2 Julai 2013

Posted by jinson on 2.7.13 No comments
Syura Dedah Keinginan Mahu Jadi Chef Dalam @MeleTop?KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2013: Kemenangan penyanyi Syura sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia 2, nampaknya mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat penonton. Namun, Syura nyata telah pun membuktikan bahawa dia selayaknya diangkat sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia 2 selepas menewaskan pengacara Celina Khor di dapur final program tersebut. Pun begitu, apakah perasaan sebenar Syura apabila memenangi gelaran tersebut kerana ia nyata jauh berbeza dengan bidang nyanyian yang pernah diceburinya dulu. Dan, apakah benar Syura mahu mendalami pengajian dalam bidang kulinari selepas memenangi gelaran ini dan apakah dia akan menjadi chef sepenuh masa selepas ini? Semuanya dapat anda saksikan di program MeleTOP di Astro Ria, jam 10 malam ini bersama hos Neelfoa dan Nabil Ahmad. Ketahui juga perkembangan terbaru Yana Samsuddin, Hazama dan Shila Amzah. Menariknya, Shila Amzah juga bakal membuat persembahan dalam program MeleTOP.
Categories: , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog