2 Julai 2013

Posted by jinson on 2.7.13 No comments
                        Menyelusuri Asal Usul Superman dalam Man of Steel

Peminat Superman pastinya teruja dengan kemunculan semula filem Man of Steel yang kini gah ditayangkan di setiap panggung negara kita. Selain menonjol elemen kuasa luar biasa yang dimiliki adiwira ini, Man of Steel turut membawa penonton menyelurusuri asal usul wira yang turut dikenali sebagai Clark Kent ini. Lebih 30 tahun sebelum Superman muncul di Bumi, Clark Kent telah dilahirkan di Planet Krypton dan merupakan anak kepada saintis handalan planet itu. Dilahirkan dengan nama Kal-El, dia bagaimanapun terpaksa dihantar ke Bumi akibat perang saudara dan kemusnahan yang sedang berlaku di planet asalnya. Di Bumi, Kal-El telah dibesarkan oleh pasangan petani, Martha dan Jonathan Kent dan diberikan nama Clark Kent. Sebagai Clark, dia berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menyesuaikan diri dengan atmosfera bumi kerana kelebihan luar biasa yang dimilikinya selain tujuan sebenar dia dihantar ke planet ketiga dari matahari ini. Itulah yang cuba diterapkan dalam filem Man of Steel arahan Zack Snyder ini.
Categories: , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog