9 Ogos 2013

Posted by jinson on 9.8.13 No comments


Sekali lagi Lana Nordin menafikan yang dicekup semasa bermain mahjong dan tidak berpuasa bukan dirinya kepada wartawan tetapi kali ini wartawan tersebut dimarah dan ditengking apabila diajukan soalan yang sama. #BERITA PENUH Rasa-rasa Diva, dua minggu lepas ada keluar cerita menyatakan ada seorang artis wanita kena cekup ketika bermain mahjong dengan dua lelaki dan tidak berpuasa. Tidak lama kemudian, keluar pula cerita pelakon sensasi yang mendapat jolokan Pamela Anderson Malaysia, Lana Nordin yang menafikan bahawa artis wanita yang dicekup itu dirinya. Pertengahan minggu lepas, kawan-kawan Diva yang terserempak dengan Lana sewaktu program Melodi Raya pun mahukan penjelasan daripada Lana berhubung isu berkenaan. Elok-elok disapa dengan niat baik sempena Ramadan ini, Lana yang memang awal-awal lagi agaknya merasakan dirinya akan menjadi tumpuan, teruslah buat muka tak kuasa dan nak melenting apabila ditanya tentang isu itu. Katanya, kalau wartawan pandai sangat, kenapa ambil gambar dari belakang sahaja, tunjukanlah gambar depan-depan. Barulah sahih wanita tidak berpuasa itu adalah dirinya. Ewah-ewah, nanti kalau tunjuk gambar depan-depan, kan dikatanya superimpose pula. Kata Diva, kalau nak nafi pun cakap elok-elok boleh tak? Dulu Yasmin Hani pun menafikan dia hamil, alih-alih betul hamil. Minta maaf tiba-tiba nama Yasmin masuk dalam cerita ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog