Seorang pramugari Air Asia, 25 tahun ditikam beberapa kali oleh seorang remaja di rumahnya di Taman Kota Warisan, Sepang, pada hari Ahad.
Mangsa, Fadilah Rosman, yang keseorangan rumah sahaja didatangi seorang budak lelaki, 15 tahun yang memasuki bilik tidurnya pada jam 10 pagi. Mangsa kemudiannya ditikam beberapa kali di kepala dan tangan selepas bertengkar.
Fadilah Rosman
Dipercayai kanak-kanak tersebut membalas dendam kerana mangsa pernah membuat laporan polis terhadapnya pada tahun 2011 kerana mengugut beliau, yang membawa kepada penangkapannya pada tahun yang sama.
Mangsa cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban.
0 ulasan:
Catat Ulasan