2 Julai 2013

Posted by jinson on 2.7.13 No comments

KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2013: Meskipun sudah berpisah dan membawa haluan masing-masing, namun pelakon, Hanez Suraya akui masih menyayangi bekas kekasihnya, Awi Rafael.
 Malah, Hanez Suraya berkata disebabkan itu, dia belum terfikir untuk mencari pengganti Awi Rafael, dan mahu memberi masa kepada dirinya untuk pulih daripada putus cinta.
 "Sebenarnya susah untuk melupakan dia( Awi Rafael) kerana saya benar-benar sayangkan dia kerana kami sangat rapat, namun saya perlu terima keputusan ini.
 Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan cinta itu sebelum ianya akhirnya menemui kegagalan.
 "Kini terus-terang, saya belum terfkir untuk mencari pengganti atau memikirkan soal cinta kami berdua. Lagipun, saya tidak mahu lukakan hati sesiapa kerana jika saya berkawan dengan lelaki, ia pasti hanya untuk melepaskan rasa sedih ini.
 "Jadi, biarlah buat masa ini saya sendiri dan fokus kepada kerjaya saya sepenuhnya," katanya kepada murai.com.my selepas sidang media pelancaran drama bersiri, Autumn Di Hatiku yang berlangsung di Laundry Bar, Curve, Damansara Mengulas lanjut mengenai hubungannya kini dengan penyanyi lagu Asalkan Aku Ok itu,
 Hanez memberitahu mereka tidak langsung berhubung dan menjalani kehidupan masing-masing. "Saya tenang sahaja sekarang walaupun tiada siapa yang bertanyakan mengenai diri saya seperti dulu ketika bercinta. Malah saya rasa sekarang saya boleh lebih fokus kepada kerjaya saya.
 "Namun hubungan kekeluargaan kami, masih lagi baik. Saya juga masih berhubung dengan keluarganya kerana itu memang tidak dapat dipisahkan lagi," jelasnya lagi.
 Hanez bakal muncul dengan drama bersiri pertama terbitan laman Tonton iaitu Autumn Di Hatiku yang mula bersiaran Rabu ini, pada pukul 12 tengah hari.
Categories: , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog