16 Julai 2013

Lebaran Aidilfitri kali ini, pasangan suami isteri yang bergelar penyanyi, Noh Hujan dan Mizz Nina akan beraya di kampung halaman Noh di Miri, Sarawak terlebih dahulu sebelum beraya bersama keluarga isterinya di Kuala Lumpur. Raya tahun ini merupakan kali ketiga mereka beraya sebagai suami isteri selepas diijabkabulkan pada 1 Julai 2011. “Tahun lepas Nina tidak sempat berhari raya di Sarawak terkena penyakit demam campak. Jadi, Nina merasa amat teruja kerana tahun ini Nina akhirnya dapat ikut Noh balik ke rumah keluarga di Miri, Sarawak tiga hari sebelum raya. Di sana nanti, kami akan adakan rumah terbuka,” katanya memetik laporan majalah online Enf. Bercakap mengenai persiapan raya tahun ini yang dijangka jatuh pada 8 atau 9 Ogos ini, Nina sudah memperuntukkan sebanyak empat pasang baju raya untuk dirinya manakala suaminya lebih selesa memakai baju Melayu yang terdahulu. Selain itu, penyanyi yang pernah berkolaborasi bersama Pitbull, Colby O Donis dan Jay Park ini turut teruja untuk belajar membuat biskut raya yang terkenal di bumi Kenyalang itu. “Di sana nanti, Nina akan cuba membuat biskut raya Sarawak yang simple. Kalau kek lapis Sarawak tu Nina tak berapa pandai,” ujarnya lagi.
16.7.13 Unknown

Pelakon Eizlan Yusof dan isterinya, Vie Shantie telah selamat dikurniakan anak ketiga pada hari Ahad yang lalu. Apa yang menariknya, bayi perempuan yang diberi nama sebagai Vie Zaalia itu dilahirkan pada hari ulang tahun kelahiran Eizlan sendiri. Sebelum ini, pasangan tersebut sudah mempunyai sepasang cahaya mata comel iaitu Vee Zara, 5, dan Zaaref Yusof, 3. Tahniah diucapkan buat Eizlan sekeluarga, semoga anak-anaknya membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya dunia dan akhirat hendaknya. In syaa Allah.

Peel Fresh Rahsia Lisa Surihani Kekal Segar
KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2013: Kecantikan, kebijaksanaan, keyakinan, bakat semulajadi dan keperihatin terhadap penjagaan kesihatan menjadi kekuatan buat pelakon cantik manis, Lisa Surihani sehingga terpilih sebagai duta bagi jenama minuman Marigold Peel Fresh. Lisa Surihani telah dilantik sebagai duta jenama berkenaan baru-baru ini, bagi menjayakan kempen jenama itu sebagai minuman jus minuman buah-buahan yang bukan saja lazat malahan juga kaya dengan nutrisi untuk seisi keluarga. Sesuai dengan tema kempen, Kesihatan Keluarga Saya adalah Kegembiraan Buat Saya, Lisa Suruihani dilihat mampu menarik perhatian orang ramai terutama seisi keluarga untuk mengamalkan pengambilan minuman jus buah-buahan serba menyihatkan. Timbalan Pengarah Urusan, Marigold Peel Fresh, Michael Ong berkata Lisa Surihan merupakan pilihan terbaik kerana memiliki kriteria yang diinginkan selain sebagai selebriti popular tanah air. "Kami telah memilih duta yang tepat untuk menunjukan nilai dan personaliti sebenar Marigold Peel Fresh. Semangat yang ada padanya sangat sesuai disamping sering memberi keutamaan kepada kesihatan keluarganya," kata Michael Ong dalam satu kenyataan. Sementara itu Lisa Surihani berkata, dia sentiasa memberikan yang terbaik buat keluarganya termasuk dalam soal kesihatan. "Saya berasa sangat gembira kerana menjadi duta untuk minuman kegemaran saya sejak kecil. Ianya bagaikan mimpi jadi nyata. "Saya sememangnya bertuah kerana dapat menjadi duta bagi jenama yang dipercayai keluarga dan begitu juga dengan diri saya. "Marigold Peel Fresh telah menjadi sebahagian kehidupan saya dan sehingga hari ini jenama minuman ini tidak pernah gagal menemani setiap hidangan saya yang bukan sahaja lazat dan tinggi nutrisi," katanya. Minuman jus buah-buahan Marigold Peel Fresh memiliki sekurang-kurangnya 35% dan lebih jus buah-buahan berbanding minuman buah-buahan yang lain. Jenama ini menyediakan 15 pilihan minuman jus buah-buahan last lagi sihat tanpa gula tambahan bagi sesuai diminum oleh masyarakat di negara ini.

Halle Berry Berkahwin Dengan Olivier Martinez Di Perancis
LONDON, 16 JULAI 2013: Bintang Hollywood, Halle Berry dilaporkan telah pun berkahwin dengan kekasihnya, Olivier Martinez di Perancis pada hari Sabtu yang lalu. Halle Berry, 46 dan Oliver Martinez, 47 dipercayai telah berkahwin di Chateau des Conde in Vallery, selepas beberapa tetamu undangan dilihat hadir di kawasan gereja itu. Gereja tersebut juga turut ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada pasangan ini untuk meraikan hari bahagia mereka secara tenang dan harmoni bersama keluarga dan sahabat handai. Halle Berry yang sebelum ini dilaporkan hamil, mula berdating dengan bintang filem Perancis itu pada 2012, setelah mereka menjayakan filem Dark Tide Flick bersama. Pasangan ini juga turut mengesahkan bahawa mereka sudah bertunang pada 2012.

Iftar Amal Jootawan Bersama Mawi, UNIC, Jep Sepahtu
KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2013: Kesempatan Ramadan yang hadir cuma setahun sekali sudah pasti tidak akan disia-siakan oleh mereka yang mahu beramal dan membantu meringankan beban golongan tidak bernasib baik dan fakir miskin. Bukan sahaja pahala yang berlipat kali ganda malah ia memberikan peluang kepada golongan tidak bernasib baik ini bersama-sama meraikan Ramadan dan Syawal yang disambut dengan meriah sekali. Jootawan Group Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memperjuangkan dan membantu peniaga-peniaga industri kecil dan sederhana (SME) bakal menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa amal bersama anak-anak yatim di Bangi Golf Resort, Bangi, Selangor pada Jumaat, 19 Julai ini. Langkah mulia Jootawan Group yang sering mengadakan seminar dan bengkel dalam mengendalikan perniagaan juga pelaburan sebagai memanfaatkan Ramadan yang datang dimana mereka terpanggil membantu golongan yang kurang bernasib baik. Sudah tentu kemeriahan sesebuah majlis bertambah serinya dengan kehadiran juga acara persembahan oleh selebriti popular tempatan. Untuk majlis yang diberi nama Iftar Amal Jootawan itu, selebriti hebat iaitu Raja SMS Mawi, Jep Sepahtu dan kumpulan nasyid UNIC akan menghiburkan hadirin yang hadir pada malam tersebut. Dijangkakan seramai 300 orang tetamu yang terdiri daripada tetamu VIP serta anak-anak yatim akan menghadiri majlis berbuka puasa amal tersebut. Penjualan tiket untuk majlis berbuka puasa itu akan disalurkan kepada tiga buah rumah kebajikan iaitu Aman Palestin, Syria Care dan Rumah Amal Buah Hatiku. Kepada anda yang berminat untuk bersama-sama Jootawan Group Sdn Bhd meraikan Ramadan yang mulia ini dengan beramal dan membantu golongan yang kurang bernasib baik ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian 03-89457220 atau melayari www.iftar.jootawan.com untuk makluman lanjut.

Bertunang Usia Setengah Abad, Raja Azmi Mahu Ikut Adat
KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2013: Biarpun dilemparkan dengan kata-kata yang negatif apabila mengadakan majlis pertunangannya bersama pemain bass kumpulan CRK, Eddie Ghazali atau Eddie, 45, pada usia yang menjangkau setengah abad, namun produser penuh kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman,54, tetap tidak menghiraukan kecaman tersebut. Sebaliknya, dia mempunyai alasan yang tersendiri untuk mengadakan majlis pertunangan yang merupakan kali kedua buat dirinya itu. "Saya tahu, ada orang mengata saya, dah tua-tua pun masih miang nak bertunang. Bagi saya, tidak ada salahnya untuk saya bertunang pada usia begini memandangkan bertunang juga merupakan satu ibadah kerana ia dapat menyatukan silaturrahim. Sebab itu juga saya ambik berkat bertunang di bulan puasa. "Bukan itu saja, proses bertunang juga membolehkan kita mengenali lebih rapat lagi pasangan kita dan dari situ ia dapat menyerlahkan lagi perangai masing-masing. Lagipun, adat tidak mengenal usia. Malah ini semua kehendak anak-anak saya yang mahu Eddie datang mengikut adat meminang jika dia benar-benar mahu mengahwini saya," katanya kepada portal Murai. Raja Azmi atau mesra disapa Kak Mi ditemui selepas usai majlis pertunangannya di kediaman miliknya yang terletak di Ukay Perdana, Hulu Kelang, petang semalam. Majlis tersebut juga telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya apabila ianya dihadiri lebih 40 orang media online, cetak dan elektronik serta sanak-saudara. Menurut Raja Azmi lagi, dia sangat gembira kerana tak menyangka berpeluang merasai untuk bertunang kali kedua. "Saya gembira sebab dapat mersai pertunangan kali kedua. Ini anugerah dari Allah, tak semua orang dapat rasa kali kedua seperti saya. Cuma beza kali pertama saya berasa lebih gementar daripada yang kedua kerana bila lalui kali kedua saya dah tau apa poreses yang akan berlaku. Malah pertunanangan kali kedua lebih meyakinkan kerana dah tau apa yang akan berlaku. Jadi kali ini saya mahu lebih kelihatan cantik dan ceria sahaja," luahnya lagi. Bercerita mengenai ciri-ciri istimewa Eddie yang memikat hatinya sejak mula berkenalan dan bercinta pada 15 Februari lalu, Kak Mi memberitahu pemuzik itu punya sikap penyabar yang membuatkan dia yakin jejaka itu dapat menjaganya hingga akhir hayat. "Sebenarnya saya cepat tak sabar, tapi Alhamdulilah Eddie seorang yang sangat penyabar. Oleh itu saya yakin dia seorang yang sesuai dengan saya dan boleh menjaga saya. InsyaAllah, jika kami berkahwin saya harap kami dapat kekal bahagia hingga ke akhir hayat," ceritanya. Majlis pertunangan mereka diwakili oleh anak masing-masing yang mana pihak Raja Azmi menampilkan anak sulung iaitu Puteri Suraya, 28, sementara dari pihak Eddie turut diwakili oleh putera sulungnya, Mohamad Daniel, 20. Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyatukan ibu bapa mereka pada 15 September 2013, selain pihak perempuan hanya meminta senaskah al-Quran sebagai hantaran perkahwinan.

Zizan Razak Tak Kisah Tak Tercalon Kategori TV

Pelakon komedi popular, Zizan Razak akur dengan keputusan pihak juri Anugerah Lawak Warna apabila namanya tidak tercalon menerusi kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) pada anugerah berkenaan di Istana Budaya pada 16 Ogos 2013. Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Zizan berkata antara faktor mengapa dia tidak tercalon untuk kategori penting berkenaan adalah kerana ketiadaan dirinya di dalam drama mahupun program TV sepanjang tahun lalu dan tahun ini. "Sebenarnya sepanjang tahun lalu dan tahun ini, saya banyak berlakon filem dan kalau tak silap tak banyak program TV yang membabitkan diri saya. Mungkin perkara itu telah mempengaruhi ketiadan saya dalam kategori berkenaan. Bagaimanapun saya percaya dengan kebijaksanaan juri dalam memilih mereka yang layak untuk tersenarai dalam top 5 anugerah ini. "Saya percaya, pihak penganjur memiliki alasan mereka sendiri. Mungkin juga mereka mahu memberi peluang kepada orang lain untuk. Takkan asyik saya saja," katanya berterus terang. Isu ini timbul apabila Zizan tidak tercalon dalam kategori berkenaan. Sedangkan teman seangkatannya Johan menerusi program Super Spontan telah terpilih untuk berentap dalam kategori itu bersama-sama dengan Yus Jambu (Karoot Komedia), Azhar Sulaiman (Keluarga Iskandar), Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi dan Saiful Apek (Syok:Balik Balik Rempit). Nama Zizan bagaimanapun tercalon untuk kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) serta Artis Lawak Lelaki Paling Popular pada anugerah yang akan ditayangkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132). Sementara itu, Zizan menambah ketiadaan namanya dalam kategori TV berkenaan bagaimanapun tidak mendorong untuk memperbanyakan lagi pembabitannya dalam program TV selepas ini. Tambah Zizan, antara faktor dia kurang terbabit dalam program TV kerana mahukan pembaharuan dalam setiap lakonannya. "Bukannya saya memilih untuk melebihkan program TV ataupun filem, tapi kalau ada tawaran yang sesuai dengan skrip dan memiliki pembaharuan sudah pasti saya akan menerimanya. "Ini kerana saya mahu menguji diri saya dengan perkara baru dan lebih berkualiti. Jadi tawaran seperti itu kurang saya dapat untuk program TV," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama terbitan Astro berjudul Raya Sampai Pengsan. Ditanya sejauh mana harapannya untuk membawa pulang sebarang anugerah pada malam anugerah berkenaan, Zizan berkata dia langsung tidak meletakan harapan menggunung tinggi sebaliknya mahu mengekalkan hasil kerja terbaik dalam setiap lakonannya. Katanya, penganjuran Anugerah Lawak Warna sangat bertepatan sekali dalam menaik taraf industri seni komedi tanah air supaya lebih dihargai dan dihormati ramai. "Sebelum ini komedi dipandang remeh oleh sesetengah pihak tetapi sekarang dengan pelbagai platform yang telah diwujudkan oleh pihak Astro dan dengan adanya filem komedi berkualiti tinggi, industri ini diangat sangat tinggi. "Saya percaya, dengan adanya anugerah ini pelakon komedi akan bekerja lebih keras untuk meningkatkan mutu lakonan mereka dan percaya atau tidak semakin ramai kini pelakon serius yang mula memegang watak komedi. "Bagi saya itu perkembangan yang sangat sihat," katanya yang dijangka tampil dengan beberapa watak serius tidak lama lagi.

Gambar Di Sekitar Majlis Pernikahan Betty Benafe Dan Bruce Dargus ROTIKAYA Betty Benafe Sahkan Kini Sedang Hamil Empat Bulan

Betty Benafe Sahkan Kini Sedang Hamil Empat Bulan | Pelakon & penyanyi yang mempunyai darah Arab, Betty Benafe baru baru ini telah mengesahkan dirinya sedang hamil empat bulan dan meluahkan perasaan gembira beliau bersama pasangan terhadap berita baik ini. “Alhamdulillah saya telah hamil empat bulan. Saya & suami terlalu gembira apabila mendapat tahu tentang kehamilan saya,” kata Betty Benafe. Tambah Betty Benafe lagi kepada Sinar Harian, beliau tidak kisah tentang jantina anak pertama mereka ini kerana terlalu teruja selain mengatakan berharap mempunyai sepasang lelaki & perempuan kelak. “Setakat ini, saya tak ada muntah atau mengidam apa-apa. Cuma berat badan saya turun sampai empat kilo kerana saya tak berselera makan dalam tempoh tiga bulan pertama itu” Betty Benafe dan Bruce Darghous berkahwin pada 8 Disember 2012 yang lalu. Tahniah buat mereka & seisi keluarga.

Fizo Omar Kongsi Kisah Putus Cinta di MeleTop?KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2013: Sekitar Mac awal tahun ini, aktor Fizo Omar telah mendedahkan kepada umum bahawa dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang gadis yang merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan di Universiti Lim Kok Wing. Namun percintaan mereka tidak bertahan lama apabila selepas dua bulan, aktor tersebut mengakui sendiri yang hubungannya dengan gadis yang dikenali sebagai Haas Jaafar telah pun berakhir. Memang sesiapapun tidak akan menyangka hubungan pasangan yang sama cantik dan sama padan ini akan berakhir sebegitu cepat namun itulah yang terpaksa dilalui oleh Fizo Omar. Eksklusif buat peminat MeleTop malam ini, aktor tersebut akan tampil berbicara bersama hos Neelofa dan Nabil Ahmad. Apakah yang akan dikongsi oleh Fizo pada malam ini? Saban tahun menjelang Ramadan, dia menjadi antara selebriti yang aktif menjalankan bisnes. Bisnes apa yang akan dilakukan Fizo pada Ramadan kali ini? Apa pula perkembangan terbarunya sama ada produk dari siri TV atau filem? Dan mungkinkah Fizo akan bercerita tentang pengalamannya yang telah beberapa kali putus cinta? Ketahui juga perkembangan terbaru Diana Amir yang kini berkolaborasi bersama Melinda Ooi untuk fesyen muslimah terbarunya. Juga tampil dalam program MeleTop ialah penyanyi Hafiz Hamidun yang akan mendendangkan lagu terbaru, Habibi. Semuanya dapat anda saksikan di program MeleTOP di Astro Ria, jam 10 malam ini bersama hos Neelofa dan Nabil Ahmad.

Raja Azmi Selamat Mengikat Tali PertunanganHULU KLANG, 15 JULAI 2013: Produser kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, telah selamat mengikat tali pertunangan dengan pemain bass kumpulan CRK, Mohamad Eddie Ghazali, 45,dalam satu majlis pertunangan yang diadakan di kediamannya di Ukay Perdana kira-kira jam 6.30 petang tadi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh anak sulung Eddie, Mohamad Daniel yang mewakili ayahnya. Pihak Raja Azmi pula diwakili anak perempuannya, Puteri Suraya Mohad Jalani. Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran yang berupa telekung, kek dan manisan. Manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang hantaran terdiri daripada jam, baju, kek, manisan dan biskut. Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin yang sempurnakan oleh ibu Eddie, Mariah Abu Samah Sementara itu, Raja Azmi yang ditemui selepas majlis selesai bersyukur dan lega semuanya berjalan lancar. "Alhamdulilah, jika sebelum majlis saya sedikit gementar, kini saya rasa gembira dan bahagia sekali," luahnya. Pasangan ini bakal diijabkabulkan pada 15 September ini dengan hanya senaskah al-Quran seperti yang diminta oleh pihak perempuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog