2 Julai 2013

Posted by jinson on 2.7.13 No comments
Komposer Julfekar Rebah Ketika Hendak Bersukan

KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2013: Komposer Julfekar Ahmad Shah atau Julfekar telah dimasukan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, Ahad lalu akibat mengalami gelinciran pada tulang pinggulnya.
 Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Julfekar, 49, yang ketika itu sedang bersiap-siap untuk bermain badminton di Kompleks Sukan Cheras bersama dua artis di bawah naungan syarikatnya, MilleniumArt dan Dream Music Sdn Bhd, iaitu Min Yasmin dan Hafeez Hai rebah dan terus tidak boleh bergerak ketika dia cuba memusingkan badan untuk mengikat tali kasut.
 "Ketika itu saya bersama dua artis saya iaitu Min Yasmin dan Hafeez Hai. Mereka mengajak saya bersukan bermain badminton bersama. "Memandangkan saya tidak pernah bersukan, jadi saya cukup bersemangat dengan membeli satu set peralatan dan pakaian sukan.
 "Tetapi tak sangka pula, ketika saya memusing badan untuk mengikat tali kasut, tulang belakang saya berbunyi dan ketika itu saya terus tak boleh nak bergerak. "Terus Min dan Hafeez menghubungi ambulans dan saya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.
 Sebaik saja tiba di hospital, menerusi pemeriksaan awal mendapati gelinciran pada tulang pinggul saya tetapi pihak hospital akan mengesahkannya selepas membuat rawatan susulan pada 12 Julai ini," katanya. Komposer tersebut ketika ini sedang sibuk dalam rangka persiapan merakamkan lagu raya bersama artis dibawah naungan syarikatnya.
Categories: , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog