
Kes yang melibatkan kematian Jiah Khan akibat menggantung dirinya kerana kecewa dirinya tidak dihargai kekasihnya, Suraj Pancholi yang juga anak kepada aktor Adiyta Pancholi masih lagi berlangsung dan dalam siasatan polis.
Namun, ada perkembangan terbaru yang melibatkan kes ini. Jika ibu Jiah Khan iaitu Rabia Khan telah menjumpai 6 helai surat yang ditulis oleh Jiah Khan mengenai luahan perasaannya yang mengejutnya terharap Suraj, kini Aditya pula telah menjumpai sepucuk surat pula di rumahnya.
Surat itu dipercayai telah ditulis oleh Jiah Khan kepada anaknya Suraj dan Aditya dilaporkan telah menghantar surat itu untuk dianalisis tulisan tangannya. "Polis akan melakukan sesuatu dan dalam kes ini saya sudah pun serahkan surat itu untuk dianalisis oleh pihak yang berkenaan.
"Barangkali ia akan mengambil masa seminggu untuk analisis itu dilakukan. Tapi, kalau melihat pada mata kasar, tulisan yang di dalam surat yang dijumpai ibu Jiah dengan surat ini memang tidak sama," katanya. Jelas Adiyta lagi, dia berharap pihak polis akan melakukan siasatan yang terperinci terhadap perkara ini.
"Tapi, seandainya penulis surat 6 helai itu bukan Jiah, saya akan ambil tindakan undang-undang dan saya percaya seluruh masyarakat juga akan bersama saya," katanya. Jiah telah dilaporkan menggantung diri di apartmentnya di Juhu, Mumbai pada 3 Jun lalu dan Suraj pulak telah ditahan pihak polis pada 6 Jun lalu sebaik saja dipercayai menjadi penyebab kepada kematian Jiah.
Dia ditahan rema sehingga 27 Jun ini. Walaupun pihak Suraj merayu untuk membyara ikat jamin supaya aktor muda ini dilepaskan dari tahanan, namun permintaan mereka telah pun ditolak.








.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)


KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2013: Kemenangan penyanyi Syura sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia 2, nampaknya mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat penonton.
Namun, Syura nyata telah pun membuktikan bahawa dia selayaknya diangkat sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia 2 selepas menewaskan pengacara Celina Khor di dapur final program tersebut.
Pun begitu, apakah perasaan sebenar Syura apabila memenangi gelaran tersebut kerana ia nyata jauh berbeza dengan bidang nyanyian yang pernah diceburinya dulu. Dan, apakah benar Syura mahu mendalami pengajian dalam bidang kulinari selepas memenangi gelaran ini dan apakah dia akan menjadi chef sepenuh masa selepas ini?
Semuanya dapat anda saksikan di program MeleTOP di Astro Ria, jam 10 malam ini bersama hos Neelfoa dan Nabil Ahmad. Ketahui juga perkembangan terbaru Yana Samsuddin, Hazama dan Shila Amzah. Menariknya, Shila Amzah juga bakal membuat persembahan dalam program MeleTOP.

