2 Julai 2013

Posted by jinson on 2.7.13 No comments
                    Robert Downey Jr Kembali dalam Sekuel The Avengers

Spekulasi tentang kemunculan Robert Downey Jr dalam sekuel The Avengers 2 akhirnya terjawab apabila Marvel mengumumkan minggu lalu bahawa aktor handalan tersebut telah menandatangani kontrak untuk muncul dalam dua sekuel filem blockbuster itu.
 Robert Downey Jr akan kembali memegang watak sebagai Tony Stark, hartawan genius yang juga merupakan alter ego kepada watak adiwira, Iron Man. Kemunculan Tony Stark bersama adiwira-adiwira lain iaitu Captain America, Thor, Hulk, Black Widow dan Hawkeye telah dipertontonkan dalam filem pertama The Avengers, tahun lalu. Filem kedua The Avengers ini juga bakal melihat kembalinya pengarah Josh Whedon dan bakal memulakan penggambarannya pada Mac 2014 sebelum mula menemui penonton di layar perak pada 1 Mei 2015.
 Laman web rasmi Marvel juga turut melaporkan bahawa sekuelnya kali bakal memperlihatkan lebih ramai watak baru yang akan muncul sama ada sebagai musuh atau sekutu kepada ahli-ahli The Avengers yang sedia ada. Walaubagaimanapun, tiada berita lanjut tentang sekuelnya iaitu The Avengers 3 dilaporkan dalam laman web tersebut.
 Filem The Avengers yang pertama bersama filem Iron Man 3 adalah antara 5 filem dengan tertinggi sepanjang zaman dengan kombinasi kedua-duanya mencecah $2.7 billion sehingga kini.
Categories: , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog