8 Jun 2013

Posted by jinson on 8.6.13 No comments
Cerita Lawak 1
 Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
 Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
 Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

 Cerita Lawak 2
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
 Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
 Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

 Cerita Lawak 3
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
 Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
 Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
 Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
 Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

Cerita Lawak 4
 Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
 Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
 Lias : Awak takut ke?
 Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
 Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
 Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…

 Cerita Lawak 5
 Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

 Cerita Lawak 6
 Seorang posmen yang datang menghantar surat .
 ” Assalamualaikum “
 ” Walaikumsalam “
 ” Ni rumah encik Sameon ye?
 ” Ya saya”
 ” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
 ” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

 Cerita Lawak 7
 Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti. Dengan muka tidak bersalah penuggang tersebut berkata, ‘Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…

” B.I
 Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong je, Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

 Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
 Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
 Doktor: Kenapa?
 Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

 Anda Tahu Siapa Aku?
 Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu. “Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”
 “Hm, anda tau siapa aku?”
Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
 “Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
 “Aku pembohong besar di kota ini.”

 Ok, dah kena!
 Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia.
 Si ibu pun undur keretanya.
 “Lagi mak undur lagi” kata anak dia. “Lagi lagi” kata anak dia.
 Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar pokok kat belakang. Anak dia pun menjerit”
 OK! Mak, dah kena!”

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog