20 Jun 2013

Posted by jinson on 20.6.13 No comments


LA PAZ, Bolivia - Seorang budak perempuan berusia empat tahun, Rosalia, yang koma selama hampir tiga minggu selepas digigit seekor anjing Rottweiler di bahagian muka dan tubuh mula sedar dan akan diterbangkan ke Amerika Syarikat (AS) bagi menjalani pembedahan, kata beberapa doktor di Bolivia. Kes berkenaan mendapat perhatian di negara Amerika Selatan itu. Beberapa doktor berkata, Hospital Kanak-kanak Boston, AS turut mendapat tumpuan kerana menawarkan sebuah pesawat untuk membawa Rosalia ke negara tersebut. Rosalia yang koma diserang anjing pada 24 Mei lalu dilapor memanggil ibunya selepas dia tersedar semalam. Seorang doktor di sebuah hospital kanak-kanak di Bolivia, Dr. Alfredo Rodriguez berkata, Rosalia kini berada dalam keadaan terkawal dan bersedia untuk memulakan perjalanan. Pihak berkuasa Bolivia menjangkakan pesawat yang membawa Rosalia akan tiba di Boston hari ini. - AP APRosalia terlantar di katil Hospital Kanak-Kanak di La Paz, Bolivia pada Isnin lalu.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog