11 Oktober 2013

Posted by jinson on 11.10.13 No comments
pelakon benjy dibebaskan dari tuduhan memiliki dadah


Pelakon Benjy dan empat rakannya hari ini telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang daripada pertuduhan memiliki dadah, Jun lepas.
Laporan Bernama hari ini memetik, Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membebaskan Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 34, dan empat rakannya iaitu Imran Radzi, 32,pasangan suami isteri Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27,serta Afifi Hamidi, 27, selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap mereka.
Mahkamah memutuskan demikian setelah menerima permohonandari peguam bela, Amir Hamzah Arshad mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah yang membenarkan mahkamah untuk menggunakan budi bicara melepaskan dan membebaskan tertuduh.  Sebelum ini Benjy telah ditahan bersama lima rakannya, ZainAmir Zainal Khairi, Imran Radzi, Asmanizam, Norazila, dan Afifi Hamidi atas dakwaan memiliki beg mengandungi methamphetamine.
Namun begitu, antara keenam-enam tertuduh, hanya Zain Amir sahaja yang mengaku bersalah manakala lima yang lain minta untuk dibicarakan semula kes mereka. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika disabit kesalahan. Sementara itu, di luar mahkamah Benjy melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan itu selain turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang kes itu berjalan. 
"Kes ini memberi impak kepada saya kerana disebabkan kes ini saya kehilangan kerja. Buat masa sekarang saya ingin menjauhkan diri daripada industri hiburan dan ingin mencari kerja lain," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog