2 Julai 2013

Posted by jinson on 2.7.13 No comments
                                 Chris Brown Telah Memalukan Kumpulan T-ara

Sebelum kumpulan K-Pop terkenal, T-ara berpeluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi ternama daripada Amerika Syarikat iaitu Chris Brown, satu insiden yang tidak diingini telah pun berlaku di kalangan mereka. Difahamkan, insiden yang tidak diingini itu telah memalukan seluruh ahli kumpulan ini iaitu Boram, Qri, Soyeon, Eunjung, Hyomin, Jiyeon dan Areum termasuklah pihak pengurusan T-ara. Khabarnya sebelum menerima pelawaan untuk berduet dengan T-ara dalam sebuah lagu, Chris Brown telah meminta kumpulan tersebut untuk mengadakan persembahan di hadapannya. Permintaan tersebut tekah ditunaikan. Namun, tatkala T-ara sedang mengadakan persembahan, Chris Brown secara tiba-tiba telah mencelah dan untuk cuba menyanyikan lagu tersebut dengan kesemua gadis-gadis itu. Apabila kejadian itu berlaku tanpa disengajakan, T-ara terus gelabah dan tidak tahu hendak buat apa kerana persembahan mereka yang mereka buat selalunya telah dirancang. Senang kata, mereka tidak boleh menyanyi secara live dan sebelum ini hanya melakukan lip-sync saja. Kejadian itu juga serta-merta menyedarkan Chris Brown bahawa T-ara tidak menyanyi live dan disebabkan itu, T-ara terpaksa mengulang semula persembahan mereka. Disebabkan kejadian tersebut, seluruh ahli T-ara termasuk pihak pengurusan mereka berasa malu dengan Chris Brown kerana tembelang mereka sudah pecah. Bagaimanapun, rezeki kumpulan ini masih tertunai kerana Chris Brown tetap sudi untuk berkolaborasi dengan mereka.
Categories: , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog