11 Oktober 2013

akrab dengan aktor sung hoon ajieb bakal duet dengan iu pula

Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. 
Namun, sebaik saja portal murai.com.my menyiarkan artikel mengenai cadangan pilihan pasangan Ajieb, ramai merasakan kedua-dua kumpulan K-Pop ini mempunyai keistimewaan dan daya tarikan tersendiri. Apa sekalipun, menerusi portal rasmi perjalanan Ajieb di Korea Selatan iaitu Yohaeng Ajieb di Astro Gempak, pengacara Apa Kata M? (#AKMAF2013) ini turut memberitahu bahawa dia berkemungkinan akan berkolaborasi dengan seorang lagi penyanyi K-Pop bernama IU.
Malah, Ajieb juga turut bercerita mengenai beberapa perancangan pihak pengurusannya di Korea iaitu Blessync Media yang mana nama seperti Minah dan Ailee turut tersenarai. Lebih menarik lagi, Ajieb juga turut berkongsi cerita mengenai persahabatannya dengan pelakon terkenal Korea iaitu Sung Hoon. Difahamkan, Sung Hoon merupakan pelakon drama The Greatest Doctor, New Tales Of Gisaeng dan The Birth Of A Family yang disiarkan di Astro One HD saluran 393 . 
Apa yang pasti, menerusi Yohaeng Ajieb, pembaca juga boleh mengenali lebih dekat beberapa artis K-Pop yang menjadi rakan seperjuangan Ajieb dalam arena muzik K-Pop.
11.10.13 Unknown

pelakon benjy dibebaskan dari tuduhan memiliki dadah

Pelakon Benjy dan empat rakannya hari ini telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang daripada pertuduhan memiliki dadah, Jun lepas.
Laporan Bernama hari ini memetik, Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membebaskan Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 34, dan empat rakannya iaitu Imran Radzi, 32,pasangan suami isteri Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27,serta Afifi Hamidi, 27, selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap mereka.
Mahkamah memutuskan demikian setelah menerima permohonandari peguam bela, Amir Hamzah Arshad mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah yang membenarkan mahkamah untuk menggunakan budi bicara melepaskan dan membebaskan tertuduh.  Sebelum ini Benjy telah ditahan bersama lima rakannya, ZainAmir Zainal Khairi, Imran Radzi, Asmanizam, Norazila, dan Afifi Hamidi atas dakwaan memiliki beg mengandungi methamphetamine.
Namun begitu, antara keenam-enam tertuduh, hanya Zain Amir sahaja yang mengaku bersalah manakala lima yang lain minta untuk dibicarakan semula kes mereka. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika disabit kesalahan. Sementara itu, di luar mahkamah Benjy melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan itu selain turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang kes itu berjalan. 
"Kes ini memberi impak kepada saya kerana disebabkan kes ini saya kehilangan kerja. Buat masa sekarang saya ingin menjauhkan diri daripada industri hiburan dan ingin mencari kerja lain," katanya.

aeril zafrel wawa zainal sorok status perkahwinan hampir 2 tahun
Setelah penyebaran kontroversi perkahwinan rahsia Aeril Zafril dan Wawa Zainal dalam sebuah akhbar pada minggu lalu, akhirnya pasangan suami isteri ini tampil memperjelaskan situasi sebenar yang berlangsung dalam suasana yang tegang di sebuah restoran di Damansara, petang tadi.
 Aeril Zafrel atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 25,akhirnya membuat pengakuan rasmi yang dia sudah pun mengahwini aktres Wawa Zainal atau nama sebenarnya, Nur HawaZainal Abidin, 22, pada 24 Februari 2012.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog