2 Julai 2013

Posted by jinson on 2.7.13 No comments



Sabtu lalu, anak kepada produser popular, Julie Dahlan iaitu Hanny atau nama sebenarnya Hani Nur Zara selamat diijabkabulkan dengan adik kepada penyanyi popular, Hattan iaitu Shamsul Akmar Sahabudin. Pasangan ini selamat diijabkabulkan di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur sekitar jam 10 pagi Sabtu. Dalam pada itu, Hanny, 31, yang dikenali menerusi lakonannya dalam drama bersiri Roda-Roda KL berkata dia mengambil masa hampir enam bulan sebelum menerima cinta suaminya, Shamsul, 33, sewaktu di awal pengenalan mereka dahulu.
 Hanny berkata, dia tertarik dengan Shamsul kerana sifat lelaki itu yang baik hati, romantik dan penyayang. Dia juga terharu dengan kesungguhan Shamsul memikat hatinya sebelum ini yang akhirnya menyatukan mereka sebagai suami isteri. Majlis resepsi pasangan ini yang berkonsep tradisional akan diadakan di Sri Menanti, Negeri Sembilan pada 6 Julai depan. Berikut adalah sebahagian dari foto-foto akad nikah mereka yang diadakan Sabtu lalu











.
Categories: , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog