2 Julai 2013

Posted by jinson on 2.7.13 No comments
After Earth Percubaan Terbaru M. Night Shyamalan

Selepas berjaya dengan filem The Sixth Sense pada tahun 1999, pengarah M. Night Shyamalan terus cuba menampilkan filem-filem unik karyanya untuk menarik perhatian penonton.
 Terbaru, pengarah keturunan India ini tampil dengan filem After Earth yang menampilkan pasangan anak beranak Will Smith dan Jaden Smith sebagai teraju utama. Berkonsepkan dunia futuristik, filem ini memaparkan kisah pasangan anak beranak Cyperh Raige dan Kitai Raige yang berjuang menyelamatkan nyawa masing dalam keadaan dunia yang huru hara di masa hadapan.
 Bagi Will dan Jaden, ini adalah kali kedua mereka digabungkan dalam sebuah filem yang sama selepas The Pursuit of Happyness pada tahun 2006. Malah Will Smith juga bertindak selaku penerbit dan penulis jalan cerita untuk filem ini yang dikatakan bajetnya mencecah $130 juta.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog