangsa yang tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas hanya dapat dikeluarkan pada pukul 8.40 malam iaitu selepas 25 jam operasi menyelamat dilakukan.

Tajuddin ditemui dalam keadaan telangkup pada papan pemuka (dashboard) kereta jenis Perodua Kelisa akibat penyambung susur jambatan kedua pulau pinang runtuh setelah kerja-kerja menyelamat dilakukan sejak malam kelmarin. Kereta mangsa remuk teruk akibat dihempap beberapa batang besi dan konkrit seberat kira-kira lebih 200 tan manakala tubuh mangsa dikatakan mengalami kecederaan teruk akibat penyambung susur jambatan kedua pulau pinang runtuh. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa kerana timbunan konkrit penyambung susur jambatan kedua pulau pinang runtuh tersebut agak besar dan berat.

SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging. Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir. "I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu. Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal. Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan. Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan. Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu. Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan. Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak. Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi. "Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya. "Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat. "Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog