2 Julai 2013

Posted by jinson on 2.7.13 No comments
                         Will Smith Terlalu Mahal Untuk Independence Day 2!

Pengarah Roland Emmerich memberitahu bahawa aktor Will Smith tidak akan menjadi sebahagian daripada barisan pelakon yang bakal membintangi sekuel filem Independece Day.
 Bukan kerana sebab apa-apa, namun Roland Emmerich menyatakan alasan yang utama adalah disebabkan Will Smith adalah aktor yang terlalu mahal sekarang ini.
 "Will Smith tidak akan kembali dalam sekuel filem Independece Day kerana bayarannya terlalu mahal dan namanya juga sangat besar.
 Jadi, anda mungkin akan lihat bahawa akan ada separuh daripada pelakon dalam filem sekuel ini yang pernah anda lihat dalam film pertamanya dan separuh lagi adalah dari kalangan pelakon-pelakon baru," katanya.
 Dalam Independece Day yang dihasilkan pada tahun 1996, Will Smith telah bergabung dengan Jeff Goldblum dan Bill Pullman untuk membintangi filem tersebut.
Categories: , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog