2 Julai 2013

Posted by jinson on 2.7.13 No comments
Penganjur `Kencing` 200 Penghibur Jalanan Ke Croatia?

KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2013: Lebih 200 penghibur jalanan yang dijadual mewakili negara ke Festival World Art Games Ke-3 di Croatia mulai 29 Jun lalu hingga 10 Julai ini terpaksa berputih mata apabila pada saat-saat akhirnya pihak penganjur membatalkan penyertaan mereka ke sana.
 Lebih menyedihkan apabila pembatalan itu berlaku pada saat-saat akhir iaitu pada ketika beberapa kumpulan sudah pun berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berlepas ke Croatia pada 26 Jun lalu.
 Malah, pihak penganjur turut membatalkan penyertaan kumpulan-kumpulan yang lain atas alasan bahawa mereka tidak mempunyai dana untuk menghantar kesemua pemuzik itu ke sana (Croatia) bagi mewakili negara ke Festival World Art Games Ke-3. Padahal, pihak penganjur telah pun menguar-uarkan kepada pihak media bahawa Malaysia akan menampilkan delegasi seramai 110 peserta untuk kategori individu dan 13 kumpulan terdiri daripada kira-kira 130 orang dan kesemua mereka ini akan membuat persembahan tarian, muzik tradisional, teater, mengecat seramik dan grafiti dalam memperkenalkan keunikan budaya Malaysia kepada dunia.
 Semalam, portal Murai difahamkan pihak penganjur yang juga merupakan Presiden Kelab Penghibur Jalanan Belia Malaysia, Wady Hamdan telah pun membuat pertemuan dengan kesemua delegasi peserta yang sepatutnya mewakili Malaysia dalam festival terbabit. Segelintir delegasi telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan Wady Hamdan dan menyifatkannya sebagai 'kaki kencing' apabila bertindak sedemikian, apatah lagi bila dia didakwa mempunyai reputasi yang buruk di dalam industri berikutan isu penganjuran sebegini sehingga melibatkan kementerian.
 Malah, Wady Hamdan juga dikatakan trurut menudiing jari ke arah Persatuan Karyawan Malaysia yang dianggap punca mereka tidak berjaya memperoleh dana untuk menghantar kesemua delegasi Malaysia ini ke Croatia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog