5 Ogos 2013

Posted by jinson on 5.8.13 No comments
Aidil Zafuan Akhirnya Cerai Rita Rudaini Menerusi SMS Pemain pertahanan Bola Sepak Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan dramatis, Rita Rudaini dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Ahad. Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad. Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku 'perang SMS' di antara mereka sebelum itu. Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: "Aku ceraikan kau talak satu." Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu. Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun. Aidil sebelum ini telah dikaitkan serta digosipkan dengan ramai wanita terasmuk aktres Jue Aziz dan terbaru Zarema Zainal.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog