9 Ogos 2013

Banduan ini cuba melarikan diri daripada sebuah penjara yang sudah pasti mempunyai dinding dan konkrit yang kukuh.

Tapi, banduan ini berjaya membuat lubang dinding bilik penjara beliau tetapi mungkin tersilap saiz semasa membuat lubang tersebut menyebabkan badannya yang gagah perkasa tidak bolos melepasi lubang tersebut.

Tak tahu nak cakap kasihan atau sebaliknya?

Gelak sakan warden penjara kat belakang tu ya!
9.8.13 Unknown

Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Kerana kekayaan, ibu di buang. Itulah yang terjadi kepada seorang ibu dari Bandar Kinrara yang dibuang oleh anaknya ke rumah orang tua-tua, kerana dianggap pembawa sial, menyusahkan serta tidak mendatangkan sebarang kebaikan untuk perniagaannya. Dan sejak di hantar ke situ, tujuh tahun lalu, ia tidak pernah dipedulikan oleh keluarga dan tiga orang anak mak cik. Semoga kedatangan aidil fitri kali ini membawa berita gembira buat ibu tua ini. Pada yang masih punya ibu, hargai mereka. Jangan sesekali sisihkan mereka dari hidup kita, kerana tiada keberkatan untuk mereka yang melakukanya.

Jika beberapa hari lepas supermodel dan pelakon terkenal, Nasha Aziz telah berkongsi pengalaman paling pahitnya yang pernah dilalui pada malam raya pertama, semalam pula pelawak Shiro turut sama berkongsi pengalaman paling pahit mereka. Menurut kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Ajak, mereka mengaku pengalaman pahit paling sukar untuk dilupakan ialah ketika ditahan pihak polis gara-gara terlibat dengan lumba haram 12 tahun lalu. “Kami ditahan polis kerana berlumba haram. Kejadian itu berlaku di Kluang, Johor, masa kami berada di tingkatan lima, pada 2001.” “Dek kerana sikap bodoh sendiri, kami telah ditahan di lokap dan terpaksa dibawa pulang oleh kedua ibu bapa. Masa itu, ibu bapa menangis dan saya telah kena lempang oleh abang kerana perbuatan yang memalukan itu. Selepas kena lempang, saya menangis dan meraung.” “Hari ini kejadian itu menjadi pengajaran yang sangat berguna buat saya dan juga Ajak.” Sehubungan itu, kumpula Shiro yang merupakan pemenang trofi kejuaraan Raja Lawak musim ke-6 menyeru golongan muda agar tidak mencontohi perbuatan mereka.

Seorang pramugari Air Asia, 25 tahun ditikam beberapa kali oleh seorang remaja di rumahnya di Taman Kota Warisan, Sepang, pada hari Ahad. Mangsa, Fadilah Rosman, yang keseorangan rumah sahaja didatangi seorang budak lelaki, 15 tahun yang memasuki bilik tidurnya pada jam 10 pagi. Mangsa kemudiannya ditikam beberapa kali di kepala dan tangan selepas bertengkar.

https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/says_news_remix/story_element/image/520220411744fe27580041b2/c0aadae9-af1b-4494-8966-93a649d45df1.jpeg
Fadilah Rosman

 Dipercayai kanak-kanak tersebut membalas dendam kerana mangsa pernah membuat laporan polis terhadapnya pada tahun 2011 kerana mengugut beliau, yang membawa kepada penangkapannya pada tahun yang sama.

https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/says_news_remix/story_element/image/52021d721744fe196b004693/7494cca3-9f53-43e7-aec0-5b89465bd42b.jpeg
Mangsa cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban.

Memang sedih!!! mungkin dikecewa telah up date status bahawa telah menoreh tangannya hingga berdarah kerana cinta.Sekadar nasihat untuk para pembaca sekelian memang agak sukar menerima hakikat bahawa si dia telah curang atau minta putus tambahan pula semuanya telah diberikan kepadanya.Namun janganlah bertindak bodoh hingga sanggup cederakan diri sendiri sedikit hadis yang perlu kita fahami.

Jadi bermuhasabah diri ada hikmah disebaliknya.Anggaplah ini adalah ujian Maha Esa.Yakinlah kepada Allah dan berubahlah insyaAllah anda akan merasai tenang dan lapang,

Pantang nampak artis cantik sikit, mulalah timbul spekulasi yang mengatakan artis tersebut mengambil botox atau suntikan muka
. Kali nie giliran penyanyi yang comel molek berasal dari Sabah, Adira AF yang didakwa mengambil suntikan muka vitamin C untuk nampak lebih cantik dan kulit muka lebih halus dan licin.
 Adira nie bukan jenis yang cepat melatah sebab sebelum nie memang dah banyak spekulasi mengenai wajah cerah dan cantik beliau ini dijadikan gosip liar
. Baru-baru ini, Adira menafikan cerita tersebut tidak benar sebab beliau hanya mengamalkan pemakanan dan penjagaan kulit yang betul untuk menjaga wajahnya.
 Kalau dah cantik, mesti ramai yang dengki’kan? Hehehe… Lepas nie bolehlah Adira berkongsi rahsia penjagaan kulit muka kepada peminat yaa!

Sekali lagi Lana Nordin menafikan yang dicekup semasa bermain mahjong dan tidak berpuasa bukan dirinya kepada wartawan tetapi kali ini wartawan tersebut dimarah dan ditengking apabila diajukan soalan yang sama. #BERITA PENUH Rasa-rasa Diva, dua minggu lepas ada keluar cerita menyatakan ada seorang artis wanita kena cekup ketika bermain mahjong dengan dua lelaki dan tidak berpuasa. Tidak lama kemudian, keluar pula cerita pelakon sensasi yang mendapat jolokan Pamela Anderson Malaysia, Lana Nordin yang menafikan bahawa artis wanita yang dicekup itu dirinya. Pertengahan minggu lepas, kawan-kawan Diva yang terserempak dengan Lana sewaktu program Melodi Raya pun mahukan penjelasan daripada Lana berhubung isu berkenaan. Elok-elok disapa dengan niat baik sempena Ramadan ini, Lana yang memang awal-awal lagi agaknya merasakan dirinya akan menjadi tumpuan, teruslah buat muka tak kuasa dan nak melenting apabila ditanya tentang isu itu. Katanya, kalau wartawan pandai sangat, kenapa ambil gambar dari belakang sahaja, tunjukanlah gambar depan-depan. Barulah sahih wanita tidak berpuasa itu adalah dirinya. Ewah-ewah, nanti kalau tunjuk gambar depan-depan, kan dikatanya superimpose pula. Kata Diva, kalau nak nafi pun cakap elok-elok boleh tak? Dulu Yasmin Hani pun menafikan dia hamil, alih-alih betul hamil. Minta maaf tiba-tiba nama Yasmin masuk dalam cerita ini.

Kredit foto Faisol Mustafa.
Kalau remaja lain lazimnya sibuk membantu keluarga membuat persiapan terkakhir pada malam menjelang 1 Syawal. Tetapi bagi pelakon remaja Syafie Naswip, tak sempat nak menunggu pagi raya kerana malam raya lagi dia dan kawan-kawannya di kampung akan mula 'mengutip' duit raya dari rumah ke rumah.
 "Malam raya sebenar kami dah beraya sakan. Saya ingat lagi masa tu saya darjah 1, orang lain sibuk buat persiapan tapi saya dengan kawan-kawan dah mula beraya ke rumah jiran. Saya berjaya kumpul RM900 masa tu.
 Lepas tu keesokannya, habis jer slat kami terus sambung beraya sampai lah ke petang. Paling banyak dit raya yang pernah saya kumpul dalam RM2500", dedah Syafie Naswip sekaligus berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman raya ketika di zaman kanak-kanak.
 Tahun ini pelakon yang lebih dikenali dengan jolokan Muhksin menerusi lakonannya dalam filem tersebut, menyambut raya di Gombak. Mengenai perkembangan karier pula, anak muda berusia 21 tahun ini memberitahu, buat masa ini dia mengambil keputusan untuk menangguhkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi kerana sayangkan bidang lakonan.
 Tambahan kebelakangan ini banyak tawaran lakonan menarik yang diterimanya sekaligus menjadi alasan kukuh kenapa dia nekad tidak mahu mengikuti jejak rakan sekelasnya ke Universiti. “Kalau ikutkan saya dari tahun lepas saya dah nak sambung belajar, tapi tulah time dah pasang niat nak belajar inilah tawaran lakonan datang.
Yang buat saya tak boleh tolak tawaran tu sebab watak yang dibagi memang semua best-best, rugi pula saya rasa kalau tolak”. “Itu sebab kenapa saya tangguhkan dulu niat nak sambung belajar. Bagi saya lebih elok untuk fokuskan dulu kepada bidang lakonan kemudian baru sambung belajar", katanya yang merancang mahu menyambung pelajaran pada tahun hadapan.

IPOH: Seorang ibu dan dua anak perempunnya maut dalam kemalangan di Km 85.5 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Sungkai semalam.
 Sementara suami dan dua lagi anaknya cedera parah dalam kemalangan kira-kira 6.20 petang itu apabila kereta yang mereka naiki terbabas ke laluan bertentangan.
 Wanita tersebut dikenali sebagai S. Angamah, 35, sementara anak-anaknya yang meninggal dikenali sebagai Komadhi, 11, dan Bavani, 16. Suaminya pula M.Kalimuthu, 40, cedera bersama ana-anak mereka iaitu Gayatri, 17, serta Mathan, 6
. Menurut Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw, setelah kereta Proton Iswara yang dipercayai dipandu Kalimuthu terbabas, ia kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta Proton Exora yang datang dari arah Slim River menuju Sungkai.
 Keluarga mangsa yang berasal dari Sungkai dipercayai keluar untuk bersiar-siar di sekitar pekan berhampiran sebelum insiden berkenaan berlaku, kata Som Sak ketika dihubungi. Mangsa meninggal di tempat kejadian sementara yang cedera dirawat di Hospital Slim River. Pemandu kereta Proton Exora berkenaan hanya mengalami cedera ringan.

.
Masih segar dalam ingatan penyanyi Kaka Azraff tatkala orang lain teruja meyambut 1 Syawal, berhias dengan pakaian yang cantik-cantik, malangnya dia sekeluarga terpaksa beraya dalam banjir. Peristiwa berlaku di kampung Kaka di Alor Setar, Kedah beberapa tahun lalu. Namun kini kenangan pahit itu menjadi antara nostalgia paling manis buat pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff. Dan setiap kaali menjelang Aidilfitri, penyanyi yang popular menerusi lagu Bawaku Pergi ini pasti akan kembali terkenangkan pengalamannya tersebut. "Masa tu Kaka tingkatan satu. Kami baik ke kampung sebelah ibu dan berlaku banjir. Air naik paras lutut. Kecewa lah sebab pagi Syawal tu, kami semua tak dapat pakai baju raya, tak dapat beraya. Tak dapat makan rendang dan ketupat. Tapi bila dikenang-kenang kan semula, terasa lucu dan serinok pun ya", kongsi Kaka tentang memori manis hari rayanya kepada Malaysian Digest.com. Masuk tahun kedua beraya sebagai anak seni, tahun ini gadis berusia 24 tahun ini menyambut raya di Klang, Selangor. Makna Aidilfitri padanya adalah apabila dapat berkumpul bersama sanak saudara sambil menikmati pelbagai juadah yang enak-enak di pagi raya. Hidangan ketupat palas, kuah kacang ayam dan serunding ikan masakan ibunya antara menu wajib yang menjadi pilihan penyanyi ini setiap kali hari raya. Pun begitu dalam kegemibiraan, jauh si sudut hati Kaka masih terasa akan kehilangan ayahanda tercinta, Nor Azraff yang meninggal dunia akibat derita sakit buah pinggang. Jelas Kaka yang juga merupakan anak buah kepada Ratu Rock, Ella, dikala seluruh ahli keluarga berkumpul bersama, ayahnya pasti akan menjadi 'penghidup suasana' lantas menjadikan Aidilfitri mereka tambah meriah "Ayah meninggal masa darjah Kaka darjah empat. Permergiaannya sagat dirasai kami sekeluarga, sampai sekarang. Ayah seorang yang pandai berlawak. Kira dia lah penghidup suasana. Bila hari raya kalau kami semua berkumpul, ada saja lah gelagatnya yang suka mengusik. Kaka mula minat menyanyi pun kerana ayah", tutur anak ketiga dari empat beradik ini.

Bekas supermodel dan pelakon popular Nasha Aziz pernah melalui pengalaman pahit, jatuh longkang di malam raya. Dedah Nasha, insiden yang belaku pada malam hari raya pertama itu gara-gara dia yang terlalu teruja mahu menghantar para tamu yang berkunjung ke rumah neneknya. "Saya ni dulu masa kanak-kanak, seorang yang aktif dan lasak. Paling saya ingat, kalau setiap kali hari raya apabila tetamu datang ke rumah nenek saya, pasti saya pun ikut sibuk menyambut tetamu. Tetamu nak balik, saya pun ikut sibuk hantar sampai luar depan rumah. Depan pagar rumah saya ada satu bangku batu, setiap kali iring tetamu balik, saya akan berlari dan terus panjat tembok tu. "Nak jadikan cerita, masa tu malam raya pertama. Para tamu di rumah kami nak pulang. Jadi saya seperti biasa akan berlari dulu ke depan sebab nak panjat bangku tu. Entah macam mana saya boleh terjatuh dalam longkang betul-betul kat depan bangku tu. "Bila dah jatuh tu saya terus terdiam, tergamam. Nenek saya pun terjerit-jerit la nama saya nak pastikan saya okay. Mujurlah hanya luka-luka sikit saja. Tapi yang lucunya, nenek kata, "hah! tu mesti ada 'benda' yang tolaklah tu". Padahal, cucu dia ni dah salah bajet, lari laju sangat", kongsi Nasha Aziz sambil tersenyum Empunya nama sebenar Noraishah Abdul Aziz, 42, ini bercerita mengenai memori sewaktu hari raya Aidilfitrinya itu ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro, baru-baru ini. Seperti tahun tahun sudah, Nasha menyambut Aidilfitri di ibu kota, samada di Keramat ataupun di Kampung Baru. Kata Nasha, saat paling dinanti menjelang raya ialah sehari sebelum 1 Syawal apabila dia sekeluarga sibuk membuat persiapan seperti mengemas rumah dan memasak juadah. "Saya paling suka anyam ketupat. Jadi sehari raya tu, saya akan duduk dah asyik anyam ketupat sampaai petang. Saya rasa ia satu seni yang unik dan patut diketahui oleh semua kerana ianya satu tradisi yang tak akan pupus sampai bila-bila. "Di pagi raya pula kebiasaannya, kami akan menziarahi pusara ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan kemudian akan berkumpul di rumah nenek saya, di Kampung Baru", katanya. Dalam perkembangan lain, pelakon Maskara ini memberitahu dia sekarang sedang sibuk menguruskan perniagaan. Biarpun cuba dipujuk namun Nasha mengelakkan dari bercerita lanjut mengenai perniagaannya itu. "Saya sedang menjalankan satu perniagaan. Perniagaan yang serius", ujarnya ringkas.

Ahli Exco Wanita UMNO, Norliza Ahmad meninggal dunia di Hospital Selayang akibat kanser hati kira-kira 10 malam tadi.
 Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini.
 Beliau berkata, jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Meru, Klang hari ini. Norliza, 47, yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapar kali pertama bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Selat Kelang pada pilihan raya umum ke-11 dan menewaskan Ali Abdullah dari Pas dengan majoriti 6,085 undi.
 Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusinya apabila tewas kepada Dr Halimah Ali dari Pas pada pilihan raya umum ke-12 dengan majoriti 1,459 undi.

Terdapat purata tiga kes penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini. Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal berkata, maklumat itu diperoleh daripada kajiannya terhadap statistik penceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun 2011.
 Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi tahun 2011.
 "Statistik perceraian daripada Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 sentiasa menunjukkkan peningkatan kes penceraian setiap tahun," katanya kepada Bernama.
 Noor Aziah berkata, situasi itu berlaku kerana kebanyakan individu yang mendirikan rumah tangga didapati tidak memahami mahupun mengetahui akan falsafah sebenar sesebuah perkahwinan itu.
 Justeru, beliau meminta masyarakat supaya melengkapkan diri dengan ilmu agama dan rumah tangga sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengurangkan kes perceraian sekali gus membentuk sebuah keluarga bahagia.
 "Sebenarnya institusi keluarga itu adalah asas pembangunan sesebuah negara dan kalau institusi keluarga itu berjalan dengan baik maka negara pun akan jadi lebih baik," katanya.
 Menyentuh mengenai belia pula, beliau meminta kerajaan memperbanyakkan penganjuran program keilmuan dan keagamaan kepada golongan belia di negara ini dalam usaha melahirkan belia berakhlak mulia, pada masa hadapan.
 Noor Aziah berkata, berdasarkan dapatan hasil kajiannya, mendapati gejala sosial seperti seks bebas, penyalahgunaan dadah dan minum arak dalam kalangan belia Islam kini, berada pada tahap membimbangkan.
 "Antara beberapa kaji selidik yang saya lakukan adalah Kajian Belia Bermasalah di Malaysia 2009, Kajian Belia, Dadah dan HIV:Punca dan Hak pada tahun 2010, dan Kajian Pembinaan Modul Ta’dib di Sekolah Henry Gurney, Melaka 2011.
 "Hasil kajian ini membuatkan saya risau akan akhlak golongan belia pada masa ini yang mana bagi pandangan saya berpunca daripada tidak menghayati ilmu agama sepenuhnya walaupun ada pendidikan agama tetapi tidak mengamalkan ilmu agama yang ada itu.
 Kebanyakan responden menjawab tidak tahu sembahyang atau sudah lupa macam mana hendak sembahyang sewaktu ditemu bual," katanya.
 Beliau yang juga pensyarah undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata penularan gejala tidak sihat itu bakal memberi impak negatif kepada pembangunan modal insan negara ini sekiranya tidak ditangani segera.
 "Dari kajian yang saya buat, saya dapati kanak-kanak pun mula mencuba seks semuda 12 tahun dan saya juga mendapati semasa saya membuat kajian ’Hak Anak Tak Sah Taraf di Malaysia’ pada 2007, mendapati ibu paling muda mengandung yang saya temu bual ialah 13 tahun.
 "Macam mana negara ini hendak melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai personaliti terhormat pada masa depan sekiranya belia kini tidak mempunyai akhlak sepatutnya dikehendaki dalam Islam," katanya.
 Apabila ditanya pendekatan kreatif yang boleh dilaksanakan bagi menarik minat belia terhadap program itu, Noor Aziah berkata, ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya mencari ’role model’ dari kalangan belia yang berjaya dalam bidang tertentu seperti johan Tilawah al-Quran, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia, jaguh sukan dan artis.
 Noor Aziah juga berkata, kira-kira 80 peratus golongan belia bermasalah datang daripada keluarga ibu tidak bekerja atau suri rumah sepenuh masa. Beliau yang juga anggota Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak Malaysia itu berkata angka itu didapati menerusi Kajian Belia Bermasalah di Malaysia 2009 yang melibatkan responden berumur 15 tahun hingga 40 tahun.
 Sehubungan itu, beliau berkata, peranan institusi kekeluargaan juga penting untuk memartabatkan pembangunan sahsiah diri golongan belia negara. "Di sini peranan ibu bapa penting memberi pendidikan agama sepenuhnya kepada anak-anak.
 Pada pemerhatian saya kebanyakan anak-anak hanya dapat ilmu agama daripada guru agama dan apabila bersama ibu bapa mereka tidak belajar. "Oleh demikian, saya menyarankan supaya kita semua kembali kepada perkara asas iaitu didikan agama dan memperbaiki mutu keluarga yang sedia ada dan yang akan dibina," katanya.

DUNGUN 9 Ogos - Menepati bidalan 'sehidup semati', sepasang suami isteri warga emas menghembuskan nafas terakhir masing-masing selang sejam di hospital berbeza, semalam.
 Che Mohd Yusof Che Wan Endut, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 5.40 petang susulan paru-paru berair manakala isterinya Fatimah Muda, 64, di Hospital Kuala Berang kira-kira sejam kemudian. Anak mereka, Che Wan Rashimah, 44, berkata, bapanya dirawat di HSNZ sejak Selasa lalu, manakala ibu pula yang terlantar di rumah selepas serangan angin ahmar digegaskan ke hospital petang semalam selepas keadaannya makin tenat.
 "Masa ibu tengah tenat di rumah, adik telefon beritahu ayah juga sedang tenat di HSNZ. Kami kemudian gegaskan ibu ke Hospital Kuala Berang tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jerangau Sungai di sini.
 Pemergian serentak pasangan itu turut dirasai penduduk kampung kerana kedua-duanya adalah guru al-Quran manakala Che Mohd Yusof pula imam masjid dan jurunikah bagi di daerah ini. Beberapa penduduk kampung yang ditemui menyifatkan pasangan itu sebagai pasangan yang sentiasa bersama walau ke mana mereka pergi.
 Seorang bekas pelajar al-Quran pasangan itu, Zuraidah Ismail, 42, berkata, dia merancang untuk menziarahi kedua-dua mereka pada raya kedua selepas mendengar mereka sakit. Katanya, mereka itu terkenal sebagai pasangan romantik kerana tidak pernah berenggang.
 "...mereka selalu naik motor bersama, minum di kedai dan ke kebun bersama-sama," katanya. Jenazah pasangan suami isteri itu dikebumikan di Tanah perkuburan Kampung Panchor Jerangau di sini malam semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog