15 Ogos 2013

Terbaru melalui sebuah trailer awal yang dihidangkan oleh Syarikat Penerbit iaitu Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd melalui trailer Laga, menampilkan Marsha Milan Londoh dengan keadaan yang menghairahkan dalam keadaan berkemban. Filem yang menjalani pengambaran sekitar Taiping, Perak ini menampilkan Marsha sebagai pelakon utama dan turut disertai oleh Nasir Bilal Khan, Eman Manan & beberapa nama besar yang lain.

Apakah impak awal dengan menjadikan watak Marsha sebagai simbol seks mampu memberi keuntungan yang maksima buat filem ke 2 hasil arahan pengarahnya iaitu Ismail Yaa’cob? Hal ini pasti satu cabaran yang hebat buat pengarah ini apatah lagi tiada nama-nama komersial didalam filem arahanya kali ini.
15.8.13 Unknown

.Isteri kepada pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham, Victoria Beckham telah menyewa helikopter semata-mata tidak mahu terlewat menjemput anak lelakinya, Brooklyn pulang dari sekolah. Perkara itu berlaku di saat dirinya sibuk dengan penggambaran untuk sebuah majalah. Selain menjemput Brooklyn dari sekolah, Victoria juga perlu menghadiri mesyuarat ibu bapa dan guru di sekolah anaknya. "Victoria hampir membatalkan sesi fotografi. Namun, para pembantunya berjaya mencari jalan penyelesaian supaya dia tidak terlambat ke sekolah dengan menaiki helikopter,”kata Ketua Editor Vogue-Australia, Edwina Mccann. Selain sibuk dengan urusan peribadi, Victoria juga dikenali sebagai seorang wanita yang mementingkan keluarga dan anak-anak. Perkara itu diakui Victoria sendiri di mana selepas anak-anaknya tidur barulah dia memulakan kerjanya yang di luar tanggungjawab sebagai ibu.

.
Kisah percintaan pasangan selebriti Kamal Adli dan Intan Ladyana memang satu kisah yang hangat dan sering menjadi bualan ramai. Mungkin ramai juga yang sudah bosan dengan kisah mereka. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Kamal mengakui dia sudah tidak larat menjawab isu kahwin kerana pasangan ini lebih suka mengumumkannya jika benar perkara itu akan terjadi. "Hubungan saya bersama Intan masih bagus dan kami masih sayang menyayangi. Okay saja dan tiada apa-apa masalah pun. Saya tak curang, dia pun tak curang. Buat masa sekarang, saya tidak fikir tentang untuk masuk meminang dia. Niat memang hendak berkahwin, tapi saya sedang membina nama saya. "Saya dengan Intan pun sudah tiga tahun. Bunyi macam dah lama tapi kalau ikutkan masa kami berjumpa macam baru setahun saja. Apa yang boleh saya katakan, saya berterima kasih pada dia sebab faham dan saya hormati dia kerana sanggup menunggu saya. Seperkara lagi saya tidak akan memilih jalan dengan kahwin lari bersama Intan", katanya Kamal yang turut menyatakan akan berkongsi tarikh hari bahagia mereka itu dengan umum, bila sudah tiba masanya nanti.

Woman Assaulted By Husband In Lift Wants Police To Act Fast
BUKIT MERTAJAM: The woman who was assaulted by her husband in the presence of their two young children in the lift of a private hospital in Bandar Perda, here, hopes the police will act fast against the man. The 36-year-old woman who lodged a police report on Aug 12 following the incident, said she was worried her husband would act more violently and hoped that police would detain him. The woman, who lives separately from her husband who she claimed had married another woman in 2011, said she suffered pain and bruises from being repeatedly slapped and kicked by her husband, from whom she was seeking divorce. She and her estranged husband had separately gone to the hospital to visit their eldest child, aged nine, who was warded there for high fever when they had an argument in the lift and he then assaulted her. The woman, a factory worker, said she did not expect so many people to react to the video recording on the incident which was uploaded by her younger brother video to YouTube. The brother, Mohd Yunus Ahmad Ramli, 31, said he uploaded the video clip of his sister being assaulted to YouTube and shared on Facebook after it was sent to him by his elder brother and hoped police would take further action. Following the incident, Penang police are looking for a public servant seen in the closed-circuit television camera recording assaulting his wife in the lift of a private hospital in Bukit Mertajam on Monday. State CID chief, SAC Mazlan Kesah said the 36-year-old suspect who worked in Jerantut, Pahang went missing and did not turn up for work after the 4pm incident.

Nazri menafikan pelantikan itu membuktikan wujudnya unsur kronismime
SHAH ALAM: Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Mohamed Nazri Aziz menegaskan pelantikan anaknya Nedim sebagai pegawai khas di kementerian yang diterajuinya adalah bagi memudahkan generasi pengundi baru berhubung dengannya.
 Sambil menafikan pelantikan itu membuktikan wujudnya unsur kronismime, Nazri berkata bukan menjadi masalah anaknya ditempatkan di situ memandangkan Nedim sudah menjadi pegawai khasnya sejak 2008 lagi.
 "Apa yang menjadi masalahnya? Dia Nedim pun sudah lama berkhidmat dengan saya semenjak 2008. "Lagi pun saya kaya, saya rasa bukan menjadi masalah pun jika anak saya ditempatkan di situ sebagai pegawai khas saya.
 "Dia juga ditugaskan untuk melaksana banyak program yang akan melibatkan orang ramai, bukan dia duduk sahaja," katanya kepada wartawan selepas menghadiri jamuan Aidilfitri di I-City di sini, hari ini.
 Malah Nazri berkata beliau memerlukan anaknya itu bagi menjadi orang tengah, lebih-lebih lagi gaji anaknya itu bukan dibayar oleh kerajaan tetapi oleh dirinya sendiri.
 "Saya perlukan Nedim untuk jadi orang tengah saya bagi menghubungkan dengan generasi pengundi baru. "Tambahan dia pula orang muda, jadi saya rasa orang senang berhubung dengan dia dan sesiapa sahaja yang hendak hubungi dia juga mudah," katanya.
 Kontroversi pelantikan Nedim menjadi buah mulut di laman sesawang Facebook dan Twitter yang menyerang menteri itu kewajaran meletak anaknya di kementerian yang diterajuinya sebagai pegawai khas. Ia bukan sahaja dipertikai oleh penyokong Umno sebaliknya turut dipersoalkan oleh pemimpin pembangkang.
 Rentetan serangan bertubi-tubi itu, akhirnya Nazri menjelaskan anaknya Nedim itu sudah lama berkhidmat dengannya sebagai pegawai khas sejak 2008 dan isu berkenaan tidak harus dipolitikkan.
 Sebagai rekod, Nazri diperuntukkan enam pegawai yang dibayar oleh kerajaan sama seperti menteri Kabinet yang lain.
 Mereka adalah setiausaha sulit kanan Datuk Azlinda Mohd Rashad, setiauasaha sulit Dr Jurij Jalaludin, setiausaha politik Datuk Mohamad Ismail Osman, setiausaha akhbar Ahamad Fazli Ahamad Nordin, pegawai tugas khas di Parlimen Suzana Akmam Selamat Amir dan pengawal keselamatannya Shahdan.

Isteri-Timbalan-Ketua-Polis-Kuala-Lumpur-meninggal-dunia/
KLANG, (Bernama) -- Isteri Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh meninggal dunia akibat barah paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada kira-kira 6.30 petang semalam. Mendiang Datin Raj Kaur Harbhajan Singh, 49, yang menghidap penyakit itu sejak tiga tahun lepas, merupakan seorang guru Matematik Tambahan di Sekolah Menengah Convent Klang, Selangor. Harpreet Singh, 20, anak sulung pasangan itu berkata mendiang merupakan bekas graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berkahwin dengan ayahnya 22 tahun lepas. Selain Harpreet, pasangan itu dikurniakan dua lagi anak iaitu Harprem Singh, 19, dan Anilpren Singh, 17 tahun. "Sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai guru, ibu saya telah banyak melahirkan pelajar cemerlang," kata beliau ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Sri Andalas di sini. Berasal dari Ipoh, Perak mendiang disifatkan ibu dan seorang guru yang tegas tetapi baik hati. Mayat mendiang dijangka dibakar di Pusat Crematorium Klang di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah pada 2.30 petang hari ini.

GEORGE TOWN, (Bernama) - Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman CCTV membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini, Isnin lepas.
 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian pukul 4 petang itu.
 "Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
 Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun. Beliau berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan, kepala dan muka sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.
 Mazlan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.
 "Kami memandang serius kes seumpama ini dan telah memproses IPO (perintah perlindungan sementara) untuk mengasingkan wanita itu daripada suaminya," katanya.
 Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berdekatan.

Lady Gaga Sedih Lagu Barunya Bocor di InternetSuperstar antarabangsa, Lady Gaga sedih dan bengang di laman Twitter gara-gara single terbarunya berjudul, Applause telah bocor di internet dua hari lalu sedangkan tarikh siaran perdana lagu berkenaan ialah pada 19 Ogos ini. Kerana kebocoran berkenaan, Lady Gaga menerusi laman web rasminya telah menggesa peminat fanatiknya yang digelar sebagai Little Monster supaya mengenal pasti saluran yang telah membocorkan lagu terbarunya itu di internet. Tindakan Lady Gaga itu telah mendapat maklum balas segera hampir 2,500 peminatnya yang nyata cukup prihatin dengan apa yang berlaku terhadap penyanyi kesayangan mereka itu. Bagaimanapun disebabkan kebocoran itu, Applause telahpun dilancarkan dengan segera malam tadi di beberapa corong radio dan Apple i-Tunes Store di seluruh Amerika Syarikat dan diiukuti beberapa negara lain. Kerana pelancaran kecemasan itu, Lady Gaga telah menulis di lama Twitter yang mempersalahkan individu yang telah membocorkan lagu berkenaan sehingga terpaksa dilancarkan lebih awal daripada tarikh asal. Kekecewaan Lady Gaga itu bukanlah disebabkan nilai komersial semata-mata, tetapi kerana hasil seni sangat bernilai yang telah digodam dan dicuri tanpa keizinan daripada lanun cetak rompak. Applause merupakan single terbaru Lady Gaga yang sepatutnya dilancarkan buat pertama kali sempena memperkenalkan album solo ke-3 terbarunya berjudul ARTPOP. Pihak Lady Gaga dan syarikat rakamannya Universal Music telah mengatur strategi terbaik supaya lagu berkenaan hanya dapat disiarkan pada 19 Ogos depan bagaimanapun telah bocor lebih awal daripada pihak tidak bertanggungjawab. Bukan sekadar Lady Gaga, penyanyi pop popular, Katy Perry juga mengalami nasib serupa apabila lagu terbarunya berjudul Roar turut bocor di internet baru-baru ini.

Siapa Kasi Shila Amzah Teddy Bear Besar?
Tanggal 13 Ogos lepas, penyanyi Shila Amzah telah menyambut hari kelahirannya yang ke-23 tahun. Pun begitu, Shila yang bakal berangkat pulang ke Shanghai pada 16 Ogos ini merasakan sambutan hari lahirnya sama seperti sambutan sebelum ini. "Birthday tahun ni macam biasa saja. Saya cuma keluar hang out dengan kawan-kawan. Saya juga luangkan masa dengan orang-orang yang rapat dengan saya. "Program main bowling tu pula bukanlah program bersama Shilalas (Kelab peminat). Sebaliknya, ia lebih kepada bermain bersama peminat dan sahabat handai yang sudah terdiri daripada keluarga besar Shila. "Actually, Shila tak tahu pasal program tu. Semuanya diuruskan oleh Mak dan Abah. Pada sebelah malam pula, mereka adakan sesi karaoke," katanya. Menjelaskan hadiah yang diterimanya itu, Shila mengatakan tiada hadiah yang paling istimewa. Sebaliknya, semua berharga buat Shila. "Shila terima hadiah berupa Teddy Bear besar dari sepupu. Shila pun dah besarlah. Shila tidak mengharapkan apa-apa hadiah istimewa. Setakat ini, Shila masih belum terima hadiah apa-apa dari peminat di Shanghai. "Terus-terang, Shila tak sangka ada sambutan hari jadi sebegini. Pada 12 tengah malam 13 Ogos, Mak, Adik dan Abah telah sediakan kek untuk Shila. Kami hanya menyambutnya dengan makan kek tersebut. "Shila juga banyak terima ucapan dari peminat menerusi laman twitter dan instagram. Antara artis yang awal-awal wished birthday Shila adalah Jihan Musa, Dafi, Adibah Noor dan Catriona Ross," ujarnya. Mengakhiri perbualan, genapnya umur 23 tahun, Shila lebih gemar berbicara mengenai karier dan tidak mahu menyentuh ceritera tentang cinta lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog