10 Julai 2013

QUEBEC - KANADA . Sekurang-kurangnya seorang maut dan 80 orang dilaporkan hilang apabila sebuah kereta api kargo membawa ratusan tan minyak meletup selepas tergelincir dari landasan di tengah-tengah bandar kecil di Quebec, Kanada, awal pagi kelmarin. Jurucakap polis wilayah Quebec, Michel Brunet berkata, kemalangan berlaku di Lac-Megantic, kira-kira 250 kilometer dari timur Montreal, berdekatan sempadan Amerika Syarikat dan Maine. Kemalangan mencetuskan lapan letupan besar selain menyebabkan 30 buah bangunan terbakar. "Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan mangsa kedua cedera dalam kemalangan ini. Kini, pihak berkuasa masih mengesan seramai 80 orang yang hilang dalam insiden itu. "Polis juga menerima banyak panggilan telefon daripada orang awam mengatakan mereka gagal menghubungi saudara-mara yang tinggal berhampiran dengan lokasi kejadian," katanya dipetik dari MailOnline mengesahkan kebakaran berjaya dikawal 12 jam kemudian. Sementara itu, seramai 2,000 penduduk yang tinggal berdekatan kawasan nahas dikerah meninggalkan kediaman selepas polis mengeluarkan arahan berpindah. Seramai 150 anggota bomba dan penyelamat dikerah memadamkan kebakaran selain siasatan berhubung punca insiden juga sedang dijalankan.

10.7.13 Unknown

Untitled23 VIDEO: Klip Susulan ‘Dah Seminggu Kita Couple’

VIDEO: Klip Susulan ‘Dah Seminggu Kita Couple’ | Apabila video seorang remaja perempuan meluahkan rasa cinta kepada kekasihnya menjadi viral, individu yang ditujukan dalam video berkenaan turut menarik perhatian umum. Tidak hairanlah, video budak lelaki yang dikatakan kekasih ‘seminggu’ remaja berkenaan turut dicari pelayar internet. Hasilnya, video remaja lelaki berkenaan mendapat hit lebih 19,000 sekitar pagi tadi sahaja. Dalam video berkenaan, remaja lelaki tersebut melakukan gwiyomi, aksi comel yang dimulakan artis lelaki Korea Selatan, Jung Ilhoon.Bagaimanapun, hit yang diterima oleh remaja lelaki berkenaan ‘dikalahkan’ oleh sebuah lagi parodi yang dimuat naik seorang lelaki yang diilhamkan daripada video asal remaja perempuan tersebut. Walaupun baru dimuat naik semalam (8 Julai, lebih 33,000 pelayar sudah pun menonton video berkenaan. Sebenarnya, memuat naik video yang ditujukan kepada kekasih bukanlah sesuatu yang baru di alam maya. Namun buat adik-adik di luar sana, berhati-hatilah kerana kita takkan pernah tahu kalau sesuatu yang asalnya dianggap hanya untuk suka-suka rupa-rupanya boleh membuatkan kita ‘popular’ dalam sekelip mata! Video asal ‘Dah Seminggu Kita Couple’ :

#01 Lisa Surihani & Yusry KRU Serah Soal Anak Kepada Takdir - ROTIKAYA

Setiap kali soalan kisah rumahtangga di’ajukan kepada Lisa Surihani, pastinya tidak terlepas akan soalan bilakah beliau & Yusry KRU merancang untuk timang cahayamata pertama selepas lebih setahun berkahwin.
Bercakap kepada Sinar Harian baru baru ini, Lisa Surihani menganggap zuriat adalah kurniaan rezeki dari Allah S.W.T dan beliau & suami hanya mampu berserah kepada takdir Yang Maha Esa.
“Saya dan Yusry tidak pernah merancang kerana anak adalah permata buat kami berdua. Kalau kami merancang pun mungkin apabila mahu mengandung anak kedua”
“Malah dalam Islam sendiri pun kita digalakkan merancang & ia bergantung atas sebab tertentu seperti kewangan atau sebagainya”
“Bagi memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa saya dan Yusry sudah lama bersedia tapi ini rezeki Allah SWT & saya berharap peminat doakan yang terbaik buat kami untuk mendapat zuriat yang baik akhlaknya”
Lisa Surihani turut berkata yang beliau memang sukakan kanak kanak selepas mendapat pengalaman mengajar kanak kanak selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama dahulu.

Bertempat di sebuah hotel di Cyberjaya, Fyza Kadir sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Ahmed Feruz Zainul Abidin, 32 dengan sekali lafaz. Pelakon yang bernaung di bawah pengurusan MIG dan filemnya 1 Lawan Satu sedang di’tayangkan di pawagam ini menerima lamaran Ahmed Feruz walaupun hanya berkenalan selama setahun. “Suami bukan cinta pertama saya, tapi dia insan pertama melamar saya untuk berkahwin. Ketika bertemunya, saya memang tiada sesiapa dalam hidup,” ujar Fyza Kadir kepada Harian Metro. “Siangnya kami bertemu, pada sebelah malam dia menghubungi saya dan melamar saya menjadi kekasihnya. Dia juga sanggup menunggu empat jam untuk mendapatkan persetujuan saya” Fyza Kadir juga berkata mereka berdua bertemu untuk pertama kali ketika sama sama hadir menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang tahun lalu. Tahniah!

JEMPOL – Hasrat seorang warga emas untuk pergi ke rumah jirannya terbantut selepas dia cedera parah apabila diserang dan digigit oleh seekor babi hutan dalam kejadian di Kampung Bayai Lama, Serting dekat sini kelmarin. Kejadian yang hampir meragut nyawa Saerah Hassan, 82, itu berlaku pada pukul 4.30 petang hingga mengakibatkan tangan kirinya cedera selain beberapa anggota badan turut luka. Mengimbau semula kejadian itu, jiran mangsa, Mastura Jamaludin, 39, berkata, sebelum diserang, mangsa berjalan bersendirian di laluan utama kampung tersebut berhampiran sebuah kebun getah. “Tiba-tiba seekor babi hutan yang dianggarkan seberat 70 kilogram muncul dan terus menyondol mangsa hingga mangsa terjatuh serta bajunya koyak. “Selepas itu, babi berkenaan menggigit pula tangan kiri mangsa sebelum warga emas tu diselamatkan oleh penduduk kampung yang lalu di kawasan tersebut,” ceritanya ketika ditemui di sini.

BAU – Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang pesara tentera terhadap isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Awang Hitam sejak 2007 sampai ke kemuncaknya apabila lelaki itu bertindak nekad menyimbah cuka getah pada wanita tersebut.
 Kejadian di Kampung Pejiru di sini pada pukul 12.30 tengah malam itu mengakibatkan Christina Nyoeh, 43, cedera parah akibat melecur teruk di muka, tangan dan badan. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.
 Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai promoter jualan di sebuah pasar raya baru pulang makan angin di Sabah bersama lelaki Afrika tersebut. Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, kejadian itu disyaki berlaku selepas suspek nekad hendak membunuh isterinya setelah tidak dapat menahan sabar.
 “Sebelum kejadian, suspek menonton televisyen bersama lima anaknya manakala isterinya pula sedang nyenyak tidur di dalam bilik. “Sebaik anak-anak pasangan itu masuk tidur, suspek terus ke dapur untuk mengambil sebotol cuka getah lalu menyimbahnya ke seluruh badan mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

KOTA BHARU – Polis tidak menolak kemungkinan seorang pembunuh upahan telah diarahkan oleh pihak tertentu untuk menembak mati seorang guru muzik di Kampung Beris Panchor, Bachok dekat sini kelmarin. Andaian itu berdasarkan maklumat daripada beberapa individu mengatakan terdapat pihak yang sakit hati dengan mangsa, Hashim Mat Zain, 43, yang didakwa mempunyai banyak hutang dan tidak berpegang pada janji.
 Selain itu, dendam lama juga disyaki menjadi motif pembunuhan. Mangsa dikatakan ditembak menggunakan pistol jenis Smith & Wesson. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, melalui maklumat yang dikumpul, mangsa yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor turut terlibat dalam aktiviti jualan langsung, kontrak dan pembalakan namun ia masih dalam siasatan. “Setakat ini kita terima khabar angin sahaja mengatakan mangsa ini banyak hutang, tak bayar hutang, janji dengan orang tetapi tidak tepati.
 Mungkin orang yang tertipu rasa marah, sakit hati kemudian upah orang untuk melaksanakan jenayah. “Kebanyakan kes tembak di Kelantan bersebab, sama ada balas dendam, tidak puas hati. Mesti ada sebab, bukan sewenang-wenang melakukan samun, rompak dan tembak, tidak. Pandangan saya, ini mesti ada dendam lama dan sakit hati,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang warga emas maut ementara seorang lagi cedera dalam melibatkan kereta, van dan motosikal di Geliga, Chukai, lewat petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam di Kilometer 157.8 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berdekatan Taman Intan Geliga Besar, Mohd Nordin Mustaffa, 62, maut serta-merta di tempat kejadian setelah kepalanya pecah menyebabkan sedikit cebisan otak bertaburan atas jalan. Sementara seorang penunggang motosikal, Suhaimi Ibrahim, 22, mengalami kecederaan. Lebih memilukan, kemalangan itu berlaku hanya beberapa meter di hadapan rumah mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori ketika mangsa berjalan kaki mahu menyeberang jalan sebelum dirempuh sebuah Proton Wira. Mangsa tercampak ke kiri jalan dan diseret sejauh 11 meter oleh sebuah van yang tidak sempat mengelak. Suhaimi yang ditemui di tempat kejadian berkata, ketika nahas, dia yang dalam perjalanan dari arah Chukai ke Gebeng, Kuantan dan berada di belakang Proton Wira cuba mengelak selepas kereta terbabit membrek mengejut namun tetap terkena mangsa. “Apabila saya cuba elak kereta, motosikal saya pula bergesel dengan sebuah van di belakang menyebabkan saya terjatuh atas jalan dan mengalami luka di tangan dan kaki,” katanya yang menetap di Bandar Seri Bandi, Kijal dan bekerja sebagai buruh. Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga kira-kira jam 10 malam. “Setakat ini pemandu van tampil membuat laporan namun pemandu kereta masih lagi belum berbuat demikian. “Kita minta pemandu berkenaan membuat laporan. Saksi kejadian juga diharap dapat menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik menerusi talian 0199517344 untuk membantu siasatan kes,” katanya.

Menurutnya, tahanan terbabit mengalami pendarahan dalam otak dipercayai ditumbuk pegawai polis berkenaan yang berang ketika proses soal siasat, Ahad lalu. Majistret Zulhairil Sulaiman membenarkan kedua-dua pegawai berpangkat inspektor itu direman tiga hari bermula semalam untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini, direman tiga hari bermula semalam kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan otak. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kesalahan dan memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci. “Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam,” katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

10 anggota bomba cedera dalam kebakaran yang melibatkan empat tangki minyak di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Padang Tembak di Kota Bharu pagi semalam. Anggota bomba berdepan detik cemas selepas dua daripada tangki minyak terbabit yang dipercayai mengalami kebocoran meletup ketika mereka cuba mengawal api dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu. Wartawan dan Jurufoto Sinar Harian juga yang turut berada di lokasi kejadian, sempat menyelamatkan diri dari kebakaran itu yang mengambil masa hampir dua jam untuk dikawal. Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan. Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman berkata, dalam kejadian itu lima anggota dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala selebihnya menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II. “Buat masa ini tiga mangsa yang cedera parah iaitu Nazah Napi, Abdullah Mohamad, Abdul Razak Abdullah yang bertugas di Balai Bomba Kota Bharu ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). “Selebihnya yang mengalami kecederaan di leher, tangan dan badan menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Azmi berkata, ketika kebakaran berlaku lima jentera dengan 39 anggota iaitu dari Balai Bomba Kota Bharu, Pengkalan Chepa, dan Darul Naim dihantar ke tempat kejadian. “Ketika cuba memadam api, bomba menghadapi kesukaran disebabkan masalah bekalan air yang tidak mencukupi namun masih berusaha mengawalnya. “Buat masa ini punca kebakaran dan kerugian masih disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit,” katanya.

Pasangan kekasih yang dipercayai sering bergaduh di rumah mereka di Blok 15, Town House Polo Park Taman Iskandar di Johor Bharu, sejak beberapa tahun lalu, bertengkar buat kali terakhir pagi semalam, sebelum kedua-duanya ditemui maut dipercayai terhidu asal tebal dalam kebakaran, semalam.
 Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki warga Singapura, Ang Lye Hock, 52, dan pasangannya dari Sabah, Angielee Ambrose, 29, ditemui maut di rumah sewa mereka selepas kali terakhir dilihat bertengkar dan menjerit sesama sendiri.
 Ang ditemui maut di dalam bilik air, manakala mayat Angielee ditemui tersepit antara kabinet televisyen dan pintu utama di ruang tamu. Pertengkaran itu dipercayai berlaku akibat cadangan memasang piring televisyen satelit di rumah sewa mereka, sebelum beberapa letupan berlaku dan kebakaran bermula.
 Difahamkan, sebelum kejadian, rumah mereka dikunjungi seorang pekerja televisyen satelit hingga kurang disenangi seorang mangsa kebakaran itu.

“Saya tak mati lagi, seram sejuk badan saya bila awak cakap saya mati.” Itu kata Sadisafizan Said, 36, kepada wartawan Harian Metro yang ke rumahnya di Kampung Selayang Baru, Batu Caves, di sini, untuk menemu bual keluarganya selepas dia dilaporkan terbunuh bersama dua yang lain dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam.
 Pertemuan wartawan Harian Metro dengan Sadisafizan, sekali gus menimbulkan persoalan siapa sebenarnya lelaki yang terbunuh dalam kemalangan itu kerana polis sebelum ini memaklumkan seorang daripada mangsa dikenali sebagai Sadisafizan Said berusia 36 tahun.
 Menurut polis, selain lelaki menggunakan nama Sadisafizan yang memandu kereta Proton Perdana dalam kemalangan di Kilometer (KM) 1.6 Jambatan Pulau Pinang pada jam 3.35 pagi itu, seorang lagi yang terbunuh dikenali sebagai Muslim Idwar, 38, dari Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Turut maut ialah seorang wanita, Mai Linda, 18, dari Namutrasi di Sumatera Utara, Indonesia yang meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) jam 10.15 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog