16 Julai 2013

Posted by jinson on 16.7.13 No comments
Peel Fresh Rahsia Lisa Surihani Kekal Segar
KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2013: Kecantikan, kebijaksanaan, keyakinan, bakat semulajadi dan keperihatin terhadap penjagaan kesihatan menjadi kekuatan buat pelakon cantik manis, Lisa Surihani sehingga terpilih sebagai duta bagi jenama minuman Marigold Peel Fresh. Lisa Surihani telah dilantik sebagai duta jenama berkenaan baru-baru ini, bagi menjayakan kempen jenama itu sebagai minuman jus minuman buah-buahan yang bukan saja lazat malahan juga kaya dengan nutrisi untuk seisi keluarga. Sesuai dengan tema kempen, Kesihatan Keluarga Saya adalah Kegembiraan Buat Saya, Lisa Suruihani dilihat mampu menarik perhatian orang ramai terutama seisi keluarga untuk mengamalkan pengambilan minuman jus buah-buahan serba menyihatkan. Timbalan Pengarah Urusan, Marigold Peel Fresh, Michael Ong berkata Lisa Surihan merupakan pilihan terbaik kerana memiliki kriteria yang diinginkan selain sebagai selebriti popular tanah air. "Kami telah memilih duta yang tepat untuk menunjukan nilai dan personaliti sebenar Marigold Peel Fresh. Semangat yang ada padanya sangat sesuai disamping sering memberi keutamaan kepada kesihatan keluarganya," kata Michael Ong dalam satu kenyataan. Sementara itu Lisa Surihani berkata, dia sentiasa memberikan yang terbaik buat keluarganya termasuk dalam soal kesihatan. "Saya berasa sangat gembira kerana menjadi duta untuk minuman kegemaran saya sejak kecil. Ianya bagaikan mimpi jadi nyata. "Saya sememangnya bertuah kerana dapat menjadi duta bagi jenama yang dipercayai keluarga dan begitu juga dengan diri saya. "Marigold Peel Fresh telah menjadi sebahagian kehidupan saya dan sehingga hari ini jenama minuman ini tidak pernah gagal menemani setiap hidangan saya yang bukan sahaja lazat dan tinggi nutrisi," katanya. Minuman jus buah-buahan Marigold Peel Fresh memiliki sekurang-kurangnya 35% dan lebih jus buah-buahan berbanding minuman buah-buahan yang lain. Jenama ini menyediakan 15 pilihan minuman jus buah-buahan last lagi sihat tanpa gula tambahan bagi sesuai diminum oleh masyarakat di negara ini.

Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog