5 Ogos 2013

Posted by jinson on 5.8.13 No comments
.Hati siapa yang tidak sedih dan kecewa apabila menerima perkabaran kekasih yang dicintai telah menerima pinangan orang lain. Namun penyanyi, komposer dan penerbit, Hafiz Hamidun tetap meneruskan kehidupan meskipun hasratnya untuk meminang kekasih yang berasal dari Indonesia tidak kesampaian apabila wanita itu berkahwin pada April lalu. Dedah Hafiz, sepatutnya dia dan keluarganya merancang mengerjakan umrah di Mekah dan dalam masa yang sama berjumpa dengan keluarga kekasihnya yang menetap di sana untuk menyatakan hasrat meminang. Begitupun, sebelum bertolak dia menerima panggilan telefon daripada kekasihnya yang mengatakan dia telah dipinang dan bakal berkahwin dengan seorang pemuda yang berasal dari Indonesia. “Saya berjumpa dengannya setahun yang lalu ketika menunaikan umrah di Mekah. Kali pertama memandangnya saya terus suka dan ingin meminangnya. “Namun hendak buat macam mana, keluarganya mahu dia berkahwin dengan orang sebangsanya yang turut menetap di Mekah,” jelasnya yang bakal bercuti seorang diri ke Turki pada hari raya ketiga nanti.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog