21 Ogos 2013

Posted by jinson on 21.8.13 No comments

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah tiba di lokasi nahas bas yang terhumban ke dalam gaung di Jalan Genting-Karak di Bentong, petang tadi, bagi meninjau kerja-kerja menyelamat mangsa. Setakat jam 6.30 petang, 33 penumpang disahkan mati manakala 16 lagi cedera.
 Mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Nahas berlaku kira-kira jam 2.45 petang tadi ketika bas ulang-alik itu sedang menghala ke Kuala Lumpur dari pusat peranginan itu.
 Sementara itu, mengikut laporan Bernama, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Seri Dr Abu Hassan Ashaari berkata setakat pukul 6.28 petang, lima mayat mangsa nahas dihantar ke hospital berkenaan.
 Mangsa lain turut dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Bentong, di Pahang untuk rawatan. “Setakat ini Hospital Selayang menerima tujuh pesakit, HKL (5), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa,” katanya.
 Mangsa yang terlibat dalam lingkungan umur 19 hingga 50 tahun, katanya yang ditemui di hospital berkenaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog