16 Julai 2013

Posted by jinson on 16.7.13 No comments
Halle Berry Berkahwin Dengan Olivier Martinez Di Perancis
LONDON, 16 JULAI 2013: Bintang Hollywood, Halle Berry dilaporkan telah pun berkahwin dengan kekasihnya, Olivier Martinez di Perancis pada hari Sabtu yang lalu. Halle Berry, 46 dan Oliver Martinez, 47 dipercayai telah berkahwin di Chateau des Conde in Vallery, selepas beberapa tetamu undangan dilihat hadir di kawasan gereja itu. Gereja tersebut juga turut ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada pasangan ini untuk meraikan hari bahagia mereka secara tenang dan harmoni bersama keluarga dan sahabat handai. Halle Berry yang sebelum ini dilaporkan hamil, mula berdating dengan bintang filem Perancis itu pada 2012, setelah mereka menjayakan filem Dark Tide Flick bersama. Pasangan ini juga turut mengesahkan bahawa mereka sudah bertunang pada 2012.

Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog