15 Ogos 2013

Posted by jinson on 15.8.13 No comments
Isteri-Timbalan-Ketua-Polis-Kuala-Lumpur-meninggal-dunia/
KLANG, (Bernama) -- Isteri Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh meninggal dunia akibat barah paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada kira-kira 6.30 petang semalam. Mendiang Datin Raj Kaur Harbhajan Singh, 49, yang menghidap penyakit itu sejak tiga tahun lepas, merupakan seorang guru Matematik Tambahan di Sekolah Menengah Convent Klang, Selangor. Harpreet Singh, 20, anak sulung pasangan itu berkata mendiang merupakan bekas graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berkahwin dengan ayahnya 22 tahun lepas. Selain Harpreet, pasangan itu dikurniakan dua lagi anak iaitu Harprem Singh, 19, dan Anilpren Singh, 17 tahun. "Sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai guru, ibu saya telah banyak melahirkan pelajar cemerlang," kata beliau ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Sri Andalas di sini. Berasal dari Ipoh, Perak mendiang disifatkan ibu dan seorang guru yang tegas tetapi baik hati. Mayat mendiang dijangka dibakar di Pusat Crematorium Klang di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah pada 2.30 petang hari ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog