9 Ogos 2013

Posted by jinson on 9.8.13 No comments
.
Masih segar dalam ingatan penyanyi Kaka Azraff tatkala orang lain teruja meyambut 1 Syawal, berhias dengan pakaian yang cantik-cantik, malangnya dia sekeluarga terpaksa beraya dalam banjir. Peristiwa berlaku di kampung Kaka di Alor Setar, Kedah beberapa tahun lalu. Namun kini kenangan pahit itu menjadi antara nostalgia paling manis buat pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff. Dan setiap kaali menjelang Aidilfitri, penyanyi yang popular menerusi lagu Bawaku Pergi ini pasti akan kembali terkenangkan pengalamannya tersebut. "Masa tu Kaka tingkatan satu. Kami baik ke kampung sebelah ibu dan berlaku banjir. Air naik paras lutut. Kecewa lah sebab pagi Syawal tu, kami semua tak dapat pakai baju raya, tak dapat beraya. Tak dapat makan rendang dan ketupat. Tapi bila dikenang-kenang kan semula, terasa lucu dan serinok pun ya", kongsi Kaka tentang memori manis hari rayanya kepada Malaysian Digest.com. Masuk tahun kedua beraya sebagai anak seni, tahun ini gadis berusia 24 tahun ini menyambut raya di Klang, Selangor. Makna Aidilfitri padanya adalah apabila dapat berkumpul bersama sanak saudara sambil menikmati pelbagai juadah yang enak-enak di pagi raya. Hidangan ketupat palas, kuah kacang ayam dan serunding ikan masakan ibunya antara menu wajib yang menjadi pilihan penyanyi ini setiap kali hari raya. Pun begitu dalam kegemibiraan, jauh si sudut hati Kaka masih terasa akan kehilangan ayahanda tercinta, Nor Azraff yang meninggal dunia akibat derita sakit buah pinggang. Jelas Kaka yang juga merupakan anak buah kepada Ratu Rock, Ella, dikala seluruh ahli keluarga berkumpul bersama, ayahnya pasti akan menjadi 'penghidup suasana' lantas menjadikan Aidilfitri mereka tambah meriah "Ayah meninggal masa darjah Kaka darjah empat. Permergiaannya sagat dirasai kami sekeluarga, sampai sekarang. Ayah seorang yang pandai berlawak. Kira dia lah penghidup suasana. Bila hari raya kalau kami semua berkumpul, ada saja lah gelagatnya yang suka mengusik. Kaka mula minat menyanyi pun kerana ayah", tutur anak ketiga dari empat beradik ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog