Sejak semalam hingga saat ini pastinya kisah pengakuan pasangan kontroversi Aeril Zafril dan Wawa Zainal bahwa mereka sebenar memang sudah berkahwin dan mempunyai anak, menjadi bualan ramai. Tambah-tambah dengan pengakuan mereka telah bernikah sebanyak dua kali.
{ Baca lagi: Isu Kahwin Rahsia, Sembunyi Anak : Ariel & Wawa Mengaku, Minta Maaf } Kata Ariel, bukan mereka mahu merahsiakan tentang status mereka buat selamanya. Sebaliknya hero filem Cinta Jannah itu memberitahu dia dan isterinya merancang mahu berterung terang kepada umum tetapi kisah mereka telah dibongkar dulu oleh pihak media.
Tidak cukup dengan itu, Wawa membuat pendedahan bahwa dia pernah di kuarantin selama sebulan oleh pihak pengurusannya iaitu MIG "Saya pernah memberitahu pihak pengurusan saya yang saya berkawan rapat dengan Aeril. Tapi David memarahi saya dan dia bercakap buruk tentang Aeril. Kalau bercinta pun David tak bagi apatahlagi berkahwin. "Kamu semua tidak tahu bagaimana cara pengurusan MIG. Mereka pernah kuarantin saya selama sebulan semata-mata mahu menghalang saya berjumpa dengan Aeril. Dan bukan senang untuk saya keluar daripada MIG", katanya yang masih mempunyai kontak bersama syarikat penrusan artis itu sehingga 2015.
Dalam pada itu mengenai penyakit misteri yang dihadapi, Wawa menegaskan yang dia tidak menipu tentang pekara itu. Bagaimanapun anak kelahiran Lahad Datu Sabah ini memberitahu dirinya kini sudah pulih sepenuhnya. "Tidak! Penyakit misteri itu memang betul. Demi Allah, saya dan adik beradik terkena sihir pada awal tahun ini. Jika ada yang menuduh kononnya saya cuba menutup rahsia perkahwinan dengan penyakit misteri, itu tidak benar.
"Saya terkena sihir ketika bulan Mac (2013) dan masa itu memang sedang mengandung. Alhamdulillah penyakit saya itu sudah sembuh sebelum melahirkan anak lagi", ujar pelakon Cinta Qaseh ini turut meyatakan hasrat mahu meneruskan karier lakonannya pada masa hadapan. Mengenai imejnya yang kini dilihat sudah berhijab, Wawa berkata dia masih lagi dalam proses pembelajaran dan menyesuaikan diri tampil bertudung. "Saya masih sedang belajar lagi", katanya ringkas.
0 ulasan:
Catat Ulasan