15 Ogos 2013

Posted by jinson on 15.8.13 No comments
Lady Gaga Sedih Lagu Barunya Bocor di InternetSuperstar antarabangsa, Lady Gaga sedih dan bengang di laman Twitter gara-gara single terbarunya berjudul, Applause telah bocor di internet dua hari lalu sedangkan tarikh siaran perdana lagu berkenaan ialah pada 19 Ogos ini. Kerana kebocoran berkenaan, Lady Gaga menerusi laman web rasminya telah menggesa peminat fanatiknya yang digelar sebagai Little Monster supaya mengenal pasti saluran yang telah membocorkan lagu terbarunya itu di internet. Tindakan Lady Gaga itu telah mendapat maklum balas segera hampir 2,500 peminatnya yang nyata cukup prihatin dengan apa yang berlaku terhadap penyanyi kesayangan mereka itu. Bagaimanapun disebabkan kebocoran itu, Applause telahpun dilancarkan dengan segera malam tadi di beberapa corong radio dan Apple i-Tunes Store di seluruh Amerika Syarikat dan diiukuti beberapa negara lain. Kerana pelancaran kecemasan itu, Lady Gaga telah menulis di lama Twitter yang mempersalahkan individu yang telah membocorkan lagu berkenaan sehingga terpaksa dilancarkan lebih awal daripada tarikh asal. Kekecewaan Lady Gaga itu bukanlah disebabkan nilai komersial semata-mata, tetapi kerana hasil seni sangat bernilai yang telah digodam dan dicuri tanpa keizinan daripada lanun cetak rompak. Applause merupakan single terbaru Lady Gaga yang sepatutnya dilancarkan buat pertama kali sempena memperkenalkan album solo ke-3 terbarunya berjudul ARTPOP. Pihak Lady Gaga dan syarikat rakamannya Universal Music telah mengatur strategi terbaik supaya lagu berkenaan hanya dapat disiarkan pada 19 Ogos depan bagaimanapun telah bocor lebih awal daripada pihak tidak bertanggungjawab. Bukan sekadar Lady Gaga, penyanyi pop popular, Katy Perry juga mengalami nasib serupa apabila lagu terbarunya berjudul Roar turut bocor di internet baru-baru ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog