Kali terakhir kita dengar kisah cinta Faradhiya di sini adalah ketika timbulnya gossip yang beliau bercinta dengan seorang saudagar hotel yang juga merupakan suami orang.
Tapi gosip tersebut itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Faradhiya sendiri. Kisah terbaru yang disampaikan menerusi ruangan gossip Kosmo! semalam menyatakan yang Faradhiya kini sudah pun putus cinta dengan jejaka yang dimaksudkan sebelum ini.
“Katanya, Faradhiya sekarang sudah putus cinta dengan seorang lelaki yang wajahnya ala ala Arab. Mesti kacak dan yang nyata, lelaki itu boleh tahan juga mewahnya. Tapi sayang, sudah punya keluarga — kira macam cinta tiga segilah juga ya?”
Namun gossip tersebut tidak menyatakan sebab kenapa pasangan ini putus cinta tetapi sempat berandaian yang Faradhiya kini mungkin sudah sedar akan risiko mencintai suami orang lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan