2 September 2013

Posted by jinson on 2.9.13 No comments
Dato` Siti Inspirer, Fida Ibrahim Bakal Peserta AF2013? Kalau duduk berborak dengan pelakon juga penyanyi Fida Ibrahim, terasa seperti sedang berbual dengan penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza dek kerana persamaan dari segi suara mereka hinggalah cara pertuturan yang penuh sopan mengatur patah perkataan. Bercakap tentang Dato' Siti Nurhaliza pula, isteri kepada usahawan Dato` Khalid Mohd Jiwa ini sudah pun mengesahkan penglibatannya dalam program pencarian realiti penyanyi Akademi Fantasia 2013 atau AF2013 sebagai salah seorang Inspirer. Inspirer akan ditugaskan memberi aspirasi serta berkongsi pengalaman pada setiap tiga minggu dan Dato' Siti Nurhaliza diletakkan di tiga minggu terakhir dan hanya yang kekal di tiga minggu terakhir akan mendapat ilmu paling berharga daripada penyanyi no.1 negara tersebut. Sebaik saja mengetahui penglibatan Siti Nurhaliza di dalam AF2013, Fida yang juga sepupu kepada penyanyi Cindai ini jadi tidak senang duduk pula bila memikirkan nasib dan rezeki percubaannya yang ketiga dalam pencarian bintang AF. Ketika artikel ini ditulis, Fida belum disahkan menjadi finalis untuk program realiti tersebut dan konsert prelude juga belum diadakan namun dia bimbang dengan statusnya yang mempunyai pertalian dengan salah seorang daripada Inspirer AF itu. "Tujuan saya mencuba buat kali ketiga menyertai AF kerana sehingga kini saya rasakan hanya ia satu-satunya rancangan realiti mencari bakat menyanyi yang bertahan dan melahirkan bintang yang berkualiti. "Saya telah melakukan solat istiqharah pada malam sebelum ujibakat tersebut dan memohon petunjuk samada saya patut mencuba lagi sekali atau tidak. Keesokkan harinya saya kuatkan hati untuk pergi namun tidak terlalu berharap seperti percubaan kedua yang akhirnya membuatkan saya kecewa. "Namun bila dapat tahu Dato' Siti adalah salah seorang Inspirer saya ada juga terfikir ada kemungkinan akan jadi konflik. Tetapi bila melihat kembali tugasnya didalam AF 2013, ia tidak melibatkan keputusan memilih sebaliknya lebih kepada menjadi mentor dan berkongsi pengalaman. " Walau bagaimanapun, bila berdepan perkara ini kita amalkan profesionalisme,"ujar Fida mengenai penglibatannya di dalam AF2013 dan peranan Dato' Siti Nurhaliza untuk rancangan realiti yang memasuki musim ke10 ini. Dalam temubual lain yang dibuat bersama Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi yang berpengalaman hampir 18 tahun ini menegaskan apabila berdepan soal kerja dan tanggungjawab dia akan mengenepikan status dan meletakkan profesionalisme sebagai keutamaannya. "Soal akan terjadi konflik atau tidak jika ada ahli keluarga atau saudara saya berada di dalam AF 2013 tidak perlu timbul. Ini merupakan rancangan realiti yang akan dinilai ramai pihak yang juga melihat. "Tidak kiralah siapa walaupun abang, adik atau kakak saya sekali pun jika tugas diberikan untuk saya mengadili mereka, saya harus professional. Kalau bagus pasti akan mendapat sokongan. Bukan hanya kerana saya berada disitu atau tidak,"jawab Dato' Siti kepada murai.com.my.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog